Facebook Twitter
    Trending
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ahmad Iqbal kongsi hadiah kemenangan dengan badan amal  

    Ahmad Iqbal kongsi hadiah kemenangan dengan badan amal  

    By Zubaidah IbrahimJuly 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AHMAD IQBAL dinobatkan sebagai pemenang dalam Cabaran Bahasa Malaysia anjuran Tavis yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM10,000.

    MENEWASKAN 2,000 peserta, Ahmad Iqbal berjaya dinobatkan sebagai pemenang dalam Cabaran Bahasa Malaysia anjuran Tavis yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM10,000.

    Remaja berasal dari Banting, Selangor itu membuat keputusan mengejutkan dengan berkongsi separuh wang kemenangannya untuk disumbangkan kepada kolejnya dan sebuah organisasi amal.

    Sebanyak RM2,500 disumbangkan kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah sebagai mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh guru dan institut tersebut dalam kejayaannya itu.

    Baki RM2,500 lagi disalurkan kepada sebuah organisasi amal yang sepenuhnya berusaha untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik.

    ARTIKEL BERKAITAN: UPM rangkul pingat emas dan perak di ITEX 2023

    “RM10,000 adalah sejumlah wang yang banyak terutamanya untuk seorang remaja berusia 17 tahun apatah lagi saya bukan dari keluarga senang dengan membesar bersama-sama enam orang adik-beradik.

    “Sebaik sahaja saya diumumkan sebagai pemenang, saya tahu seberapa banyak hadiah wang itu boleh membantu kami sekeluarga.

    “Namun, saya teringat kenangan bersama orang yang telah membantu saya sepanjang perjalanan ini dan menyedari bahawa ramai lagi keluarga dan kanak-kanak yang mungkin hidupnya susah seperti kami sekeluarga,” kata anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik itu.

    Tambahnya, membesar dalam keluarga yang besar tidak mudah, dia selalu bertekad untuk memanfaatkan peluang yang ada, baik dalam bidang olahraga mahupun akademik.

    Ahmad Iqbal dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, ayahnya bekerja di kilang pembuatan kertas manakala ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa.

    Terinspirasi dengan tindakan remaja itu, Tavis menyediakan tuisyen selama setahun secara percuma kepada pelajar dalam organisasi amal tersebut.

    “Ini secara langsung akan memberi manfaat kepada pelajar dalam komuniti itu serta memperkasakan mereka melalui pendidikan untuk masa depan yang lebih cerah.

    “Selain itu, Tavis juga aktif bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi sokongan kepada pelajar sekolah B40,” kongsi Pengasas Tavis, Tan Sri Datuk Seri Mohd. Amin Nordin.

    Mengulas lanjut mengenai Cabaran Bahasa Malaysia Tavis, pertandingan itu dilaksanakan pada awal tahun ini yang disesuaikan untuk ribuan pelajar dalam komuniti pendidikan Tavis.

    ARTIKEL BERKAITAN: Beri pendedahan awal pertanian, atasi monopoli tenaga kerja asing

    Tujuan utama penganjurannya adalah untuk meningkatkan kecekapan pelajar dalam Bahasa Melayu, menyerlahkan bakat mereka dan pada masa sama menyatukan pelajar-pelajar dari seluruh Malaysia.

    Dalam pertandingan ini, peserta digalakkan untuk menunjukkan kemahiran mereka dalam bahasa Melayu dengan menulis karangan mengenai topik yang diberikan.

    Peserta dinilai berdasarkan kriteria seperti kejelasan bahasa, ekspresi kreatif, dan keaslian idea.

    Sementara itu, pemenang tempat kedua dinobatkan kepada Tan Wei Chun, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hua, Selangor yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.

    Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nurul Iman Mohd. Hafiz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim, Perak dengan ganjaran wang tunai sebanyak RM3,000.- RELEVAN

    Previous ArticleYang kaya semakin kaya, yang miskin terus sengsara: pakar mahu PBB, Bank Dunia bertindak
    Next Article IJN diiktiraf sebagai Hospital Pakar Terbaik di rantau APAC

    Artikel berkaitan

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026
    Artikel Terkini

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026

    Rasa diri ketinggalan di belakang?

    February 3, 2026

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.