Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    By Umi FatehahJune 17, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati. - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKI/PEXELS

    GAJI yang tinggi bukan alasan untuk hidup mewah dengan kereta mahal dan barangan berjenama. Sedangkan di belakang tabir, diri masih dibelenggu hutang yang menyesakkan.

    Tanpa sedar, ramai sebenarnya terjebak dalam gaya hidup melebihi kemampuan. Duit yang masuk sekejap saja ‘hilang’ entah ke mana, sehingga timbul persoalan: Kenapa sentiasa tak cukup walaupun pendapatan besar?

    Hakikatnya, sesiapa pun boleh terperangkap dalam masalah kewangan jika tiada kesedaran dan disiplin dalam menguruskan wang sendiri.

    Berikut, Relevan senaraikan lima tanda anda mungkin sedang berdepan krisis kewangan tanpa sedar.

    1. Hanya mampu membayar kadar minimum kad kredit

    Jika setiap bulan anda hanya mampu membayar jumlah minimum pada kad kredit, itu petanda kewangan anda sedang bermasalah. Walaupun nampak kecil, bayaran minimum itu hanya melambatkan tempoh hutang, bukan menyelesaikannya.

    Tanpa disedari, ia boleh mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk melangsaikan baki penuh kad kredit dan itu belum termasuk faedah yang terus bertambah. Lama-kelamaan, beban hutang akan menjadi seperti bola salji yang semakin besar dan sukar dikawal.

    Lebih membimbangkan, anda akan terperangkap dalam ‘kitaran hutang’. Bayar sedikit, guna semula dan ulang proses yang sama. Elakkan penggunaan kad kredit secara berlebihan dan latih diri berbelanja ikut kemampuan sebenar.

    1. Berbelanja melebihi pendapatan

    Jika perbelanjaan bulanan anda sentiasa melebihi jumlah gaji yang diterima, itu bukan lagi amaran kecil, ia tanda besar anda menuju krisis kewangan. Keadaan ini boleh berlaku secara senyap, terutama jika anda tidak menyemak atau menjejak aliran tunai.

    Antara kesilapan biasa ialah membeli kereta yang terlalu mahal, langgan terlalu banyak servis, atau terlalu kerap makan di luar. Apabila perbelanjaan tidak dikawal, anda akan mula bergantung pada pinjaman atau kad kredit dan akhirnya kewangan akan terumbang-ambing.

    Mulakan dengan menyemak semula gaya hidup anda. Adakah perbelanjaan itu benar-benar perlu? Gunakan kaedah belanjawan mudah seperti peraturan 50/30/20 atau sekurang-kurangnya pastikan baki akaun anda tidak ‘kering’ sebelum akhir bulan.

    1. Membuat pinjaman untuk membayar hutang sedia ada

    Sekiranya perlu meminjam semata-mata untuk melangsaikan hutang lain seperti menggunakan pinjaman peribadi untuk bayar kad kredit atau bil tertunggak, itu petanda anda sedang menampung kewangan dengan cara yang berisiko tinggi.

    Langkah ini mungkin memberi kelegaan sementara tetapi dalam jangka masa panjang, ia ibarat gali lubang tutup lubang. Lambat-laun, semua hutang akan terkumpul dan menjerat anda kembali.

    Situasi ini perlu ditangani segera. Cuba senaraikan semua hutang dan kenal pasti mana satu yang perlu dilangsaikan dahulu. Dalam masa yang sama, potong perbelanjaan tidak penting dan mula pertimbangkan nasihat daripada pakar kewangan atau kaunselor kredit.

    1. Tiada simpanan kecemasan

    Simpanan kecemasan ibarat tali keselamatan kewangan. Apabila berlaku kejutan seperti kehilangan kerja, kemalangan atau masalah kesihatan, simpanan inilah yang akan membantu anda terus bertahan tanpa perlu berhutang.

    Jika anda langsung tiada simpanan, itu menunjukkan keadaan kewangan anda tidak stabil.

    Mula menyimpan walaupun sedikit. Tetapkan matlamat mudah seperti menyimpan RM50 sebulan, kemudian naikkan secara berkala. Paling penting, wujudkan tabiat menyimpan agar tidak panik apabila musibah datang tanpa diduga.

    1. Masalah kewangan menjejaskan kehidupan peribadi

    Wang bukan segala-galanya tetapi apabila ia tidak mencukupi, banyak aspek kehidupan lain turut terjejas. Jika mula susah tidur, selalu tertekan atau sering bertengkar dengan pasangan kerana duit, itu petanda kewangan anda telah memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan hubungan peribadi.

    Masalah kewangan yang berlarutan boleh menjejaskan kualiti hidup secara keseluruhan. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih buruk. Cari jalan keluar sama ada dengan menyusun semula belanjawan, belajar ilmu kewangan asas atau dapatkan bantuan daripada individu yang boleh dipercayai.

    Ingat, meminta pertolongan bukan tanda lemah tetapi langkah berani untuk menyelamatkan masa depan anda. – RELEVAN

    Previous ArticleTak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    Next Article Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.