Facebook Twitter
    Trending
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Melawan food coma selepas tersandar kenyang makan juadah raya

    Melawan food coma selepas tersandar kenyang makan juadah raya

    By Umi FatehahApril 4, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETAHUN sekali, Syawal datang lagi. Kalau bulan puasa istimewa kerana bazar Ramadan, istimewanya Syawal kerana ada rumah terbuka. Pasti ramai yang sudah merancang untuk menganjur dan menghadiri rumah terbuka.

    Dalam sehari, mungkin ada jemputan daripada dua rumah atau lebih. Seronoklah kita dapat menikmati juadah rumah terbuka yang pelbagai jenis nanti. 

    Namun, rumah terbuka mungkin menjadi punca kita akan terlebih makan. Bayangkan, dalam sehari berapa rumah yang disinggah. Kalau dah datang rumah orang dan tak makan, kecil pula hati tuan rumah nanti. 

    Jadi kita pun makanlah dengan sakan. Selain mahu menjaga hati tuan rumah, siapa sahaja yang mampu menahan godaan juadah raya? 

    Bila dah makan banyak, masuk fasa food coma pula – rasa mengantuk dan letih sebab kekenyangan.

    Kebiasaannya bila dah capai tahap food coma, nak buat apa pun tak boleh kerana otak tidak lagi mampu untuk menumpukan perhatian. Hanya ada perasaan kenyang, mengantuk dan mahu tidur.

    Tapi, sebagai manusia berwawasan dan beriltizam tinggi, kita tak patut kalah pada food coma. Sebab itu, selepas makan terlalu banyak, jangan terus tunduk pada perasaan penat dan malas. 

    Ikuti langkah-langkah ini untuk lawan food coma durjana. Terus sihat dan cergas demi menjalani sebulan Syawal yang bermakna.

    1. Relaks

    Langkah pertama yang perlu diambil ialah meluruskan fikiran dan menguatkan semangat.

    Jangan terlalu salahkan diri sendiri. Cuma satu hari sahaja anda langgar pantang diet dan makan berlebihan tidak akan merosakkan kesihatan secara terus. 

    Selain itu, terlalu banyak rasa bersalah akibat terlebih makan akan membuatkan anda berada dalam keadaan penafian atau in denial. Ia mungkin akan menyebabkan anda makan secara berlebihan lagi atau tidak makan apa-apa langsung dan kedua-duanya tidak bagus untuk kesihatan.

    Sebaliknya, pujuk dan beri peluang kepada diri sendiri untuk menikmati Hari Raya tanpa rasa bersalah. Pada hari-hari seterusnya, ubah cara pemakanan dan gaya hidup.

    1. Berjalan dan bersenam

    Salah satu perkara terbaik untuk memberi kelegaan segera selepas makan terlalu banyak dan berasa terlalu kenyang ialah berjalan-jalan selepas makan.

    Melalui pengeluaran peluh semasa berjalan, badan kita merembeskan beberapa bahan kimia dan sedikit garam sambil meningkatkan aliran darah ke otak. 

    Di samping itu, anda akan membakar beberapa kalori tambahan dan seterusnya membantu mengimbangi kalori berlebihan akibat makan terlalu banyak.

    Pada hujung minggu pula, anda digalakkan untuk bersenam. Selain membakar kalori yang ditambah, ia perlu dilakukan agar tubuh badan kekal aktif dan sihat. Sekiranya tidak bersenam, makanan berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak. 

    1. Jangan baring selepas makan

    Perasaan mengantuk selepas makan biasa berlaku dan secara realitinya, sukar untuk lawan nafsu tidur. Tetapi, baring dalam keadaan kekenyangan ialah perkara yang perlu kita elakkan.

    Apabila baring, kita sudah hilang peluang untuk melancarkan penghadaman. Selain itu, apabila anda berbaring dengan perut yang penuh, makanan yang sudah ditelan berpotensi untuk naik semula. Ini akan melambatkan penghadaman dan menyebabkan refluks asid (GERD).

    Cuba lawan perasaan mengantuk dan nafsu tidur dengan membasuh pinggan, lipat baju, siram pokok dan sebagainya. Tunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum baring. 

    1. Rancang pemakanan pada hari seterusnya

    Selepas seharian anda makan juadah raya dalam kuantiti yang banyak, cuba ubah cara pemakanan pada hari keesokannya. 

    Beri ruang kepada badan dan perut untuk berehat dan tingkatkan pengambilan serat. Kalau semalam anda makan nasi, ketupat dan lemang, hari ini tukarkan karbohidrat itu kepada oat, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

    Walaupun raya itu sebulan, tidak bermakna kita perlu makan juadah raya selama sebulan. 

    1. Puasa enam atau puasa ganti

    Sepanjang Syawal, kita masih boleh berpuasa sunat, sama ada puasa enam atau puasa ganti. Rancang untuk berpuasa pada hari-hari yang tidak mempunyai jemputan rumah terbuka. Selain dapat mengawal pemakanan, anda juga boleh beribadah dan tambah pahala. 

    Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri. 

    Jadi, ambil peluang puasa sunat untuk merehatkan badan selepas terlebih makan sambil beribadah. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah puasa qada’ dan puasa sunat enam bulan Syawal boleh digabungkan?

    – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.