Facebook Twitter
    Trending
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sains vs Sastera: Benarkah pelajar aliran Sains lebih pandai dan cerah masa hadapan?

    Sains vs Sastera: Benarkah pelajar aliran Sains lebih pandai dan cerah masa hadapan?

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 10, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETELAH tamat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), pelajar perlu membuat pilihan sama ada mahu mengambil aliran sains atau aliran lain mengikut kelayakan berdasarkan keputusan mereka sebelum memasuki tingkatan empat.

    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul berpendapat, pemisahan aliran sains dan ekonomi menyebabkan sistem pendidikan negara gagal melahirkan generasi pencipta dalam kalangan lepasan pendidikan tinggi.

    Walaupun negara memberikan tumpuan dalam pendidikan sains sejak sekian lama, tidak banyak saintis yang berdaya cipta dan berinovasi dapat dilahirkan. 

    “Hampir 80 peratus saintis dan teknologis Malaysia berada di universiti. Secara perbandingan di Korea Selatan, lebih 80 peratus golongan ini berada di sektor industri. Hal ini bermaksud, kita melahirkan pakar teknikal yang cuma berkelayakan mengajar dan menyelidik. Sedangkan Korea Selatan menghasilkan saintis dan teknologis yang benar-benar berdaya cipta,” tulisnya dalam artikel Dikotomi Sastera-Sains dan Generasi Ketam di laman web Dewan Sastera.

    Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pernah mencadangkan untuk memansuhkan sistem aliran sains dan aliran sastera dalam ucapannya di Jerman pada 14 Oktober 2019 yang lalu.  

    Hal ini kerana wujudnya isu tegang persaingan antara pelajar aliran sains dan aliran sastera.  Tidak dapat dinafikan wujud stigma terhadap pelajar aliran sains lebih pandai berbanding pelajar aliran sastera atau aliran seni.

    Isu ini sedikit sebanyak telah merendahkan keyakinan sesetengah pelajar yang tidak mengambil aliran sains dan menimbulkan rasa tidak adil.  Mengapa perlu merendahkan pelajar yang mempunyai minat selain daripada bidang sains? 

    Menurut kaunselor di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Ezummi Ali, stigma pelajar aliran Sains lebih pandai berbanding Sastera tidak sepatutnya wujud. 

    “Kita perlu faham dan jelas bahawa aliran-aliran ini mempunyai kesukaran dan cabaran masing-masing.  Mata pelajaran yang dipelajari juga berbeza. Jadi, tidak adil jika kita nilai kedua-duanya dengan kayu ukur yang sama,” jelas Ezummi.

    Ada sesetengah ibu bapa yang memaksa anak mereka mengambil aliran yang tertentu walaupun ia bertentangan dengan minat anak mereka sendiri.

    Kaunselor yang berpengalaman selama 20 tahun ini berkata perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa.  Hal ini kerana setiap anak mempunyai minat, keupayaan dan kecerdasan yang berbeza.  

    “Apabila ibu bapa meminta anak-anak mengambil aliran yang ibu bapa hasratkan, ada kemungkinan anak-anak ini berasa tertekan kerana mereka sukar mempelajari sesuatu yang luar kemampuan dan minat mereka,” tambahnya lagi.

    Guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama pula berkata, ibu bapa yang memaksa anak mengambil aliran yang bertentangan dengan minat boleh menyebabkan mereka mengalami kemurungan.

    “Sebagai contoh, ada ibu bapa yang memaksa anaknya mengambil aliran sains walaupun tidak minat.  Mereka akan mengalami kemurungan kerana tidak dapat menyesuaikan diri dan terpaksa bersaing dengan rakan-rakan sekelas,” ujarnya.

    Berbincang soal peluang pekerjaan, keperluan negara kita bukan hanya berfokus pada sesuatu bidang tertentu sahaja.  Semua bidang pekerjaan mempunyai permintaan tinggi dan memainkan peranan penting di dalam industri masing-masing.

    Masyarakat perlu sedar bahawa bukan hanya pelajar berkelulusan aliran sains sahaja berpeluang untuk bekerja dengan gaji yang lumayan tetapi pelajar berkelulusan aliran sastera turut mendapat peluang pekerjaan yang banyak dan mereka juga boleh menceburkan diri mereka dalam pelbagai bidang. 

    “Tanggapan bahawa aliran selain aliran sains tidak menawarkan gaji lumayan harus diubah oleh semua pihak supaya semua bidang sama ada sains, seni atau sastera menjadi pilihan para pelajar mengikut minat dan kemampuan masing-masing,” tambah guru Bahasa Melayu itu lagi.

    Isu ini antara lain menimbulkan perbalahan dalam kalangan pelajar dan membuatkan mereka tidak bergaul sesama sendiri sehingga menjejaskan keharmonian sekolah. Tidak salah bersaing jika ia boleh membantu para pelajar meningkatkan prestasi mereka.  

    “Bersainglah secara sihat. Janganlah sampai wujud jurang di antara pelajar aliran sains dan aliran sastera sehingga ada yang menganggap mereka lebih baik dari yang lain,” kata Ezummi lagi.

    Pokok pangkalnya, kembalilah kepada tujuan asal kita menghantar anak-anak ke sekolah iaitu untuk menuntut ilmu. Sama ada aliran sastera mahupun aliran sains, kedua-dua aliran itu tetap mempunyai kepentingannya yang tersendiri untuk manusia sejagat.

    Ilmu adalah satu perkara yang secara langsungnya menjadikan sesebuah ketamadunan manusia itu lebih kehadapan. Dan semestinya, bahawa ilmu juga adalah perkara yang menjadikan manusia itu seorang manusia yang berguna. – RELEVAN

    featured pendidikan sains vs sastera sekolah
    Artikel Terkini

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023

    Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    September 22, 2023

    Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

    September 21, 2023

    9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

    September 21, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.