Menurut Haaziq Mohamad, 26, minatnya terhadap gubahan bunga telah bertapak dalam hati sejak di bangku sekolah lagi. Bagaimanapun, ada satu peristiwa manis yang membuatkannya semakin teruja dan bersemangat untuk belajar lebih lanjut mengenai gubahan bunga. “Sewaktu berusia 17 tahun, saya teringin berikan hadiah bunga untuk mak sempena hari lahirnya. Tetapi, pada waktu itu, saya tidak ada duit (yang banyak). Jadi, saya cuba buat gubahan sendiri berpandukan video di YouTube. “Saya rasa seronok dapat gubah bunga untuk mak walaupun hasilnya tidaklah secantik mana. Tetapi, apa yang buatkan saya rasa terharu ialah reaksi mak ketika menerima hadiah tersebut. “Saya nampak mak benar-benar…
Zahra Mohamad Zhahir
“PENAT jaga mak. Sikit, sikit nak marah. Sikit, sikit nak merajuk,” kata Aiman. Begitulah rungutan yang sering kita dengar daripada anak-anak yang perlu menjaga ibu bapa. Bukannya mereka tidak mahu menjaga ibu bapa sendiri. Cuma kadangkala, perangai mereka berupaya menimbulkan rasa resah dalam hati. Tidak dinafikan, anak-anak yang perlu menjaga ibu bapa sakit perlu berhadapan pelbagai cabaran, terutamanya dari segi emosi. Bukanlah satu perkara di luar kebiasaan jika anak-anak terasa hati atau berasa marah ketika menguruskan ibu bapa. Semua perkara tersebut adalah lumrah. Cabaran besar seorang penjaga Menurut Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) United Kingdom (UK), cabaran terbesar yang dihadapi seorang…
SABAN tahun, jutaan tan plastik dibuang ke dalam laut. Penggunaan plastik yang dahulunya lazim kini menjadi ancaman terbesar terhadap bumi, manusia dan hidupan laut. Haaziq Mohamad, 26, sedar tentang ancaman tersebut. Oleh itu, dia menggunakan pengaruh kerjayanya sebagai penggubah bunga dan kuasa media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan bahaya penggunaan plastik. Haaziq percaya setiap orang ada tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar, termasuk dirinya sendiri. Mungkin usahanya kecil tapi dia percaya, setiap tindakan ada potensi melahirkan impak besar pada masa hadapan. Maka dia membina prinsip dalam kerjaya sendiri – gubahan bunga bukan sahaja perlu cantik, malah harus bersifat mesra…
SARAH merupakan seorang wanita muda berusia 24 tahun. Dia baru sahaja berkahwin dengan cinta hatinya, Amir. Ketika bercinta, Amir nampak penyayang dan bertanggungjawab. Disebabkan Amir lebih tua, Sarah sangat mempercayainya dalam menguruskan hal kewangan rumah tangga. Oleh itu, Sarah mengambil keputusan menyerahkan 100 peratus gajinya kepada Amir supaya ia boleh diuruskan dengan baik. Pada awalnya, Amir berjanji akan mengagihkan wang tersebut kepada tabung-tabung berbeza agar masa depan mereka lebih terancang. Amir juga berjanji tidak akan menggunakan duit tersebut dalam hal-hal bukan kecemasan. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Sarah mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun Sarah menyumbang bahagian yang lebih besar dalam…
PERSAHABATAN, sama seperti hubungan lain, perlukan usaha dari dua pihak atau lebih. Sekiranya persahabatan tersebut ibarat bertepuk di sebelah tangan, perlukah ia diselamatkan? Mungkin andalah yang selalu memulakan sebarang perbualan. Jika ada masa terluang, anda jugalah yang pertama sekali mengajak mereka keluar. Namun, mereka tdak pernah lakukan perkara sama terhadap anda. Tanya khabar juga jarang sekali. Jika selalu memberi tetapi tidak pernah menerima, besar kemungkinan anda sebenarnya bertepuk sebelah tangan dalam persahabatan. Sudah tentu, rasa sakit disebabkan putus kawan kadangkala lebih dahsyat berbanding putus cinta. Ada masa, kita cuba bersangka baik terhadap rakan. Mungkin mereka sibuk. Mungkin juga mereka sedang…
SIAPA anda, bila tidak ada sesiapa yang memerhati? Adakah anda akan bercakap seorang diri atau tidak bercakap langsung? Adakah anda akan menari seperti orang gila ketika mendengar lagu kegemaran atau lebih selesa duduk diam seperti seorang pendeta yang sedang bertapa? Benar, bukan semua manusia itu sama. Setiap orang ada perangai dan baik buruk sendiri. Kadangkala, apabila kita berseorangan, kita cenderung untuk berfikir lebih jauh, lebih dalam daripada biasa. Otak manusia adalah organ ajaib. Ia kekal hidup walaupun ketika kita sedang tidur. Menurut pakar neurologi dari Universiti Washington, Dr. Marcus Raichle, otak manusia akan berfungsi pada kadar 95 peratus hampir sepanjang…
ADAKAH anda berasa sunyi? Jika jawapannya ya, anda tidak keseorangan. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Meta-Gallup, satu daripada empat orang dewasa mengaku berasa sunyi atau sangat sunyi dalam kehidupan. Tinjauan tersebut yang dijalankan di 142 buah negara mendapati 24 peratus individu berusia 15 tahun ke atas dilaporkan menjawab ya untuk soalan ‘adakah anda sunyi?’. Malah, kesunyian didapati paling tinggi dalam kalangan orang dewasa berusia 19 hingga 29 tahun. Hampir 27 peratus daripada mereka yang berada dalam golongan tersebut mengakui berasa sunyi. Menurut pakar perunding Meta-Gallup, Ellyn Maese, terdapat banyak kajian yang menunjukkan tahap kesunyian dalam kalangan orang dewasa kian meningkat,…
PERJALANAN mencari cinta, selalunya penuh onak dan duri. Ada orang yang bercinta bertahun-tahun lamanya tetapi pada akhirnya putus begitu sahaja. Ada pula yang berkawan sebulan dua namun tiba-tiba berkahwin. Benar, jodoh itu rahsia Tuhan. Tetapi, bukan semuanya bertuah dapat bertemu jodoh di tempat belajar atau dari kalangan orang sekeliling. Sebab itulah, ramai yang cuba mencari jodoh secara dalam talian. Dengan kewujudan aplikasi seperti Tinder, Bumble dan Omi, semuanya menjadi mudah. Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan dan memuat naik beberapa keping gambar. Kemudian, anda boleh bersembang dengan sesiapa sahaja yang dimahukan. Penggunaan aplikasi janji temu telah menarik minat ramai orang,…
KITA hidup dalam zaman digital. Berhubung dengan orang lain semudah ABC. Dengan kewujudan media sosial, kita mudah mendapat kawan dalam talian, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Mempunyai rakan baharu boleh membuatkan kita teruja. Jika sebelum ini kita tidak mempunyai sesiapa untuk bercerita mengenai minat yang sama, kini ada rakan yang sudi mendengar. Menurut Statistica, rakyat Malaysia secara purata menghabiskan masa selama lapan jam dalam talian. Kira-kira dua jam daripadanya digunakan untuk melayari media sosial seperti Facebook, Instagram dan X. Itu tidak termasuk masa yang diluangkan dalam permainan video atas talian. Jadi, tidak hairanlah kebanyakan kita…
APABILA bercakap mengenai tabiat menyimpan wang, kita semua sudah sedia faham dan ambil maklum mengenai nasihat-nasihat kewangan yang sering dikongsikan oleh pakar. Selepas menerima gaji, duit yang diterima perlu dibahagikan dengan baik. Sebahagiannya digunakan untuk membayar sewa, bil atau ansuran kereta. Sebahagian lagi sebagai duit makan setiap hari. Apa yang tinggal itulah yang menjadi tabungan untuk hari mendatang. Mungkin ada yang gunakan kaedah 50-30-20 untuk menyimpan – 50 peratus digunakan untuk membayar perkara yang perlu, 30 peratus untuk keinginan dan 20 peratus lagi untuk simpanan. Bagaimanapun, bukan semua orang dapat menyimpan wang. Kos bagi keperluan asas seperti rumah, makanan, kesihatan…