Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi meningkat 1.8% pada Februari

    Inflasi meningkat 1.8% pada Februari

    By March 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INFLASI daging meningkat dengan perlahan, iaitu 0.5 peratus pada Februari. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    INFLASI Malaysia pada Februari lalu meningkat 1.8 peratus kepada 132.1 mata indeks berbanding 129.8 pada bulan sama tahun sebelumnya.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tersebut didorong pertumbuhan kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (2.7 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.6 peratus) serta pengangkutan (1.2 peratus).

    Kumpulan utama lain pula merekodkan peningkatan lebih perlahan, iaitu restoran dan perkhidmatan penginapan (2.9 peratus); kesihatan (2.2 peratus); makanan dan minuman (1.9 peratus) serta pendidikan (1.5 peratus).

    “Peningkatan 2.7 peratus bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh subkumpulan utama bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman pada 19.7 peratus.

    “Ini berikutan pelaksanaan pelarasan tarif air mengikut Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi kategori pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa pada 1 Februari.

    “Peningkatan inflasi pengangkutan disumbangkan subkumpulan utama pengurusan peralatan pengangkutan persendirian yang meningkat 1.3 peratus dan perkhidmatan pengangkutan awam sebanyak 1.7 peratus,” katanya dalam kenyataan pada 25 Mac.

    Jelas Mohd. Uzir, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan peningkatan lebih rendah, iaitu 1.9 peratus.

    Kata beliau, subkumpulan utama makanan di rumah meningkat 0.5 peratus manakala subkumpulan utama makanan di luar rumah meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 3.1 peratus pada Januari.

    “Inflasi bagi kelas perbelanjaan daging meningkat perlahan kepada 0.5 peratus pada Februari. Bagi perbandingan bulanan, kelas perbelanjaan ini mencatatkan penurunan negatif 0.3 peratus.

    “Daging ayam segar yang merupakan komponen terbesar merangkumi 32.6 peratus dalam kelas perbelanjaan daging mencatatkan penurunan kepada -0.7 peratus berbanding 0.8 peratus pada Januari.

    “Purata harga ayam standard Malaysia ialah RM10.29 sekilogram berbanding RM10.33 sekilogram pada Februari 2023 dan Januari 2024,” katanya.

    Untuk inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.

    Walau bagaimanapun, menurut Mohd. Uzir, lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional, iaitu Pulau Pinang (2.7 peratus), Pahang (2.4 peratus), Selangor (2.1 peratus), Perlis (2.0 peratus) dan Sarawak (1.9 peratus).

    “Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman. 

    “Peningkatan tertinggi dicatatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.2 peratus), diikuti Selangor (3 peratus), Pulau Pinang (2.5 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (2.3 peratus), Sarawak (2.2 peratus), Perlis (2.2 peratus) dan Pahang (2.1 peratus).

    “Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0 peratus), Filipina (3.4 peratus), Amerika Syarikat (3.2 peratus), Republik Korea (3.1 peratus) dan Indonesia (2.8 peratus).

    “Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding China (0.7 peratus) dan Thailand (-0.8 peratus). – RELEVAN

    DOSM ekonomi featured IHP inflasi kewangan
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.