Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Benci bos sendiri? Ini apa yang anda perlu lakukan

    Benci bos sendiri? Ini apa yang anda perlu lakukan

    By Umi FatehahJuly 30, 2024Updated:August 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Benci bos sendiri? Ini apa yang anda perlu lakukan. - GAMBAR HIASAN VITALY GARIEV FRU/UNSPLASH

    AMIRUL merupakan seorang pekerja cemerlang. Dia tidak pernah sampai lambat ke pejabat. Segala tugasan yang diberikan diselesaikan dengan gemilang.

    Namun, lama kelamaan motivasinya jatuh. Puncanya bukan disebabkan beban kerja yang banyak. Katanya, dia tidak kisah kerja bertimbun-timbun kerana ia selari dengan minatnya. 

    Tetapi, yang menjadi cabaran ialah perangai bosnya yang teruk!

    Cakap putar-belit, arahan yang diberi tidak jelas, sikapnya pula sangat pentingkan diri sendiri sehingga menyeksa staf. 

    Hari-harinya mula suram. Kerja yang pada asalnya dilakukan dengan gembira kini menjadi azab. 

    “Aku benci bos aku! Apa aku perlu buat sebenarnya?” keluhnya setiap hari. 

    Sebelum itu, mari kita kenali ciri-ciri bos yang teruk. Ciri-cirinya seperti berikut:

    • Mengamalkan pengurusan mikro
    • Buli
    • Mengelak daripada masalah
    • Mengelak daripada membuat keputusan
    • Menyorok kesalahan sendiri
    • Tidak mendengar
    • Pemalas 

    Jika setiap hari kita perlu berhadapan dengan bos berperangai sebegini, siapa sahaja yang tidak stres?

    Walau bagaimanapun, apa sahaja dosa yang dilakukan oleh bos, menguruskan hubungan kita dengannya adalah penting untuk memastikan tanggungjawab berjalan seperti biasa. 

    Sekiranya dapat mengendali masalah ini dengan baik, ia menunjukkan bahawa kita mahir menyelesaikan masalah dan mampu mengendali situasi tegang.

    1. Kenal pasti sebab anda benci bos

    Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin tidak menyukai bos hanya kerana personalitinya tidak sejajar dengan peribadi kita. 

    Situasi itu kelihatan berbeza apabila melibatkan perhubungan di tempat kerja kerana anda perlu menghormati dan mewujudkan hubungan baik dengan orang lain secara profesional tanpa mengira sifat dan personaliti mereka. 

    Jika anda tidak menyukai bos, tentukan sama ada terdapat sebab di sebalik perasaan itu. Sebagai contoh, anda mungkin mendapati bahawa mereka sentiasa menghukum segala perbuatan dan ia menghalang anda untuk terus berkembang.

    1. Analisis tindakan dan tingkah laku anda

    Keupayaan untuk menganalisis secara objektif tindakan dan tingkah laku anda adalah tanda anda mempunyai kesedaran diri. Kemahiran ini juga boleh digunakan bagi menyelesaikan konflik di tempat kerja. 

    Sebelum mendekati bos untuk berbincang tindakan atau keputusan mereka yang membuatkan anda tidak selesa, pastikan puncanya bukan daripada diri kita sendiri.

    Sebagai contoh, jika anda merasakan bos memberikan tugasan di luar skop kerja, kumpul bukti yang mencukupi bagi mempertahan diri sendiri. 

    Bos juga mungkin berada dalam situasi yang lebih tertekan kerana masalah ditimbulkan oleh anda atau rakan sekerja.

    1. Tetapkan perjumpaan dengan bos

    Jika anda memutuskan untuk meluahkan perasaan kepada bos, pastikan ia perjumpaan secara peribadi (anda dan bos sahaja).

    Dengan cara ini, terdapat masa yang cukup untuk anda menjelaskan isu-isu dan bos juga boleh menjelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian. Dalam mesyuarat, pastikan untuk kekal pada objektif asal dan kemukakan bukti agar perbahasan lebih kukuh.

    Contohnya, jika bos membayar gaji kurang daripada yang dijanjikan, tampilkan bukti seperti slip gaji dan jadual kerja. 

    Anda juga boleh bekerjasama menentukan gaji yang lebih adil untuk pengalaman dan kemahiran anda.

    1. Buat rancangan penambahbaikan

    Selesai sesi luahan, sama-sama fikirkan rancangan penambahbaikan agar selepas ini anda boleh bekerja dengan aman. Bos anda juga akan berhenti mengganggu ketenteraman hidup di pejabat.

    Sebagai contoh, jika bos mengamalkan pengurusan mikro, anda boleh meminta kebenaran untuk membuat keputusan secara bebas dalam melaksanakan tugasan harian. 

    Jika mereka mula menyedari bahawa anda boleh dipercayai dan membuat keputusan yang bertanggungjawab tanpa seliaan ketat, mereka akan lebih cenderung untuk percayakan kita.

    1. Nilai semula keadaan 

    Selepas beberapa minggu, tentukan sama ada keadaan telah bertambah baik. Walaupun memberi seseorang masa untuk berubah mungkin berkesan, penantian yang terlalu lama boleh menyebabkan lebih banyak konflik dan mewujudkan suasana toksik. 

    Jika masih tidak berpuas hati dengan tindakan dan keputusannya, mungkin sudah tiba masanya untuk cari kerja baharu atau beralih ke jabatan lain dalam organisasi yang sama. – RELEVAN

    Previous ArticleSeberapa pentingkah untuk mengemas kini profil LinkedIn?
    Next Article Mengapa manusia diprogramkan untuk lihat wajah pada objek?

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.