Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

    6 langkah cipta bahagia bersama pasangan

    By December 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HIDUP berpasangan memerlukan toleransi dan kesfahaman.- Gambar hiasan/Lookstudio/Freepik

    HIDUP berpasangan ada manis dan pahitnya. Itu adalah lumrah kerana setiap orang membawa pemikiran yang berbeza dan jika tidak ditangani dengan baik akan mencetuskan pergaduhan besar.

    Oleh itu, sering kita dengar sebab berpisah adalah ‘tidak lagi mempunyai persefahaman’.

    Sebelum memilih untuk berpisah, cuba anda lakukan enam langkah ini bagi memulihkan kembali hubungan seperti disarankan oleh ahli psikologi klinikal berlesen, Dr. Elana Hoffman.

    1. Kenal pasti pencetus emosi anda

    Setiap orang mempunyai butang ‘jangan tekan’ yang boleh mencetuskan emosi marah. Ia mungkin boleh berkaitan dengan trauma masa lalu yang pernah dialaminya.

    Contohnya, anda dibesarkan oleh ibu bapa yang suka mengambil kesempatan, maka anda akan merasa marah jika mendapati suami tidak melakukan kerja rumah ataupun tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.

    Oleh itu, anda perlu mengenal pasti emosi yang boleh mendatangkan rasa marah dan bertindak dengan sewajarnya. Cuba buat refleksi diri.

    1. Tahu bila hendak mengalah

    Salah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan semasa konflik ialah menghentikan dan mengalihkan fokus. Kita cenderung mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya ketika marah, kemudian menyesal selepas itu.

    Keupayaan untuk membrek, menurunkan kemarahan dan menilai semula perasaan anda ialah cara yang baik untuk mengekalkan hubungan sosial yang sihat begitu juga dalam kehidupan berpasangan.

    Jika pertengkaran semakin hangat, berhenti seketika dan berjalan-jalan untuk menenangkan fikiran supaya anda dan pasangan boleh renungkan semula serta berfikir dengan lebih rasional.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    1. Rasa ingin tahu

    Pasangan anda sudah semestinya insan yang cukup istimewa di mata anda, sebab itulah anda memilihnya untuk hidup bersama. Mungkin kerana kesibukan dan berjalannya masa, anda seakan kurang mengenali pasangan.

    Oleh itu, kekalkan rasa ingin tahu tentang pasangan anda seperti baru pertama kali berkenalan. Ambil tahu minat dan cara mereka berfikir supaya dapat merapatkan kembali jarak kesefahaman.

    Sekali gus, dapat menghangatkan kembali hubungan dan mencipta kesefahaman walaupun setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.

    1. Rasa empati

    Empati bukan sekadar mengakui perasaan seseorang, tetapi anda perlu memahami bagaimana perasaan tersebut mempengaruhi tindakan pasangan anda.

    Kita terlupa untuk empati ketika pergaduhan besar terjadi.

    “Apabila seseorang merasa didengari dan berempati, mereka lebih cenderung untuk terus membuka diri dan berkongsi lebih banyak lagi yang membawa kepada lebih keintiman dan keakraban secara keseluruhan,” jelas Hoffman.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    1. Beri peluang kedua

    Semasa bertengkar, kemarahan memuncak, ego memuncak dan pertempuran berlaku. Pertengkaran yang hangat kadangkala terasa seperti pergi berperang.

    Kemarahan semakin membuak-buak apabila mengenang kembali kesalahan yang dilakukan oleh pasangan pada masa lalu. Walaupun begitu, jika anda tetap ingin bersama dengan pasangan dan yakin dia boleh berubah, cuba pagi peluang kedua dan lupakan segala kesalahan itu.

    Beri kesempatan kepada pasangan anda untuk memperbetulkan semula keadaan yang kucar-kacir itu.

    Hubungan anda dan pasangan tidak boleh bergerak ke hadapan jika masih berdendam.

    1. Bersama-sama pulihkan hubungan

    Untuk memulihkan hubungan, anda dan pasangan perlu bersama-sama berusaha memperbaiki semula hubungan.

    Cara yang terbaik ialah anda memberi sokongan kepada pasangan dalam apa jua keadaan.

    Jika anda ingin mengeratkan hubungan, jangan hanya mendengar secara pasif. Biar dia rasa bahawa suaranya didengari.

    “Ramai orang terus ke penyelesaian masalah dan meninggalkan bahagian empati.

    “Selalunya seseorang itu hanya mahu pasangannya mendengar dan berempati,” kata Hoffman.- RELEVAN

    bertengkar featured pasangan persefahaman
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.