Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima waktu bayar zakat fitrah dan hukumnya yang berbeza-beza

    Lima waktu bayar zakat fitrah dan hukumnya yang berbeza-beza

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT lima waktu untuk membayar zakat fitrah dengan hukum yang berlainan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    ZAKAT fitrah merupakan zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu Muslim yang berkemampuan.

    Muslim yang memenuhi syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah berdasarkan kadar yang ditetapkan pihak berkuasa agama Islam masing-masing.

    Menurut Lembaga Zakat Selangor, empat golongan Muslim yang diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah kepada diri, keluarga dan tanggungannya ialah:

    • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
    • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
    • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
    • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

    Secara amnya, zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadan, sebelum berakhirnya hari 1 Syawal. Namun, secara spesifik, terdapat lima waktu untuk membayar zakat fitrah dengan hukum yang berlainan.

    Berikut Relevan kongsikan kepada anda lima waktu dan hukum tersebut, dengan panduan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Waktu harus

    Dalam mazhab Syafie, waktu harus untuk umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah pada 1 Ramadan sehingga berakhir bulan puasa. 

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia berdasarkan nukilan Ibn Hajar dalam kitabnya bahawa harus bagi pengeluar zakat kecuali pemerintah untuk mempercepat bayaran zakat fitrahnya sebaik masuk Ramadan, termasuk pada malam pertama bulan tersebut.

    Waktu wajib

    Apabila masuk waktu senja atau terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan, hukum mengeluarkan zakat fitrah menjadi wajib.

    Ini berdasarkan nukilan Sheikh Abdullah Bafadhal dalam al-Muqadimmah al-Hadhramiyyah yang bermaksud:

    “Zakat fitrah diwajibkan dengan syarat melalui tenggelam matahari pada malam hari raya”

    Waktu afdal

    Waktu yang afdal untuk mengeluarkan zakat fitrah adalah sebelum solat sunat hari raya. Umat Islam disunatkan untuk membayar pada waktu tersebut.

    Ini kerana Rasulullah SAW sendiri mengeluarkan zakat sebelum baginda mengerjakan solat sunat Aidilfitri seperti dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Umar, yang bermaksud:

    “Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).”

    Waktu makruh

    Sekiranya terlepas semua waktu di atas, umat Islam masih boleh mengeluarkan zakat fitrah selepas solat sunat hari raya tetapi hukumnya makruh.

    Menurut Ibn Hajar al-Haitami, sunat hukumnya mengeluarkan zakat sebelum solat sunat hari raya, maka sunat juga untuk tidak melewatkan bayaran zakat selepas solat hari raya.

    Waktu haram

    Setelah matahari terbenam pada 1 Syawal, hukum mengeluarkan zakat fitrah jatuh haram.

    Ini bertepatan dengan kenyataan Sheikh Zakaria al-Ansari yang bermaksud:

    “Haram melewatkan zakat selepas hari raya (Aidilfitri) tanpa sebarang keuzuran seperti kehilangan hartanya atau hilang penerima zakat kerana zakat bertujuan memenuhi tuntutan mereka. Wajib bagi orang yang melewatkan zakat itu menggantikannya serta-merta.”

    Oleh itu, sesiapa yang sengaja melewatkan bayaran zakat fitrah pada waktu yang telah diwajibkan, hukumnya bukan sekadar haram malah wajib menggantikan zakat tersebut serta-merta. – RELEVAN

    Previous ArticleMelawan food coma selepas tersandar kenyang makan juadah raya
    Next Article Beraya sambil beringat. Jangan pegang, cium anak orang sembarangan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.