Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa manusia diprogramkan untuk lihat wajah pada objek?

    Mengapa manusia diprogramkan untuk lihat wajah pada objek?

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 30, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pada Mac 2023, ada beberapa individu mendakwa mereka telah melihat patung beruang pada permukaan Marikh. - GAMBAR HIASAN/NASA

    PERNAHKAH anda memandang langit dan terlihat sesuatu yang menyerupai wajah manusia? 

    Sebenarnya, fenomena itu bukanlah satu perkara yang baharu. Ia dikenali dengan nama pareidolia. 

    Fenomena sama jugalah yang menyebabkan kita nampak wajah manusia pada objek yang tidak hidup, misalnya pada kepingan roti, batang pokok atau pada permukaan bulan. 

    Pareidolia berasal daripada perkataan Yunani; para bermaksud rosak atau salah dan eidōlon bermaksud imej atau gambar tertentu.

    Bagaimanapun, pareidolia tidak melibatkan wajah manusia semata-mata. Sebagai contoh, pada Mac 2023, ada beberapa individu mendakwa mereka telah melihat patung beruang pada permukaan Marikh. 

    Malah, ada juga yang berkata mereka ternampak batu yang menyerupai penyepit ketam dalam sebuah gambar yang diambil oleh robot di Marikh, Perseverance. 

    Pada 2004, sekeping sandwic keju berusia 10 tahun telah dijual dengan harga A$D28,000 (RM129,068.48) di eBay kerana mempunyai imej menyerupai Virgin Mary di atasnya. 

    Selain dalam bentuk visual, pareidolia juga boleh berlaku dalam bentuk pendengaran. Misalnya, pada 1969, ahli konspirasi mendakwa lagu kumpulan The Beatles mempunyai ‘klu’ mengenai kematian Paul McCartney. 

    Menurut kumpulan konspirasi tersebut, Paul McCartney sebenarnya telah meninggal dunia dan digantikan dengan orang lain yang mempunyai raut wajah yang serupa. 

    Dakwa mereka, apabila lagu “Strawberry Fields Forever” dimainkan secara terbalik, ayat “Paul is dead” boleh didengari dengan jelas. Proses tersebut turut dikenali sebagai backmasking. Ini merupakan salah satu contoh pareidolia dalam bentuk auditori. 

    Pareidolia bantu manusia terus hidup

    WAJAH
    Gambar ‘wajah’ pada permukaan Marikh yang pernah tular sekitar tahun 1970an. – GAHMBAR HIASAN/SCIENTIFIC AMERICAN

    Menurut ahli psikologi, pareidolia merupakan satu mekanisme yang membantu moyang kita pada zaman dahulu untuk terus hidup. Menurutnya, moyang kita bergantung pada fenomena ini untuk mempertahan diri dan keluarga masing-masing.

    Malah, kebolehan untuk mengenal pasti wajah daripada jauh atau dalam gelap membolehkan manusia melindungi diri daripada sebarang bahaya.

    Wajah yang mereka nampak pada celahan pokok mungkin milik musuh atau pemangsa. Secara tidak langsung, perkara ini boleh membuatkan mereka lebih berhati-hati sewaktu memburu dalam hutan.  

    Dalam pada itu, kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Psychological Science menunjukkan, otak manusia telah terbiasa untuk mengenal pasti wajah manusia dengan pantas.   

    Jadi, apabila kita melihat sebarang objek mempunyai ciri seakan-akan wajah (ada dua mata, satu hidung dan mulut), otak kita secara automatik akan mentafsirkan apa yang dilihat itu sebagai manusia.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 eksperimen Sains yang boleh dilakukan bersama anak di rumah, hanya guna bahan dari rumah

    ARTIKEL BERKAITAN: Sains vs Sastera: Benarkah pelajar aliran Sains lebih pandai dan cerah masa hadapan?

    Mengapa kita dicipta untuk mengenal pasti wajah?

    WAJAH
    Lereng bukit yang seakan-akan berwajah manusia – GAMBAR HIASAN/THE ATLANTIC

    Menurut pakar dari Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Amerika Syarikat, Profesor Richard Krauzlis, kebolehan untuk mengenal pasti wajah merupakan satu kemahiran penting bagi manusia. 

    Jelasnya, terdapat satu litar khas pada kawasan otak yang dikenali sebagai superior colliculus. Litar tersebut membantu kita mengesan wajah dengan pantas. 

    Dalam pada itu, litar sama turut membantu kita mentafsir emosi pada raut wajah seseorang. Ia secara tidak langsung turut membantu kita dalam interaksi sosial setiap hari.

    Menurut Krauzlis, litar pada superior colliculus dapat membantu kita mentafsir satu-satu objek itu sebagai wajah seseorang. Kebolehan tersebut dapat membantu bayi yang baru lahir mengenal pasti ibu bapa masing-masing. 

    Selepas dilahirkan, bayi mempunyai penglihatan yang sangat teruk. Jadi, mereka hanya bergantung pada bayang-bayang untuk kenal pasti ibu bapa mereka. 

    Tambah Krauzlis, litar tersebut juga mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dalam kalangan penghidap autisme. Sebab itulah, mereka sukar untuk mentafsir emosi dari raut wajah seseorang. 

    “Penting untuk kita ketahui fungsi sebenar litar tersebut. Ia mungkin dapat membantu kita memahami prosopagnosia, satu keadaan yang menyebabkan individu sukar untuk mengecam wajah manusia. 

    “Sama jugalah dalam kalangan penghidap autisme. Mereka juga tidak mampu mentafsir emosi disebabkan kerosakan pada kawasan superior colliculus,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleBenci bos sendiri? Ini apa yang anda perlu lakukan
    Next Article Panduan untuk mereka yang mahu kembali bekerja

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.