Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus sengsara: pakar mahu PBB, Bank Dunia bertindak

    Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus sengsara: pakar mahu PBB, Bank Dunia bertindak

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEPARUH populasi dunia yang miskin hanya dapat menikmati 8.5 peratus daripada kekayaan dunia. - GAMBAR HIASAN/ZEYN AFUANG (Unsplash)

    SERAMAI 236 pakar ekonomi terkemuka dunia, termasuk dari Malaysia, menandatangani surat untuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia bertindak atas jurang kekayaan dunia yang semakin melebar.

    Surat yang diterajui pemenang Anugerah Nobel Sains Ekonomi, Joseph E. Stiglitz dan pakar ekonomi pembangunan, Jayati Ghosh itu antara lain membangkitkan isu jurang kekayaan yang melebar dalam tempoh beberapa dekad ini.

    Kata mereka, kekayaan dan kemiskinan melampau telah meningkat secara serentak dan mendadak buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun.

    Jelasnya, antara 2019 hingga 2020, ketidaksaksamaan dunia meningkat lebih pantas berbanding mana-mana tempoh sejak Perang Dunia Kedua.

    ARTIKEL BERKAITAN: 63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

    “Golongan 10 peratus terkaya dunia ketika ini membolot 52 peratus pendapatan dunia, manakala separuh populasi dunia yang termiskin mendapat hanya 8.5 peratus.

    “Berbilion manusia berhadapan kesukaran akibat harga makanan yang tinggi dan meningkat serta kebuluran tetapi jumlah bilionair meningkat sekali ganda dalam tempoh sedekad,” katanya.

    Bahana ketidaksaksamaan

    Menurut pakar-pakar ekonomi itu, dunia kini berhadapan ketidaksaksamaan ekonomi yang luar biasa tinggi.

    Sehubungan itu, mereka mendesak supaya Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) PBB dan Bank Dunia menyokong indikator serta matlamat strategik baharu penting yang boleh menggandakan usaha menangani ketidaksaksamaan tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pandora Papers: Apa kandungan, siapa terlibat dan apa kepentingannya?

    “Kami sedar yang ketidaksaksamaan tinggi melemahkan semua matlamat sosial dan alam sekitar. Laporan Pembangunan Dunia 2006 dan pelbagai lagi kajian lain telah menunjukkan bahawa ketidaksaksamaan melampau seperti dilihat sekarang boleh memusnahkan masyarakat.

    “Ia menghakis politik, memusnahkan kepercayaan, menggagalkan kemakmuran ekonomi kolektif dan melemahkan kerjasama pelbagai pihak. 

    “Kami juga tahu bahawa tanpa pengurangan drastik ketidaksaksamaan, matlamat berkembar untuk menamatkan kemiskinan tegar dan menangani bencana iklim akan bermasalah,” katanya.

    Surat tersebut mendapat sokongan pelbagai pakar dari seluruh dunia termasuk bekas Pelapor Khas tentang Kemiskinan Melampau dan Hak Asasi Manusia PBB, Philip Alston dan pakar ekonomi, Thomas Piketty.

    Alston merupakan pelapor PBB yang mencadangkan supaya Malaysia menyemak semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) manakala Piketty merupakan penulis buku yang terkenal tentang ketidaksaksamaan, Capital in the Twenty-First Century.

    Juga terdapat empat wakil Malaysia dalam senarai penanda tangan tersebut, iaitu Presiden Universiti Monash Malaysia, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman; Penasihat Institut Penyelidikan Khazanah, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram; Penolong Pengarah Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Nur Amal Mohamad Matahab dan Felo Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Muhammed Abdul Khalid.

    Perbaiki ukuran

    Menurut Stiglitz dan Ghosh, dalam 17 SDG yang dimeterai pada 2015, matlamat ke-10 iaitu mengurangkan ketidaksaksamaan telah diabaikan. Malah, sasaran utama matlamat itu, iaitu matlamat Kemakmuran Bersama Bank Dunia juga tidak secukupnya mengukur dan memantau aspek utama ketidaksaksamaan.

    “Bukti daripada tinjauan isi rumah menunjukkan satu daripada lima negara yang menunjukkan trend positif dalam Kemakmuran Bersama juga menunjukkan peningkatan ketidaksaksamaan dalam ukuran lain, seperti Nisbah Palma. 

    “Negara-negara ini termasuk Mongolia, Chile dan Vietnam,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 kesan rasuah kepada negara

    Oleh itu, mereka berharap PBB dan Bank Dunia dapat memanfaatkan tempoh musim panas (Jun hingga September) tahun ini untuk memperkukuh sasaran dan ukuran ketidaksaksamaan dengan lebih baik.

    Ini termasuk dengan melihat kedua-dua aspek ketidaksaksamaan, iaitu antara negara dan dalam negara itu sendiri menggunakan indikator yang menjejak ketidaksaksamaan kekayaan dan pendapatan.

    “Terdapat kemajuan signifikan dalam data ketidaksaksamaan, seperti anggaran yang lebih tepat untuk pendapatan tertinggi, membolehkan generasi baharu pembuatan polisi diasaskan dari analisis pengagihan kesan perubahan polisi yang jelas.

    “Ini perlu disistemkan dan digalakkan lagi, bagi membolehkan analisis ketidaksaksamaan bertahap tinggi boleh dilaksanakan oleh setiap kerajaan.

    “Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk menjamin konsensus politik yang luas supaya transformasi ekonomi kita menuju ke arah masa hadapan yang bebas karbon,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleInflasi Jun terendah sepanjang 2023, purata harga ayam melebihi harga siling
    Next Article Ahmad Iqbal kongsi hadiah kemenangan dengan badan amal  

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.