Zubaidah Ibrahim

SYARIKAT China Betavolt baru-baru ini melancarkan bateri BV100 yang lebih kecil daripada saiz syiling tetapi mempunyai jangka hayat sekitar 50 tahun dan tidak memerlukan pengecasan semula. Bateri atom bukanlah baharu. Amerika Syarikat dan USSR pernah menghasilkan unit kuasa sedemikian pada tahun 1960-an, tetapi bateri nuklear ini besar, berbahaya dan mahal untuk dibuat. Plutonium telah digunakan sebagai sumber kuasa radioaktif untuk bateri atom pertama, tetapi sains telah berkembang jauh sejak itu dan bateri revolusioner Betavolt kini bergantung pada isotop yang lebih selamat. Bahan semikonduktor berlian dalam bateri membolehkannya berjalan dengan stabil dalam persekitaran antara -60 hingga 120 darjah Celsius. ARTIKEL BERKAITAN:…

Read More

PEKERJA yang berpuas hati cenderung untuk menjadi lebih produktif, kreatif dan komited kepada majikan mereka. Perkara ini dijelaskan dalam Teori Dua Faktor Herzberg : Motivasi-Kebersihan (hygiene). Menurut teori daripada Frederick Herzberg itu, kepuasan pekerja mempunyai dua dimensi: ‘kebersihan’ dan motivasi. Faktor kebersihan meliputi keperluan ekstrinsik seperti gred gaji, penyeliaan, dasar tempat kerja, persekitaran dan hubungan dengan rakan sekerja. Untuk faktor motivasi pula meliputi keperluan intrinsik seperti pencapaian, pengiktirafan, dan kemajuan.  Motivasi membolehkan pekerja berpuas hati dalam pekerjaan mereka dan menggalakkan pertumbuhan. ARTIKEL BERKAITAN: 5 petanda sudah capai perkembangan kerjaya Teori Herzberg Pada penghujung 1950-an, Frederick Herzberg yang dianggap oleh ramai…

Read More

PENYELIDIK dari China telah mencetuskan kontroversi dalam komuniti saintifik selepas menerbitkan kajian mengenai virus berkaitan koronavirus mutan yang dilaporkan menyebabkan kadar kematian 100 peratus pada tikus yang diubah suai dengan genetik manusia (humanized mice). Sehingga kini asal usul virus Covid-19 masih tidak diketahui, tetapi teori konspirasi mengelilingi eksperimen makmal China yang di luar kawalan sekali lagi mendapat perhatian dalam talian apabila saintis China di Beijing telah menerbitkan hasil kajian kontroversi itu baru-baru ini. Saintis China itu nampaknya bereksperimen dengan strain bermutasi GX_P2V, “sepupu” koronavirus yang ditemui dalam tenggiling Malaysia pada 2017 iaitu tiga tahun sebelum terjadinya pandemik Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN:…

Read More

 SERAMAI 36 pelajar Bacelor Sains Taman dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan dan Alam  Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Rekreasi Inklusif untuk individu Orang Kurang Upaya (OKU) di RiverBug, Gopeng, Perak, baru-baru ini.   Program tersebut disertai seramai lima orang golongan OKU yang mana mereka didedahkan dengan aktiviti rekreasi lasak  selain meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyantuni golongan OKU sewaktu  berekreasi.  Menurut Pengarah program, Muhammad Fakhrul Azim Muhammad Nizam, 23, program ini  meningkatkan nilai inklusif dalam kalangan masyarakat terhadap semua individu.  “Penganjuran program ini merupakan amali dua kursus kami iaitu kursus Rekreasi Terapeutik bagi golongan Istimewa dan kursus Pengurusan Risiko dalam…

Read More

KITA semua pernah mengalami saat-saat malas, di mana motivasi seolah-olah hilang dan matlamat kita menjadi impian yang jauh. Walau apapun, kita tidak boleh layan sangat perasaan itu dan perlu mencari cara untuk keluar dari kemalasan. Salah satu cara yang boleh anda cuba untuk mengatasi kemalasan itu adalah dengan mencuba teknik yang sangat popular dipraktikkan oleh masyarakat Jepun. Berikut Relevan kongsikan lapan teknik yang diamalkan oleh orang Jepun untuk mengatasai kemalasan dan meningkatkan perkembangan diri.  Ikigai: Cari Tujuan Anda Mencari ikigai bermakna mengenal pasti tujuan anda dalam hidup. Ini tentang bangun setiap pagi dengan alasan yang jelas untuk menyambut hari itu.…

Read More

SETIAP buah mempunyai khasiat yang tersendiri begitu juga betik. Tahukah anda biji menyimpan khasiat yang luar biasa untuk kesihatan kita? Mesti ramai yang terkejut dengan fakta ini kerana sudah menjadi kebiasaan kita akan membuang bijinya sebelum makan. Disebalik rasanya yang pahit itu, biji betik mempunyai pelbagai manfaat seperti  menurunkan berat badan, melegakan kesakitan haid dan mempunyai ciri-ciri antikanser.  Biji betik juga dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan dengan itu ia dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang menyihatkan jantung. Walaupun kaya dengan khasiat, kita tidak boleh makan berlebihan biji betik dan disarankan pengambilannya tidak lebih satu sudu teh sehari. Dengan merujuk…

Read More

UMUM mengetahui berpuasa memberi banyak manfaat baik dari segi spiritual dan kesihatan. Ramai juga melakukan rutin berpuasa untuk menurunkan berat badan di samping menjaga pemakanan. Oleh itu, tidak hairanlah berpuasa menjadi amalan sejak berabad lamanya dan ditambah lagi apabila ia menjadi tuntutan penting dalam banyak agama. Berikut Relevan kongsikan tujuh manfaat berpuasa dengan merujuk healthline. Jom kita teliti satu persatu. Mengawal gula dalam darah dengan mengurangkan rintangan insulin Beberapa kajian mendapati bahawa berpuasa boleh meningkatkan kawalan gula dalam darah yang sangat membantu mereka yang berisiko menghidap diabetes. Kajian pada 2023 terhadap 209 orang mendapati intermittent fasting (IF) tiga hari seminggu…

Read More

MENINGGALKAN zon selesa bukanlah mudah kerana kita sudah sebati di dalamnya dan menjadi sangat mustahil untuk manusia menyukai perkara yang sukar bukan? Namun, demi perkembangan hidup, kita perlu keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk menjadi lebih baik. Dengan berpandukan PositivePsychology.com, kami kongsikan tujuh cara yang anda boleh cuba untuk keluar dari zon selesa seperti berikut:  Lakukan perkara harian secara berbeza Dalam kehidupan seharian, terdapat banyak peluang untuk mencabar diri sendiri. Matikan telefon pintar dan televisyen anda semasa makan malam, tentukan apa yang hendak dipakai dengan lebih cepat atau berjalan mengelilingi kawasan di persekitaran. Perubahan ini memisahkan anda daripada…

Read More

PELUANG terbentang luas di hadapan kita, tetapi sanggupkah kita untuk keluar dari zon selesa dan mengambil risiko? Ada yang merasakan sudah selesa dengan kehidupan dan tidak mahu mengambil sebarang risiko. Bagi dirinya cukuplah segala keperluan asas dipenuhi. Namun, ada juga yang mahu mencipta kejayaan tetapi takut untuk keluar dari zon selesa kerana khuatir kehidupan akan jadi lebih kacau dan akhirnya, tahun berganti tahun, dia tidak membuat sebarang perubahan. Oleh itu, merujuk kepada PositivePsychology.com, Relevan mahu mengajak anda untuk melangkah keluar dari zon selesa dan mula mencapai perkembangan diri. Apakah zon selesa dalam psikologi? Metafora ‘meninggalkan zon selesa’ menjadi popular pada…

Read More

BERGELAR ibu dan ayah adalah tugas berat yang mana bukan sahaja perlu menyediakan tempat tinggal, makan dan pakaian tetapi merangkumi semua aspek kehidupan anak. Untuk membesar dan mendidik mereka juga bukan mudah kerana setiap anak mempunyai perangai serta ragam masing-masing. Lagi memeningkan kepala untuk mengatakan tidak kepada sesuatu perkara yang tidak baik untuk anak-anak dan juga kepada perkara yang anda mungkin tidak dapat memberinya. Di usia yang masih kecil mereka tidak mengerti apa-apa dan yang anak-anak tahu adalah keseronokan. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk mengatakan tidak. Berikut Relevan kongsikan lima tip untuk ibu bapa berkata ‘tidak’ kepada…

Read More