Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 panduan tetapkan matlamat kewangan masa hadapan

    5 panduan tetapkan matlamat kewangan masa hadapan

    By Umi FatehahMarch 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rancang matlamat kewangan agar kehidupan lebih terjamin. - GAMBAR HIASAN MICHELLE HENDERSON/UNSPLASH

    MENETAPKAN matlamat kewangan adalah salah satu langkah terpenting untuk mencapai tahap kestabilan kewangan. Sekiranya kita tidak mempunyai matlamat khusus untuk dicapai, wujud kemungkinan kita akan berbelanja lebih daripada yang sepatutnya dan tidak menabung untuk hari persaraan.

    Barangkali ada yang berpendapat bahawa matlamat kewangan atau menyimpan untuk hari persaraan dibuat apabila umur sudah mencecah 30-an. Sebenarnya, kita digalakkan untuk menetapkan matlamat kewangan seawal dua tahun bekerja.

    Oleh itu, penting untuk kita mengetahui cara untuk menetapkan dan mencapai matlamat kewangan dengan betul. Rujuk enam panduan di bawah dan mula rancang matlamat kewangan anda seawal mungkin.

    1. Senaraikan matlamat kewangan mengikut keutamaan

    Mulakan dengan menyenaraikan semua matlamat sama ada yang sedang diusahakan dan belum dimulakan. Semasa anda mengenal pasti matlamat, senaraikan mengikut keutamaan.

    Tulis butiran khusus bagi setiap matlamat seperti garis masa (tarikh dan tahun sasaran), jumlah wang yang diperlukan dan jumlah yang telah disimpan. Ini akan membantu anda memahami perkara yang diperlukan untuk mencapai setiap matlamat dan memudahkan perancangan.

    Kemudian, tentukan matlamat apakah yang perlu dicapai terlebih dahulu. Contohnya, anda mempunyai matlamat jangka pendek untuk bercuti atau membeli rumah baharu. Dalam masa yang sama, anda mempunyai matlamat jangka panjang seperti persaraan atau menyediakan dana pendidikan anak-anak.

    Keutamaan yang dimaksudkan pula berbeza bagi setiap orang. Jadi, bincangkan bersama pasangan dan apakah yang perlu diutamakan.

    Perlu diingatkan bahawa anda boleh menyimpan untuk lebih daripada satu matlamat pada satu masa. Sebagai contoh, anda boleh menyimpan wang untuk percutian sambil menyimpan untuk persaraan.

    1. Kukuhkan asas kewangan

    Sebaik sahaja sudah mengenal pasti matlamat, anda perlu mengukuhkan asas kewangan. Asas kewangan yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

    • Wujudkan tabung kecemasan: Tabung kecemasan penting untuk perbelanjaan bagi senario yang tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan, membaiki kerosakan kereta atau ahli keluarga jatuh sakit. 
    • Selesaikan hutang sebelum mula menyimpan: Jika anda mempunyai hutang dengan faedah tinggi yang tertunggak seperti kad kredit, selesaikan hutang ini terlebih dahulu bagi memudahkan urusan menabung untuk matlamat lain. 
    1. Tetapkan sebab yang kukuh sebagai motivasi

    Mempunyai sebab yang kukuh untuk setiap matlamat akan membuatkan anda lebih bermotivasi untuk mencapainya. Sebagai contoh, anda mahu menyimpan untuk persaraan agar boleh hidup selesa pada hari tua kelak dan tidak perlu bekerja keras bagi kelangsungan hidup.

    1. Rancang tindakan yang perlu dilakukan untu mencapai matlamat

    Mulakan dengan merekodkan setiap pendapatan dan perbelanjaan. Dengan cara ini, anda dapat mengenal pasti berapakah jumlah wang yang boleh disimpan untuk setiap matlamat yang ditetapkan. 

    Kemudian, gunakan matlamat kewangan dan garis masa sebagai panduan. Contohnya, jika salah satu matlamat anda adalah untuk membeli rumah persaraan di kawasan berdekatan pantai, kenal pasti bila anda mahu membeli rumah itu dan berapa kos yang terlibat. 

    Anda akan lebih mengetahui berapakah jumlah yang perlu disimpan setiap bulan untuk mencapai matlamat tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

    Sekiranya bingung tentang apa yang perlu dilakukan, anda boleh dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan.

    1. Semak semula matlamat kewangan dengan kerap

    Sebaik sahaja sudah mengenal pasti matlamat kewangan dan menetapkan rancangan untuk merealisasikannya, anda dinasihatkan untuk semak semula matlamat dan sesuaikan dengan keadaan kewangan semasa.

    Hal ini kerana matlamat dan tindakan mungkin perlu diubah dari masa ke masa bergantung kepada taraf kehidupan atau faktor-faktor lain seperti komitmen bertambah atau berkurang dan sebagainya. 

    Adalah penting untuk menyemak matlamat anda sekurang-kurangnya sekali setahun untuk melaraskan jangkaan, mencatat kemajuan dan menyemak semula keutamaan anda. – RELEVAN

    featured gaji kewangan matlamat kewangan persaraan simpanan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.