Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    By Umi FatehahJune 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

    SETIAP kali membuang makanan yang tidak habis, kita mungkin rasa ia perkara kecil. Tetapi tahukah anda, sisa makanan adalah antara penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar? Ia bukan sahaja satu amalan pembaziran malah meninggalkan jejak karbon yang membimbangkan.

    Menurut laporan SWCorp Malaysia, rakyat negara ini membuang lebih 17,000 tan makanan sehari dan sebahagian besarnya masih boleh dimakan. Mengapa makanan yang cukup untuk memberi makan jutaan orang, hanya berakhir di tapak pelupusan sampah?

    Apa kaitan sisa makanan dengan pencemaran?

    Apabila makanan dibuang ke dalam tong sampah dan dihantar ke tapak pelupusan, ia akan mereput tanpa oksigen (anaerobic decomposition). Proses ini menghasilkan gas metana iaitu gas rumah hijau yang lebih kuat berbanding karbon dioksida. Gas ini menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim.

    Setiap kali kita membuang sepinggan nasi, ia bukan sekadar membuang makanan yang tidak habis tetapi juga usaha petani, sumber bumi dan tenaga yang telah digunakan untuk menghasilkannya.

    Mengapa pembaziran ini berlaku?

    • Masak atau beli terlalu banyak

    Ramai di antara kita selalu mempunyai rasa takut tak cukup untuk mengisi perut setiap ahli keluarga dan akhirnya memasak lebih daripada yang diperlukan. Di restoran pula, saiz hidangan kadang kala melebihi kemampuan untuk menghabiskannya.

    • Terlalu memilih atau cerewet

    Sayur kurang segar atau roti yang sudah hampir dengan tarikh luput semuanya dibuang walaupun masih elok dimakan.

    • Kurang kesedaran

    Ramai tidak tahu bahawa makanan yang dibuang menyumbang kepada pencemaran. Mereka anggap ia hanya sampah basah.

    Apa yang boleh dilakukan?

    Pertama sekali, rancang hidangan secara bijak. Ini termasuklah memasak atau membeli makanan dalam kuantiti yang bersesuaian dengan jumlah orang yang akan makan dan mengelakkan pembelian secara impulsif terutama ketika lapar. Sikap terburu-buru ketika membeli sering kali menyebabkan kita membeli lebih daripada yang diperlukan.

    Di dapur pula, amalkan sistem FIFO iaitu First In, First Out. Makanan atau bahan yang dibeli terlebih dahulu seharusnya digunakan dahulu agar tidak rosak atau tamat tempoh sebelum sempat dimakan. Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk dapur rumah tetapi juga penting untuk diamalkan di premis makanan dan restoran.

    Kita juga boleh menjadi lebih kreatif dalam menangani lebihan makanan. Contohnya, nasi yang tidak habis boleh dijadikan nasi goreng untuk hidangan keesokan hari manakala buah-buahan yang hampir rosak boleh dikisar menjadi smoothie atau dijadikan jem buatan sendiri. 

    Dengan sedikit kreativiti, makanan lebihan boleh diubah menjadi menu baru yang lazat dan mengelakkan pembaziran.

    Sekiranya makanan benar-benar tidak boleh dimakan lagi, satu pilihan mesra alam ialah dengan mengkompos sisa tersebut. Kaedah ini membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan dan menghasilkan baja semula jadi yang boleh digunakan untuk tanaman di rumah.

    Paling penting, tingkatkan kesedaran tentang kesan pencemaran makanan. Mulakan perbualan tentang isu pembaziran makanan dengan ahli keluarga, rakan serumah atau rakan sekerja. 

    Dengan mendidik dan menggalakkan perubahan sikap secara bersama, kesan positifnya akan lebih meluas dan berpanjangan. – RELEVAN

    Previous ArticleSam Altman: Penggerak revolusi AI
    Next Article Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.