Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Muzium Cermin mata ikonik Tokyo

    Muzium Cermin mata ikonik Tokyo

    By March 26, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERLETAK di jalan membeli-belah Higashi-dori di Minami-Ikebukuro, Tokyo, Muzium Cermin Mata adalah salah satu tempat yang sangat ikonik untuk merakam gambar di ibu negara Jepun.- Foto akahashi Eiji Yuko/Facebook

    SELAMA  50 Tahun, Rogan Megane Hakubutsukan atau Muzium Cermin Mata di Ikeburo, adalah tempat paling ikonik untuk membeli-belah pelbagai jenis cermin mata termasuk cermin mata hitam.

    Terletak di jalan membeli-belah Higashi-dori di Minami-Ikebukuro, Tokyo, Muzium Cermin Mata adalah salah satu tempat yang sangat ikonik untuk merakam gambar di ibu negara Jepun.

    Walaupun ia pernah menjadi gudang ringkas, Pengasas dan Pemilik  Muzium Cermin Mata, Yutaka Takei mengetengahkan idea unik dengan menjadikannya sebagai iklan gergasi untuk produk yang dijual di dalamnya.

    Apa yang benar-benar meletakkan Muzium Cermin Mata pada peta ialah ribuan cermin mata hitam berwarna-warni yang dilekatkan pada bingkai logam gergasi. 

    Ia bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai untuk masuk ke dalam muzium itu.

    MUZIUM Cermin Mata mempunyai koleksi yang sangat banyak iaitu sehingga 120,000 pasang yang tersedia untuk dibeli pada bila-bila masa.- Foto Takahashi Eiji Yuko/Facebook

    Ketika Takei mula-mula membuka kedai di sini, dia beroperasi sebagai pemborong pelbagai barangan, tetapi apabila peniaga mula berurusan secara langsung dengan pengilang, pemborong sukar mendapat keuntungan, jadi dia terpaksa mencari cara baharu.

    Dia mula memberi tumpuan kepada cermin mata dan untuk memastikan kedainya menonjol, Takei melabur banyak dalam pemasaran, menghias Muzium Cermin Mata dengan beribu-ribu cermin mata hitam dan juga membuat tawaran dengan pengendali pelancongan untuk membawa pelancong ke sini.

    Selain daripada hiasannya yang unik, berpuluh-puluh ribu cermin mata dihias di luar dan dalam kedai. Muzium Cermin Mata juga menjadi terkenal dengan harga yang sangat rendah dengan menjual cermin mata pada harga serendah 300 yen (RM9).

    Muzium Cermin Mata bukan sahaja mempamerkan puluhan ribu cermin mata dan cermin mata hitam di dindingnya, ia juga mempunyai koleksi yang sangat banyak iaitu sehingga 120,000 pasang yang tersedia untuk dibeli pada bila-bila masa.

    Malangnya, tiada yang kekal selama-lamanya dan itu termasuklah Muzium Cermin Mata.

    Pada Mac 2022, selepas 50 tahun dalam perniagaan, Yutaka Takei mengumumkan bahawa kedai unik itu akan ditutup atas pelbagai faktor.

    Pengasas berusia 76 tahun pada masa itu tidak mempunyai tenaga untuk menangani bebanan kerja dan ditambah pula dengan pandemik Covid-19 serta penurunan harga untuk cermin mata telah menjadikan perniagaan itu tidak dapat bertahan.

    “Pada masa lalu, cermin mata biasa berharga 30,000 yen (RM936) hingga 40,000 yen (RM1,248) dan kedai cermin mata hanya perlu menjual sepasang sehari tetapi sekarang harganya cuma 5000 yen (RM156) hingga 6000 yen (RM187).

    “Apabila ini berlaku, hanya syarikat besar boleh bertahan,” kata Takei

    Beberapa sumber mendakwa bahawa Muzium Cermin Mata masih beroperasi di lokasi yang berbeza di Tokyo, tetapi ia tidak lagi mempunyai rupa unik seperti kedai asal, jadi kebanyakan tarikannya telah mati.

    Walaupun begitu, gambar berkaitan muzium itu dan kedai mata terhebat yang pernah wujud itu banyak disiarkan di internet lantas membolehkan orang ramai seluruh dunia tahu akan ‘keajaibannya’.- RELEVAN

    Previous ArticleInflasi meningkat 1.8% pada Februari
    Next Article 5 panduan tetapkan matlamat kewangan masa hadapan

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.