Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kecanduan validasi: Bagaimana ‘likes’ dan ‘views’ menjadi ukuran diri

    Kecanduan validasi: Bagaimana ‘likes’ dan ‘views’ menjadi ukuran diri

    By Umi FatehahFebruary 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana ‘likes’ dan ‘views’ menjadi ukuran diri

    MEDIA sosial sepatutnya menjadi ruang untuk berhubung dan membuat perkongsian. Namun, dalam dunia digital hari ini, ia telah berubah menjadi medan mengukur nilai diri berdasarkan jumlah tanda suka, tontonan dan komen yang diterima.

    Fenomena ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia hasil reka bentuk algoritma yang sengaja dibangunkan untuk membuat pengguna terus terikat dengan setiap platform.

    Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr. Andrew Mohanraj

    Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr. Andrew Mohanraj menekankan bahawa ketagihan terhadap validasi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan golongan muda.

    Media sosial dan ketagihan validasi

    “Media sosial direka dengan algoritma yang menggalakkan interaksi dan keterlibatan pengguna, sekali gus menjadikannya lebih menarik dan sukar untuk ditinggalkan.

    “Butang tanda suka, komen dan perkongsian bukan sekadar ciri biasa tetapi merupakan elemen utama yang memacu ketagihan validasi. 

    “Semakin seseorang bergantung kepada respon orang lain di media sosial untuk berasa yakin atau bernilai, semakin tinggi risiko mereka mengalami gangguan emosi seperti kebimbangan melampau dan kemurungan,” katanya.

    Menurut tinjauan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2023, golongan belia berusia 13 hingga 24 tahun adalah pengguna media sosial paling aktif, menghabiskan purata enam hingga lapan jam sehari di platform seperti TikTok, Instagram dan X. 

    Kajian juga mendapati penggunaan media sosial secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan mental serius, terutama apabila individu terbabit sering membandingkan diri mereka dengan kehidupan sempurna yang dipaparkan oleh pempengaruh dan selebriti dalam talian.

    Kesan ketagihan validasi

    Andrew Mohanraj berkata kesan ketagihan validasi berbeza mengikut peringkat umur, jantina dan latar belakang sosial seseorang.

    1. Remaja (13-19 tahun)

    Golongan ini paling terdedah kepada ketagihan validasi kerana mereka dalam proses membentuk identiti diri.

    Mereka sering menyamakan jumlah suka dan komen dengan nilai diri sendiri. Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami tekanan emosi jika jangkaan tidak dipenuhi.

    Media sosial juga menjadi tempat untuk mencari validasi daripada rakan sebaya. Akhirnya, perkara ini boleh mengakibatkan rasa rendah diri dan ketidakpuasan terhadap kehidupan sedia ada.

    1. Dewasa (20-29 tahun)

    Walaupun lebih matang, mereka masih terkesan dengan masalah ini, terutama dalam kalangan pencipta kandungan dan pempengaruh yang bergantung kepada media sosial untuk pendapatan dan status sosial.

    Mereka mungkin merasakan tekanan untuk mengekalkan persona dalam talian yang menarik bagi memastikan pengikut mereka terus bertambah.

    1. Perbezaan jantina dalam mencari validasi

    Wanita lebih cenderung mencari validasi melalui kandungan berkaitan penampilan, gaya hidup dan kecantikan. 

    Pendedahan berterusan kepada standard kecantikan yang tidak realistik di Instagram dan TikTok boleh menjejaskan imej diri, menimbulkan kebimbangan terhadap penampilan serta mengurangkan keyakinan diri.

    Lelaki pula lebih cenderung mendapatkan validasi melalui pencapaian, jenaka, permainan video dan simbol status seperti kekayaan atau kecergasan. Mereka sering menggunakan platform seperti YouTube dan X untuk mendapatkan pengesahan daripada komuniti dalam talian.

    1. Faktor sosial dan ekonomi

    Belia berpendapatan tinggi lebih terdedah kepada tekanan untuk mengekalkan imej ‘sempurna’ dalam talian, terutamanya kerana mereka lebih aktif dalam budaya pempengaruh (influencer culture).

    Belia berpendapatan rendah pula lebih cenderung menggunakan media sosial sebagai escapism iaitu cara melarikan diri daripada tekanan atau cabaran kehidupan sebenar.

    1. Pengaruh hubungan keluarga

    Remaja yang mempunyai ibu bapa tegas atau tidak rapat secara emosi mungkin beralih ke media sosial untuk mendapatkan validasi.

    Sebaliknya, belia yang mempunyai hubungan komunikasi terbuka dan positif dengan keluarga lebih cenderung menggunakan media sosial secara lebih seimbang dan bertanggungjawab. 

    Mereka kurang bergantung kepada pengiktirafan dunia maya kerana mendapat sokongan emosi yang mencukupi daripada ibu bapa atau ahli keluarga. – RELEVAN

    Previous ArticleRealiti gaji di malaysia: Berbaloikah dengan beban kerja?
    Next Article Melawan ketagihan validasi: Hargai diri sendiri tanpa menanti pujian

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.