Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

    5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos

    By Umi FatehahDecember 6, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos. - GAMBAR HIASAN SORA SHIMAZAKI/PEXELS
    5 perkara yang boleh disuarakan ketika semakan prestasi tahunan bersama bos. - GAMBAR HIASAN SORA SHIMAZAKI/PEXELS

    TIBANYA bulan Disember, pasti semua staf dan majikan sibuk memikirkan semakan tahunan. Semakan prestasi (juga dirujuk sebagai appraisal) ialah perjumpaan antara pekerja dan pengurus bagi membincangkan prestasi pekerja.

    Semakan ini juga menjadi peluang yang baik kepada pekerja untuk mengetahui apakah yang perlu ditambah baik, menyatakan dan menyelesaikan apa sahaja kebimbangan kerja dan berunding soal tanggungjawab yang diberikan. 

    Sekiranya prestasi pekerja memuaskan, anda boleh berunding untuk kenaikan gaji atau kenaikan pangkat.

    Semakan prestasi penting dalam kemajuan kerjaya seseorang dan boleh membawa kepada tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi.

    Ramai pekerja risaukan ulasan prestasi kerana tidak tahu apa yang bos-bos akan ulas tentang prestasi dan apakah yang perlu dibincangkan dalam situasi tersebut. Sekiranya anda mengalami perkara yang sama, baca artikel ini sampai habis kerana perkara yang disebutkan berikut akan memudahkan urusan untuk penilaian prestasi. 

    1. Sebutkan pencapaian anda

    Bos anda mungkin tidak mengetahui sepenuhnya apa yang anda lakukan setiap hari. Mereka juga mungkin secara tidak sengaja kurang sedar tentang pencapaian anda yang hebat. Jadi, ceritakan kepada mereka apa yang telah anda lakukan dan hasil daripada usaha anda.

    Walau bagaimanapun, jangan terlalu bermegah diri. Sebutkan setiap pencapaian dengan rasa rendah diri dan bangga secukup rasa sahaja. 

    Sediakan juga dokumentasi setiap pencapaian sebagai bukti kukuh. Sebagai contoh, klien memuji hasil kerja anda dan akan mendapatkan khidmat daripada syarikat anda lagi pada masa hadapan.

    Sedikit sebanyak, ia akan membantu agar bos sedar dan mengingati kewujudan serta sumbangan anda.

    1. Berunding kenaikan gaji

    Jika anda ingin membuka topik runding semula gaji, sekarang adalah masa yang sesuai untuk bertanya. Walau bagaimanapun, seeloknya elakkan menyuarakannya dengan terlalu lantang dan tidak berhemah seperti “bolehkah saya mendapat kenaikan gaji?”. 

    Sebaliknya, senaraikan semua pencapaian dan terangkan mengapa anda layak untuk mendapat kenaikan gaji.

    Jika anda seorang pekerja unggul, besar kemungkinan bos akan menunaikan permintaan untuk kenaikan gaji. Mereka juga mahu memastikan bahawa anda gembira berkhidmat untuk syarikat dan sebagai motivasi untuk terus menunjukkan prestasi yang baik.

    1. Tetapkan matlamat yang jelas

    Penilaian tahunan ialah masa yang sesuai untuk menetapkan matlamat yang jelas untuk kemajuan kerjaya. Sebagai contoh, jika ingin maju ke jawatan yang lebih tinggi, tanggungjawab perlu ditambah dan perlu membuktikan bahawa ciri-ciri seorang ketua itu ada pada diri anda. 

    Melalui perbincangan dua hala dengan bos, anda akan dapat mengenal pasti dan menetapkan matlamat prestasi yang jelas untuk tahun berikutnya. 

    1. Berikan maklum balas kepada bos

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semakan prestasi ialah perbincangan dua hala. Ia bertujuan membantu pekerja, bos dan organisasi. Jadi, jika anda merasakan bos memberikan terlalu banyak kerja dalam satu masa dan melakukan pengurusan mikro, beritahu mereka dengan baik.

    Maklum balas jujur anda boleh membantu mereka maju dalam peranan sendiri dan kemungkinan besar mereka akan menghargainya terutamanya jika pekerja lain terlalu takut untuk menyebut apa-apa.

    1. Bincangkan perasaan anda

    Mungkin ada yang menganggap isu ini remeh tetapi sebenarnya sangat penting kerana emosi dan perasaan anda sebagai pekerja akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti.

    Jangan seksa diri selama berbulan-bulan sedangkan anda tahu ia boleh diselesaikan oleh syarikat dan ketua. Mereka juga sebenarnya lebih suka membantu pekerja sedia ada untuk mencapai matlamat berbanding mengambil pekerja baharu. 

    Pekerja yang sudah mahir dalam bidang dianggap sebagai aset syarikat. Jadi, mereka akan seadanya berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pekerja.

    Jika mempunyai rasa tidak puas hati dengan sistem kerja dan sebagainya, suarakan isi hati anda. 

    Sama ada anda mahu menggalas tanggungjawab sebagai ketua projek atau mahukan keseimbangan kehidupan dan kerjaya yang lebih baik, beritahu kepada bos.

    Apa yang penting, berbincanglah dengan baik agar perbincangan tersebut tidak menjadi pertelingkahan atau mengguris hati mana-mana pihak. – RELEVAN

    appraisal featured kerjaya penialai prestasi semakan prestasi
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.