Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    By Umi FatehahApril 14, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hampir 2 bilion individu berisiko hidap penyakit hati metabolik menjelang 2050. - GAMBAR HIASAN EUROPEANA/UNSPLASH

    PENYAKIT hati sering dikaitkan dengan pengambilan alkohol tetapi realitinya kini jauh berbeza.

    Menurut laporan The Guardian, satu kajian global mendapati penyakit hati berkaitan metabolik dijangka menjejaskan sehingga 1.8 bilion penduduk dunia menjelang tahun 2050.

    Keadaan ini dikenali sebagai metabolic dysfunction-associated steatotic liver disease (MASLD) iaitu nama baharu bagi non-alcoholic fatty liver disease. Ia berlaku apabila lemak terkumpul dalam hati, bukan disebabkan alkohol tetapi akibat masalah metabolik seperti obesiti dan paras gula tinggi.

    Kes meningkat mendadak dalam tempoh 30 tahun

    Menurut data daripada Global Burden of Disease Study yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Gastroenterology and Hepatology, jumlah pesakit meningkat secara drastik dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

    Pada tahun 1990, dianggarkan sekitar 500 juta individu menghidap MASLD. Angka itu melonjak kepada 1.3 bilion pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus.

    Lebih membimbangkan, jumlah ini dijangka terus meningkat kepada 1.8 bilion menjelang tahun 2050 iaitu kenaikan 42 peratus berbanding angka semasa.

    Secara keseluruhan, kira-kira satu daripada enam individu di dunia kini terjejas oleh penyakit ini.

    Bukan lagi penyakit orang tua

    Walaupun kadar tertinggi direkodkan dalam kalangan warga emas berusia antara 80 hingga 84 tahun, majoriti pesakit sebenarnya datang daripada golongan lebih muda.

    Kajian menunjukkan lelaki berumur sekitar 35 hingga 39 tahun dan wanita berumur 55 hingga 59 tahun merupakan antara kumpulan paling ramai terjejas.

    Ini bermakna, penyakit hati tidak lagi terhad kepada golongan berusia sebaliknya semakin menyerang individu dalam usia produktif.

    Gaya hidup jadi punca utama

    Peningkatan kes MASLD banyak dikaitkan dengan perubahan gaya hidup moden.

    Antara faktor utama termasuk:

    • Obesiti
    • Paras gula dalam darah yang tinggi
    • Kurang aktiviti fizikal
    • Pemakanan tinggi gula dan makanan diproses

    Keadaan ini sering berkait dengan penyakit lain seperti Type 2 diabetes, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi kesihatan yang lebih serius.

    Tiada simptom jelas

    Salah satu cabaran terbesar ialah MASLD sering tidak menunjukkan simptom jelas pada peringkat awal.

    Ramai individu hanya mengetahui mereka menghidap penyakit ini selepas menjalani pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah atau imbasan ultrasound.

    Dalam banyak kes, keadaan ini boleh menjadi lebih serius tanpa disedari, termasuk menyebabkan keradangan hati, parut (fibrosis) dan akhirnya sirosis.

    Tanda-tanda yang tak boleh diabaikan

    1. Cepat penat tanpa sebab

    Rasa letih berpanjangan walaupun tidak melakukan kerja berat boleh menjadi isyarat awal.

    1. Lemak berkumpul di bahagian perut

    Perut buncit atau central obesity berkait rapat dengan masalah metabolik.

    1. Paras gula darah tinggi

    Individu dengan diabetes atau prediabetes mempunyai risiko lebih tinggi.

    1. Kolesterol atau trigliserida meningkat

    Masalah ini sering berlaku seiring dengan hati berlemak.

    1. Tekanan darah tinggi

    Sebahagian daripada sindrom metabolik yang menyumbang kepada MASLD.

    1. Ketidakselesaan di bahagian kanan atas perut

    Sesetengah individu mungkin mengalami rasa berat atau tidak selesa di kawasan hati.

    1. Perubahan pada kulit

    Kulit menjadi gelap di leher atau ketiak boleh menjadi tanda rintangan insulin.

    Realiti baharu penyakit hati

    Hakikatnya, penyakit hati hari ini bukan lagi sekadar isu pengambilan alkohol. Sebaliknya, ia semakin berkait rapat dengan gaya hidup harian – daripada pemakanan hingga tahap aktiviti fizikal.

    Jika trend semasa berterusan, angka 1.8 bilion itu bukan sekadar ramalan tetapi gambaran masa depan kesihatan global yang semakin mencabar.

    Persoalannya, adakah kita hanya akan sedar apabila sudah terlambat? – RELEVAN

    Previous ArticleBahaya lupa makan
    Next Article 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.