Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UPM rangkul pingat emas dan perak di ITEX 2023

    UPM rangkul pingat emas dan perak di ITEX 2023

    By May 22, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BARISAN penyelidik dari UPM yang memenangi emas di ITEX 2023 baru-baru ini.

    PENYELIDIK dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ali Tan Kee Zuan berjaya meraih pingat emas di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2023 (ITEX) hasil kajiannya mengenai formulasi biobaja cecair yang ditambah baik (An Improved Formulation of a Liquid Biofertilizer).

    Beliau yang juga pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM menghasilkan biobaja cecair  yang mampu mengurangkan kadar baja kimia sehingga 60 peratus dan biobaja ini boleh dihasilkan dalam masa yang singkat iaitu sekitar 24 hingga 48 jam sahaja.

    Biobaja itu terbukti mampu mempercepatkan proses pengkomposan dan penguraian bahan organik serta menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi.

    Kajian tersebut yang berkolaborasi dengan rakan industri telah berjaya meningkatkan kadar pertumbuhan dan hasil tanaman melalui pelbagai mekanisme serta boleh juga mempercepatkan proses kompos dan penguraian bahan organik.

    BIOBAJA terbukti mampu mempercepatkan proses pengkomposan dan penguraian bahan organik serta menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi.

    Selain itu, penyelidikan Hybrid Kelah Malaysia (Malaysian Mahseer Hybrid) oleh Dr. Fadhil Syukri dari Fakulti Pertanian dan Dr. Nur Kartinee Kassim dari Fakulti Sains turut memperoleh pingat emas.

    Pingat perak pula dimenangi oleh Dr. Norhayu Asib daripada Fakulti Pertanian bagi kajian Ecosaria: Bioinsektisida Hijau (Ecosaria: Green Bioinsecticide), diikuti oleh Dr. Noordiana Nordin dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) untuk kajian jalur ujian berasaskan asid nukleik (NALFA) bagi pengesahan ayam kampung dan Kit Amplifikasi Pantas Khinzir/Babi oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil dari Institut Penyelidikan Produk Halal.

    Menurut Pengarah Putra Science Park UPM, Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad, semua pingat yang diraih adalah hasil daripada komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh barisan penyelidik dalam membangunkan inovasi terbaik.

    “UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersilkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat serta negara.

    “Kami juga mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan,” katanya.

    Penganjuran ITEX 2023 telah masuk tahun ke-34, penganugerahan ini bertujuan untuk menggalakkan dan menonjolkan keupayaan penyelidik muda bagi meneroka kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) dan Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE).

    ITEX 2023 yang dianjurkan pada 11 hingga 12 Mei 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa.

    Acara tahunan ini adalah anjuran daripada Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S. Network Sdn. Bhd.- RELEVAN

    emas featured upm zubaidah
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.