Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kerjasama UiTM dan SIRIM tingkatkan keselamatan pengguna belia

    Kerjasama UiTM dan SIRIM tingkatkan keselamatan pengguna belia

    By Umi FatehahJune 19, 2023Updated:June 19, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BAGI memupuk kesedaran terhadap aspek keselamatan penguna dalam kalangan anak muda, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) QAS International menganjurkan program kesedaran keselamatan pengguna INCspect: Buy Right Buy Safely.

    Program advokasi awam berkaitan kesedaran keselamatan pengguna ini dikendalikan oleh pelajar tahun akhir Program Komunikasi Interpersonal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

    Menurut ketua projek, Khairunnisa Khamsari, generasi muda perlu dipupuk dengan sikap ambil tahu dan prihatin dengan aspek keselamatan apabila merancang pembelian barang seperti barangan elektrik, makanan dan topi keledar.

    “Pihak kami mahu memberi kesedaran bahawa barangan yang murah dan mengikut trend terkini demi penampilan bergaya adalah tidak wajar dipilih sekiranya ia mendatangkan kecederaan atau kemalangan hingga meragut nyawa.

    “Program kesedaran keselamatan pengguna INCspect: Buy Right Buy Safely disasarkan kepada golongan muda berumur lingkungan 19 hingga 26 tahun,” katanya.

    Sementara itu, menurut penasihat program, Sharifah Yuliana Syed Ali Hanafiah, program advokasi awam ini adalah platform bagi pelajar melatih diri bermula langkah pertama dalam merancang objektif, isi kandungan dan aktiviti-aktiviti strategik untuk advokasi awam yang disasarkan iaitu peningkatan kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna muda.

    “Golongan ini merupakan antara pengguna aktif barangan elektronik dan juga pengguna motosikal. 

    “Jadi, kesedaran memilih barangan dengan mengambil kira faktor keselamatan perlu diterapkan.

    “Dengan mengaplikasikan ilmu dinamika kumpulan dan kepimpinan, pelajar juga mendapat pendedahan untuk mewujudkan hubungan profesional dengan pihak industri sebagai rakan kerjasama khususnya SIRIM QAS International, Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 serta penaja-penaja lain,” ujarnya lagi.

    Tambah Sharifah Yuliana, elemen jaringan industri ini adalah penting dalam advokasi awam sekali gus, memberi peluang kepada kami untuk melunaskan tanggungjawab sosial universiti.

    Pelbagai acara melalui media sosial dan secara audio siar (podcast) bersama SIRIM QAS serta Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam telah diadakan bersempena program keselamatan ini bermula pada awal Mei lalu.

    Acara kemuncak program pula akan berlangsung pada 21 Jun (Rabu) ini dengan pemberian secara percuma 500 topi keledar sumbangan SIRIM QAS International yang bertempat di UiTM Shah Alam. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.