Umi Fatehah

TINGGAL beberapa hari sahaja lagi filem Barbie arahan Greta Gerwig bakal ditayangkan di Malaysia. Mesti ramai gadis-gadis yang meminati Barbie tidak sabar untuk menontonnya, bukan? Mungkin keterujaan yang dialami oleh gadis-gadis ini tidak dapat difahami oleh para jejaka. Apa yang seronok dan istimewa sangat pasal Barbie ini?  Patung Barbie sangat sinonim dengan zaman kanak-kanak. Budak-budak lelaki mungkin main permainan seperti mainan tentera, senapang kayu atau aktiviti fizikal seperti bola sepak dan rounders. Tetapi, budak-budak perempuan bermain anak patung Barbie.  Barbie bukan hanya sekadar patung. Mereka suka bermain anak patung ini kerana boleh menukar baju dan kasutnya yang cantik-cantik.  Selain itu,…

Read More

KERAGUAN dengan masa depan, diri sendiri dan apa sahaja yang terjadi di sekeliling anda adalah perasaan yang dialami hampir semua orang. Perasaan ragu dan risau ini adakalanya melelahkan, tetapi kita tidak boleh elak daripada memikirkan perkara tersebut. Ini kerana, sebagai manusia kita mempunyai rasa untuk mengawal setiap situasi mengikut kehendak diri sendiri.  Walhal, kita tahu bahawa setiap perkara yang diinginkan dalam kehidupan tidak semestinya akan berlaku. Namun, dengan izin tuhan, mungkin apa yang diimpikan dan diusahakan bakal tercapai. Apabila berada dalam situasi yang meragukan dan terlalu risaukan sesuatu, kita pasti akan fikirkan bagaimana caranya untuk mengurangkan atau mengawal perasaan ini.…

Read More

MELANJUTKAN pelajaran ke peringkat universiti menandakan pelajar-pelajar ini sudah selangkah lebih dekat ke alam dewasa. Fasa ini membawa kepada pertemuan wajah dan persekitaran baharu, tekanan pelajaran dan ketahanan hidup yang kesemuanya perlu digalas di bahu sendiri.  Di samping berseronok dan gembira belajar serta meneroka fasa kehidupan baharu, akan ada situasi di mana anda berasa tertekan.  Apabila tertekan, kesihatan mental para pelajar mungkin terjejas. Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar bukan perkara baharu. Keadaan kesihatan mental yang kurang stabil boleh menjejaskan tumpuan, tahap tenaga dan keupayaan pelajar untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab pelajaran dengan baik.  Oleh itu, penjagaan kesihatan mental dalam…

Read More

KEMENTERIAN Ekonomi bertegas untuk melibatkan diri dalam penyelesaian isu-isu struktur ekonomi yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi negara, termasuk kadar gaji rakyat yang rendah. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah adalah antara punca pembayaran gaji yang tidak setimpal dengan nilai hasil pekerja di negara ini. Ia juga menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. “Kadar gaji penengah benar dan gaji kemasukan baharu telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik. “Nisbah gaji pekerja (CE) Malaysia bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2019 adalah 35.9 peratus, jauh lebih rendah daripada negara-negara…

Read More

PURATA mata gred kumulatif Kebangsaan (CGPA) bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 ialah 2.82, tertinggi dalam sejarah sejak STPM diperkenalkan. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, ini adalah peningkatan berbanding keputusan pada 2021 dengan PNGK 2.79. “PNGK Kebangsaan tahun ini adalah yang tertinggi sejak STPM diperkenalkan,” katanya ketika mengumumkan analisis keputusan hari ini. Beliau juga berkata 1,184 calon (2.84 peratus) calon memperoleh PNGK sempurna 4.00, juga meningkat berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 874 calon. Seramai 41,701 calon menduduki peperiksaan ketiga-tiga semester bagi STPM 2022. Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta boleh memperoleh…

Read More

BEBERAPA tahun kebelakangan ini telah banyak mengajar kita tentang kesihatan mental. Ada banyak faktor mendorong kepada keadaan kesihatan mental yang kurang baik. Salah satunya adalah persekitaran kerja. Tidak dinafikan bahawa kesihatan mental mempengaruhi prestasi kerja dalam pelbagai cara. Sama ada ia berkaitan dengan prestasi kerja, kepuasan kerja serta pengambilan dan pemberhentian pekerja.  Sebagai pemimpin, anda mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan budaya dan persekitaran syarikat yang meletakkan kesejahteraan mental pekerja sebagai perkara utama. Bersempena tema bulanan Relevan bagi Julai ialah kesihatan mental, kami senaraikan empat cara bagaimana anda sebagai majikan perlu mengutamakan kesihatan mental di pejabat. Galakkan untuk berehat Bukan fakta asing…

Read More

KEBIMBANGAN ibu bapa terhadap risiko yang dihadapi oleh anak-anak ketika menggunakan media sosial kini mungkin mempunyai sebab tambahan yang perlu dirisaukan. Kita sudah sedia maklum mengenai platform media sosial yang telah terbukti mewujudkan risiko kepada remaja untuk menghadapi cabaran kesihatan mental. Antaranya ialah gangguan tidur, pendedahan kepada buli dan peningkatan kes kemurungan serta kebimbangan.  Namun, kajian terbaharu menunjukkan bahawa remaja di TikTok juga mudah terpengaruh untuk mencuba rokok elektronik atau vape. Meskipun generasi muda sebenarnya tahu keburukan rokok tradisional terhadap kesihatan, vape masih laku dijual di pasaran.  Menurut Forbes, salah satu sebab penjualan dan pembelian vape dalam kalangan generasi muda…

Read More

KETIKA anda menatal media sosial seperti di Twitter, Instagram dan TikTok, pasti anda terlihat hantaran daripada influencer atau pempengaruh sama ada mempromosikan sesuatu barangan atau sekadar membuat perkongsian biasa.  Saban tahun berlalu seiring dengan perkembangan media sosial, ramai yang mahu menjadi pempengaruh.  Meskipun dahulu definisi pempengaruh itu kurang jelas, kini ia mempunyai maksud yang lebih terperinci dan turut dibahagikan kepada empat kategori. Ia merupakan mega-influencer, macro-influencer, micro-influencer dan nano-influencer. Mungkin anda merasakan perbezaan keempat-empat kategori ini hanyalah jumlah pengikut mereka. Sebenarnya, perbezaannya jauh lebih luas.  Terdapat tiga indikator untuk mula dikenali di media sosial dan menjadi pempengaruh, iaitu: Jenis audiens…

Read More

DALAM kehidupan seharian, ada beberapa situasi yang mendesak kita membuat keputusan kewangan yang rumit. Ada yang mengakibatkan kesan besar seperti penyusutan wang simpanan dan sebagainya. Selain mengurus kewangan peribadi dengan baik, mendidik diri menjadi celik ilmu kewangan juga sangat membantu melakukan keputusan melibatkan wang yang lebih bijak.  Meskipun kita sudah membaca buku dan menonton video-video pendidikan kewangan, macam mana nak tahu sama ada kita sudah capai tahap celik kewangan?  Perhatikan ciri-ciri di bawah dan teliti semula adakah kita sudah cukup cakna dengan ilmu kewangan atau belum. Anda merekodkan setiap perbelanjaan harian Dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian, kita dapat memastikan perbelanjaan…

Read More

ANDA sudah berjaya melepasi temu duga dan diterima bekerja. Sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah bersedia dan menyesuaikan diri di persekitaran baharu. Persekitaran kerja baharu, wajah-wajah baharu dan persekitaran pejabat yang berbeza. Ini antara beberapa perkara yang anda perlu hadapi semasa hari pertama melaporkan diri.  Ia mungkin menakutkan dan mendebarkan. Di samping perlu datang awal, ada beberapa persiapan yang boleh dilakukan supaya anda lebih bersedia. Tidak pasti di mana dan apa yang perlu dilakukan? Berikut ialah enam perkara yang anda perlu lakukan. Ambil inisiatif memperkenalkan diri Perkenalkan diri anda kepada semua orang di pejabat termasuk di jabatan anda, bos-bos…

Read More