Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beri pendedahan awal pertanian, atasi monopoli tenaga kerja asing

    Beri pendedahan awal pertanian, atasi monopoli tenaga kerja asing

    By Zubaidah IbrahimJune 20, 2023Updated:June 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEKTOR pertanian sering dianggap sebagai kerjaya yang tidak gah, malah masyarakat juga memberi perspektif negatif terhadap pekerjaan dalam bidang ini.- GAMBAR HIASAN/QUANG NGUYEN/PEXELS

    ISU kekurangan bekalan makanan dan kebergantungan kepada makanan yang diimport hangat diperkatakan sehingga kini. Situasi itu diburukkan lagi dengan golongan belia yang kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

    Perkara tersebut terjadi kerana mereka menganggap sektor pertanian sebagai kerjaya yang tidak gah, malah masyarakat juga sering memberi perspektif negatif terhadap pekerjaan dalam bidang ini.

    Rentetan daripada itu, kerjaya dalam sektor pertanian kini dimonopoli oleh tenaga kerja warga asing

    Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Daljit Singh A/L Karam Singh, adalah penting untuk kita menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian demi memastikan kelestarian bekalan makanan untuk generasi akan datang.

    “Negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Thailand masih mengekalkan kepentingan pertanian untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan pertanian negara perlu diangkat serius bagi melihat prospek kerjaya dalam bidang tersebut.

    “Sekiranya negara masih bergantung kepada pekerja asing dan petani yang sudah berusia, dikhuatiri tiada pelapis dalam bidang ini. Pastinya keadaan tersebut akan menjejaskan sektor pertanian negara.

    “Kita juga tidak mahu pengaliran keluar mata wang negara kerana ia akan memberi impak negatif terhadap ekonomi Malaysia,” katanya.

    Tambah beliau, sektor pertanian merupakan bidang kerjaya yang akan mendapat pulangan manfaat untuk jangka masa panjang

    Dr. Daljit Singh berpandangan, bagi menarik minat golongan belia untuk menceburi sektor pertanian, antaranya perlu diperkenalkan bidang pertanian di peringkat sekolah bagi memberi pendedahan dan gambaran karier dalam bidang berkenaan.

    “Negara kita mempunyai agensi-agensi berkaitan pertanian, perhutanan, perladangan dan UPM antara institusi pengajian tinggi yang mengetengahkan pelbagai program pertanian.

    “Kami juga turut berperanan dalam memperkenalkan program pengajian dan melahirkan graduan pertanian yang menerajui sektor tersebut,” ujarnya.

    Sementara itu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pertanian, UPM, Shu Goo Long yang juga seorang petani moden berkongsi bahawa pendedahan awal dalam bidang pertanian kepada belia harus bermula sejak kecil oleh ibu bapa.

    “Sejak usia 11 tahun saya telah diajar masuk ke kebun membantu ayah memotong sayur-sayuran seawall pukul 5 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 4 petang.

    “Saya meminati bidang pertanian kerana ayah menyara keluarga kami sebagai seorang petani. Oleh itu, saya memilih untuk bekerja dalam sektor ini dengan menggunakan kepakaran yang dipelajari di universiti.

    “Bahan makanan adalah sumber asas kehidupan, maka sebagai golongan muda saya bertekad mahu membantu petani mencari penyelesaiaan dengan membuat kajian bagi menambah baik hasil petanian negara pada masa depan,” ujarnya yang kini sedang mengusahakan tanaman strawberi seluas 0.5 hektar.

    Kongsinya lagi, dia bercita-cita menjadi seorang saintis yang pakar dalam bidang pertanian dan usahawan yang berjaya dengan menggunakan teknologi yang terkini bagi memudahkan urusan kerja di kebun.

    Goo Long berkata, ramai golongan muda tidak tahu bahawa pekerjaan sebagai petani moden memperoleh pendapatan yang stabil.

    Bukan itu sahaja, sebagai golongan muda yang hidup dalam era digital mereka boleh menyumbang dalam bidang pertanian menggunakan teknologi untuk diaplikasikan.

    “Apa sahaja jurusan yang anda pelajari di universiti boleh diaplikasikan dalam bidang pertanian,” tuturnya.- RELEVAN

    Previous ArticleTarikh pendaftaran calon persendirian SPM 2023 dilanjut sehingga 30 Jun
    Next Article Apa yang Gen Z mahu dalam kerjaya?

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.