Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

    Menjadi jelas dan berkesan ketika bercakap

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEMAHIRAN bercakap yang baik boleh membantu anda mendaki tangga kerjaya dengan lancar. - GAMBAR HIASAN/HENRI MATHIEU-SAINT-LAURENT (Pexels)

    SATU kemahiran yang sangat underrated: bercakap. 

    Mungkin ada yang fikir, bercakap ini sangat asas, hari-hari kita buat. Untuk apa ada kemahiran pula dalam bercakap?

    Betul. Bercakap merupakan proses yang sangat semula jadi sampai kita rasa ia tidak memerlukan apa-apa kemahiran.

    Sebenarnya, bercakap memang tak perlu apa-apa kemahiran spesifik tetapi untuk bercakap dengan jelas dan berkesan, banyak hal yang perlu diambil kira.

    Mereka yang mampu bercakap dengan jelas dan berkesan ada banyak kelebihan dalam kerjaya dan kehidupan. Dari segi komunikasi, mereka juara.

    Dalam apa saja bidang pekerjaan, komunikasi yang baik bukan saja memudahkan urusan, malah meletakkan imej yang baik terhadap seseorang. 

    Malah, ia penting untuk membantu anda mendaki tangga kerjaya kerana komunikasi antara elemen penting dalam kepemimpinan. Sebab itu penting untuk kita menguasai kemahiran bercakap.

    Pakar kerjaya, Dr. Grace Lee ada berkongsi lapan nasihat untuk menjadikan kita lebih jelas dan berkesan ketika bercakap. Relevan ringkaskannya untuk anda.

    • Perluas perbendaharaan kata

    Perbendaharaan kata yang luas bukan bermakna anda perlu tahu dan guna perkataan-perkataan sukar yang jarang digunakan dalam perbualan seharian. Perbendaharaan kata yang luas diperlukan supaya anda dapat memilih perkataan yang paling tepat.

    Pesan Grace, jangan cari perkataan susah sebaliknya cari perkataan yang boleh menggambarkan emosi dengan baik.

    Tumpukan perhatian pada perkataan-perkataan deskriptif – perkataan yang mencirikan sesuatu. Kebanyakan perkataan deskriptif dalam golongan kata sifat, maka luaskan perbendaharaan anda dalam golongan kata tersebut.

    • Latih ucapan spontan

    Ada beza antara memberi ucapan yang spontan dengan berskrip. Malah, jika kita tak cukup kemahiran, ucapan berskrip akan kelihatan sangat janggal.

    Sebab itu, dalam ruang ucapan awam, kemahiran berlakon membawa kelebihan tersendiri. 

    Grace mencadangkan supaya kita menyertai kelas lakonan dan improvisasi. Ia bukan sahaja dapat memupuk kemahiran berucap dengan spontan, malah kita boleh belajar melakonkan ucapan berskrip supaya ia kelihatan spontan.

    • Jeda

    Ketika bercakap, kita cenderung untuk berhenti seketika bagi memikirkan ungkapan seterusnya. Namun, sering kali, kerana tak mahu perhatian pendengar hilang, kita isi ruang jeda tersebut dengan kata isi (filler words) seperti ummm atau aaaa.

    Bagi Grace, jeda yang senyap lebih baik berbanding kata isi. Lebih baik lagi, jika jeda tersebut dapat disusun lebih awal dan diletakkan pada bahagian-bahagian strategik. Ini dapat membantu memberi penekanan kepada perkataan-perkataan tertentu.

    Jangan takut untuk berhenti seketika dalam ucapan. Cuma, pastikan ia tidak terlalu panjang supaya pendengar tidak kekok.

    • Nada dan penekanan

    Dalam beberapa keadaan, perubahan nada dan penekanan boleh mengubah makna sesuatu ayat. Contohnya:

    “Saya tak cakap kereta ini buruk”.

    Kalau penekanan diletakkan pada perkataan “saya”, ia menunjukkan bahawa pengucap memberitahu bukan dia yang berkata kereta itu buruk.

    Kalau penekanan pada perkataan “kereta”, dia beritahu bukan kereta itu yang dikatakan buruk.

    Kalau penekanan pada perkataan “buruk”, itu bermakna kereta itu bukan buruk tetapi sesuatu yang lain.

    Sebab itu penting untuk memberi perhatian pada nada dan penekanan supaya ucapan kita tidak mengelirukan pendengar.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bucu retorik untuk jadi penghujah yang baik

    • Dengar suara sendiri

    Suara kita yang kita dengar dalam kepala tak sama seperti yang orang lain dengar. Sebab itu, ramai yang tak sedar gaya ucapan mereka mungkin membosankan atau menjengkelkan. 

    Ada dua cara untuk atasi. Pertama, rakam suara sendiri ketika kita sedang berbual atau memberikan ucapan formal. Dengar semula dan nilai sendiri, adakah suara sebegitu sesuai untuk menarik perhatian pendengar?

    Kedua, minta pandangan rakan-rakan yang dipercayai. Minta mereka beri pandangan jujur dan terima dengan terbuka.

    • Keyakinan diri

    Untuk mendapat kepercayaan orang, kita perlu memancar keyakinan diri. Bukan sahaja percaya kepada keupayaan diri, malah kepada apa yang kita perkatakan.

    Dalam ucapan formal, pastikan membuat persediaan dan kajian supaya diri sendiri yakin dengan apa yang diperkatakan.

    Menurut Grace, antara cara untuk memancarkan keyakinan diri adalah dengan melontarkan suara secukupnya. Secara ringkasnya, pastikan lontaran suara anda cukup kuat untuk didengari orang dalam jarak 10 kaki jauh.

    • Kepelbagaian

    Tanpa kepelbagaian, ucapan anda mendatar dan membosankan. Pendengar tidak dapat memberikan tumpuan, seterusnya menggagalkan matlamat anda untuk mempengaruhi seseorang.

    Oleh itu, pelbagaikanlah gaya ucapan, baik dari segi turun naik nada, kepanjangan ayat atau kepantasan ucapan. 

    Kepelbagaian nada bertujuan menekankan sesuatu dalam ucapan. Kepelbagaian panjang ayat untuk mengelakkan limpahan maklumat kepada pendengar. Kepelbagaian kepantasan membantu pendengar memahami bahagian yang penting dalam ucapan.

    • Fahami diri

    Jika anda sukar untuk bercakap dengan jelas dan berkesan, walaupun sudah melaksanakan semua nasihat di atas, cuba kenal pasti apa masalah sebenar anda.

    Adakah kerana gelisah sosial? Kurang keyakinan? Rasa malu yang menebal?

    Selepas mengetahui masalah sebenar, barulah langkah terbaik untuk mengatasinya boleh diambil. – RELEVAN

    Previous Article6 langkah cipta bahagia bersama pasangan
    Next Article 5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.