Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    By Umi FatehahJune 5, 2025Updated:June 6, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini. - GAMBAR HIASAN GUILLERMO FERLA/UNSPLASH

    MALAM ini, cuba anda dongak ke langit yang gelap dan luas itu. Perhatikan betul-betul, apa sebenarnya yang boleh anda nampak?

    Kelipan bintang yang bertaburan? Atau sekadar kegelapan langit malam? 

    Di sebalik keindahan dan ketenangan langit, terbentang satu hakikat yang mungkin belum pernah kita terfikir. Apa sahaja yang kita lihat di persekitaran seperti bulan, matahari dan bintang serta planet-planet yang dipelajari di sekolah dahulu, itu hanyalah 4 peratus daripada keseluruhan alam semesta.

    Menurut Space.com, 96 peratus lagi diperbuat daripada bahan yang tidak dapat dilihat, dikesan atau difahami oleh ahli astronomi.

    Bahan-bahan misteri ini dipanggil tenaga gelap (dark energy) dan jirim gelap (dark matter). Ahli astronomi percaya ia wujud berdasarkan kesan graviti yang dapat dikesan pada bahagian alam semesta yang boleh dilihat, tetapi tenaga gelap dan jirim gelap itu sendiri masih belum dapat dikesan secara langsung.

    Apa itu tenaga gelap dan jirim gelap?

    Jirim gelap tidak memancar dan menyerap cahaya. Disebabkan itu, ia tidak dapat dikesan dengan teleskop. 

    Namun ia dipercayai wujud kerana kesan graviti yang ditinggalkannya menjadikan seolah-olah ada sesuatu yang ‘memegang’ galaksi daripada terlerai. Ibarat magnet yang menyatukan puluhan skru dengan ‘mengikat’ segalanya tanpa dapat melihat sumber tarikannya.

    Tenaga gelap pula lebih misteri. Ia dikaitkan dengan fenomena alam semesta yang sedang mengembang dengan semakin laju. Galaksi bukan sahaja semakin menjauh antara satu sama lain malah bergerak semakin pantas seolah-olah ada tenaga halus yang menolak dari segala arah.

    Jika jirim gelap ibarat magnet yang menarik dan menyatukan, tenaga gelap pula ibarat tenaga yang menolak dari dalam. Fikirkan dua kutub magnet yang saling tolak-menolak, menyebabkan seluruh struktur alam semesta terus mengembang tanpa henti.

    Makin dicari makin sedar

    Dahulu, kita pernah menganggap bumi ini pusat segalanya. Kemudian kita sedar bahawa bumi hanyalah satu daripada lapan planet yang mengelilingi matahari. Di sekolah, kita belajar pula tentang matahari hanyalah satu daripada 100 bilion bintang dalam galaksi Bima Sakti (Milkyway).

    Sekarang, kita tahu Bima Sakti pula hanyalah satu daripada bertrilion galaksi lain yang sedang bergerak menjauh antara satu sama lain dalam alam yang semakin membesar dan mungkin tidak akan pernah berhenti. 

    Setiap lapisan pengetahuan yang dibuka, menghilangkan satu rasa dan digantikan dengan satu kesedaran baru. Semakin kita tahu tentang alam semesta, semakin jelas bahawa apa yang diketahui itu hanyalah sebahagian kecil daripada ciptaan Tuhan.

    Kita hanyalah manusia kerdil yang berjalan di atas bumi pinjaman Allah SWT. Bumi yang kita sangka besar sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan planet-planet gergasi lain. 

    Seberapa kerdilkah kita? Atau seberapa luas dan agungnya alam semesta ini?

    Jawapan kepada persoalan itu mungkin tidak akan ada sesiapa pun yang mampu untuk menjawabnya. Sebagai manusia, kita dilahirkan dan diciptakan dengan penuh rasa ingin tahu. Namun, setiap soalan yang kita ajukan, hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat kita fahami.

    Inilah hikmah dan bukti kebesaran Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya. Kita hanyalah hambaNya yang sentiasa bertanya dan mencari sementara ilmu dan rahsia alam ini kekal dalam pengetahuanNya yang tiada batasan.

    Manusia yang kerdil tetapi bukan sia-sia

    Menyedari betapa kecilnya kita bukan sesuatu yang patut membuatkan kita putus asa — malah ia sepatutnya membangkitkan rasa syukur dan rendah hati.

    Kita memang kerdil. Tetapi kita dikurniakan akal, rasa ingin tahu serta kemampuan untuk bertanya dan terus menimba ilmu. Tidak kiralah dalam apa jua bidang sekalipun sama ada Mass Communication atau Seni Tarian Tradisional.

    Ingatlah, kita cuma penumpang dalam kehidupan yang sementara ini. Tetapi kita ialah penumpang yang dipilih untuk melihat dan berfikir dan itu juga salah satu daripada jutaan nikmat hadiah dari Tuhan. – RELEVAN

    Previous ArticleKurangkan air manis, banyakkan air kosong
    Next Article Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.