Umi Fatehah

HARI ini, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan. Ada yang menerima khabar gembira dan tidak kurang juga terpaksa menelan pahit apabila tidak berjaya mendapat sebarang tawaran. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati menyebabkan mereka dalam dilema. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar jurusan? Jawapannya, ya. Akan tetapi, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing. Namun begitu, ada juga institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang tidak membenarkan pelajar untuk menukar jurusan.  Menurut Portal Kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang menerima tawaran pengajian di…

Read More

SERAMAI 150,557 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) berjaya ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, seramai 86,589 calon ditawarkan di universiti awam, manakala 42,058 calon ditawarkan di politeknik, 20,427 kolej komuniti dan 1,483 orang di Mara Bahagian Pendidikan Tinggi. “Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 17,693 dengan pecahan tawaran iaitu 16,189 bagi kategori B40, 590 Orang Kurang Upaya (OKU), 593 atlet dan 321 Orang Asli. “Selain itu, seramai 43 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat…

Read More

BULI di tempat kerja bukan lagi perkara luar biasa. Ia bukan berlaku dalam gelap atau sekadar di pejabat besar. Hakikatnya, ia wujud hampir di setiap organisasi dan lebih merisaukan, ia sering dianggap perkara biasa, dipandang remeh oleh pihak yang tidak ada empati. Aril (bukan nama sebenar) merupakan seorang pekerja baharu yang muda, mempunyai perwatakan menarik dan disenangi ramai orang di syarikat dia bekerja. Dia juga rajin, sanggup bekerja di luar kawasan dan tidak berkira. Apa sahaja tugasan yang diberi, semua diselesaikan dengan baik. Malangnya, salah seorang senior Aril, Zulaiha (juga bukan nama sebenar) kurang senang dengan kebolehan Aril. Dia risau…

Read More

SETIAP kali membuang makanan yang tidak habis, kita mungkin rasa ia perkara kecil. Tetapi tahukah anda, sisa makanan adalah antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar? Ia bukan sahaja satu amalan pembaziran malah meninggalkan jejak karbon yang membimbangkan. Menurut laporan SWCorp Malaysia, rakyat negara ini membuang lebih 17,000 tan makanan sehari dan sebahagian besarnya masih boleh dimakan. Mengapa makanan yang cukup untuk memberi makan jutaan orang, hanya berakhir di tapak pelupusan sampah? Apa kaitan sisa makanan dengan pencemaran? Apabila makanan dibuang ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan, ia akan mereput tanpa oksigen (anaerobic decomposition). Proses ini menghasilkan…

Read More

PERNAHKAH anda menggunakan ChatGPT untuk membantu memahami sesuatu topik pelajaran, mencari maklumat tambahan atau mendapatkan penerangan dengan lebih jelas?  Nama Sam Altman mungkin tidak sepopular nama selebriti tetapi sumbangannya dalam membentuk teknologi masa kini menjadikannya antara tokoh paling berpengaruh di dunia moden. Beliau ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, syarikat teknologi pencetus ChatGPT iaitu satu bentuk kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) yang kini dimanfaatkan jutaan manusia di seluruh dunia.  Di bawah kepimpinan Altman, AI bukan sekadar alat tetapi sudah menjadi pemacu perubahan dalam dunia pendidikan, pekerjaan dan komunikasi harian. Minat terhadap teknologi Dilahirkan pada tahun 1985 di St. Louis, Missouri,…

Read More

“EH, kau pakai produk penjagaan kulit? Tidak cukup jantanlah!” Masih ramai yang percaya bahawa penjagaan kulit hanya untuk perempuan. Kononnya, lelaki tidak memerlukan produk penjagaan kulit, cukup cuci muka dengan air paip dan biarkan sahaja jerawat datang dan pergi. Realitinya, penjagaan kulit bukan soal jantina tetapi kesihatan dan kebersihan diri. Sudah tiba masanya kita ubah stigma ini. Lelaki pun berhak dan perlu jaga kulit. Bukan sebab nak jadi kacak semata-mata tetapi kerana kulit adalah pertahanan pertama badan kita. Ia terdedah kepada peluh, habuk, minyak, sinar matahari dan pencemaran setiap hari. Lelaki jaga kulit tidak jantan? Sejak dahulu lagi ideologi lelaki…

Read More

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha sering dikaitkan dengan ibadah korban, semangat pengorbanan dan eratkan silaturrahim. Namun satu perkara yang tak boleh dihiraukan ialah juadah raya yang meriah!  Rendang, gulai kawah, sup tulang, sate dan pelbagai sajian berasaskan daging memenuhi meja makan dari pagi hingga malam. Walaupun menyelerakan, pengambilan makanan yang terlalu berat dan berminyak boleh menyebabkan badan terasa ‘berat’, letih, perut senak dan kadang-kadang timbul jerawat atau masalah kulit lain.  Tubuh kita sebenarnya sedang beri isyarat bahawa ia perlukan ‘rehat’ dan proses detoks semula jadi. Jom lihat beberapa langkah mudah untuk bantu tubuh pulih selepas raya: Kembali minum air kosong secukupnya…

Read More

PADA 7 Jun ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Peristiwa setiap 10 Zulhijjah itu biasanya disambut dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilaksanakan oleh umat Islam bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.  Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Walaupun telah menjadi amalan lazim, satu perkara ini pasti menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat: bolehkah menggunakan daging…

Read More

MALAM ini, cuba anda dongak ke langit yang gelap dan luas itu. Perhatikan betul-betul, apa sebenarnya yang boleh anda nampak? Kelipan bintang yang bertaburan? Atau sekadar kegelapan langit malam?  Di sebalik keindahan dan ketenangan langit, terbentang satu hakikat yang mungkin belum pernah kita terfikir. Apa sahaja yang kita lihat di persekitaran seperti bulan, matahari dan bintang serta planet-planet yang dipelajari di sekolah dahulu, itu hanyalah 4 peratus daripada keseluruhan alam semesta. Menurut Space.com, 96 peratus lagi diperbuat daripada bahan yang tidak dapat dilihat, dikesan atau difahami oleh ahli astronomi. Bahan-bahan misteri ini dipanggil tenaga gelap (dark energy) dan jirim gelap…

Read More

ADIK-adik, minuman manis seperti air bergas, jus dan minuman tenaga memang sedap dan menyegarkan.  Namun, pengambilan minuman manis secara berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan terutamanya kepada buah pinggang dan otak. Oleh itu, penting untuk kita kurangkan pengambilan minuman manis dan banyakkan minum air kosong demi kesihatan yang lebih baik. Minuman manis mengandungi gula yang tinggi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis dan tekanan darah tinggi.  Buah pinggang adalah organ penting yang membantu menapis darah dan membuang toksin dari badan. Apa akan jadi sekiranya buah pinggang kita tidak berfungsi dengan baik? Sekiranya buah…

Read More