Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah puasa qada’ dan puasa sunat enam bulan Syawal boleh digabungkan?

    Adakah puasa qada’ dan puasa sunat enam bulan Syawal boleh digabungkan?

    By Umi FatehahApril 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PUASA enam ialah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari dalam bulan Syawal. - GAMBAR HIASAN ALI ARIF SOYDAS/UNSPLASH

    SETELAH 30 hari berpuasa pada bulan Ramadan dan disambut dengan penuh berkat, kini sudah sampai giliran bulan Syawal pula untuk disambut sebagai kemenangan setelah berjaya berpuasa dan beribadah.

    Namun begitu, pasti ada yang tidak dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadan yang lalu atas faktor seperti haid, nifas atau musafir. Hari-hari yang tidak berpuasa itu pula perlu diganti atau dibayar fidyah.

    Artikel Relevan sebelum ini ada menjelaskan panduan qada’ dan cara kiraan bayaran fidyah puasa. Bagi artikel kali ini pula, Relevan akan menjelaskan lebih lanjut mengenai adakah perlu segera menggantikan puasa.

    Menurut Mufti Wilayah, anda dibolehkan untuk menggantikan puasa pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa. Hari yang diharamkan berpuasa bagi umat Islam adalah seperti berikut:

    • Hari Syak iaitu hari yang apabila dia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Syaaban). Hal ini berdasarkan hadis daripada Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud:

      “Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka kepada Abu al-Kasim (Muhammad) SAW.”

    • Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.s yang bermaksud:

      “Bahawa Rasulullah SAW menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha.”

    • Hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi SAW yang bermaksud:

      “Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati Allah SWT.”

    • Hari haid dan nifas

    Namun begitu, sangat digalakkan untuk segera menyelesaikan qada’ puasa sekiranya tiada sebarang halangan. Hal ini kerana dikhuatiri tidak sempat menggantinya sehingga tiba Ramadan yang seterusnya. 

    Jika sengaja tidak menggantikan puasa, ia dikira berdosa dan wajib membayar fidyah secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.

    Puasa enam dan puasa ganti

    Puasa enam ialah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau berpuasa pada mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

    Namun begitu para ulama menasihatkan lebih afdal jika segera dilakukan iaitu pada hari kedua Syawal dan dilakukan secara berturut-turut. 

    Persoalan yang kerap ditanya berkaitan bolehkah puasa enam dan puasa ganti dilakukan secara serentak?

    Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat berkaitan isu menggabungkan niat di antara puasa qada’ Ramadhan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. 

    Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala berpendapat, jika menggabungkan kedua-dua puasa tersebut, salah satu puasa tidak mendapat ganjaran yang sempurna. Melainkan, jika dia berniat puasa khusus untuk enam hari pada bulan Syawal sahaja.

    Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa sah bagi seseorang itu melakukan qada’ puasa bulan Ramadhan bersama puasa sunat enam Syawal dan terhasil pahala puasa sunat yang dilakukan di dalam bulan Syawal tersebut.

    Kesimpulan daripada perbincangan dan percanggahan pandangan mendapatkan bahawa afdal bagi seseorang itu mengasingkan puasa qada’ dengan puasa enam pada bulan Syawal.

    Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. – RELEVAN

    featured puasa enam puasa ganti puasa qada
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.