Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dengar 5 jenis muzik ini untuk kekal fokus bekerja

    Dengar 5 jenis muzik ini untuk kekal fokus bekerja

    By Zubaidah IbrahimFebruary 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MUZIK boleh meningkatkan tumpuan, mood dan motivasi ketika bekerka.- Gambar hiasan Andrea Piacquadio/Pexels

    MENDENGAR muzik ketika bekerja merupakan salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tumpuan dan motivasi. Di samping itu, muzik juga boleh melegakan kebimbangan (anxiety) dan menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk fokus serta produktiviti. 

    Terdapat prinsip psikologi dalam terapi muzik yang dikenali sebagai ‘prinsip iso’ yang pada asasnya menyediakan kerangka rujukan tentang gaya dan genre muzik yang berbeza boleh memberi kesan yang berkekalan pada mood, pemikiran dan motivasi seseorang.

    Walaupun terdapat banyak genre muzik yang boleh meningkatkan fokus, tetapi genre yang kami kongsikan ini juga tidak kurang hebatnya untuk meningkatkan tumpuan ketika bekerja seperti disarankan di indeed.

    1.       Muzik klasik

    Muzik klasik ialah jenis muzik yang berkesan untuk didengar semasa bekerja kerana bunyinya dibangunkan dalam komposisi instrumen piano, tali atau tiupan kayu. 

    Jenis muzik ini juga tidak mempunyai lirik yang mungkin meningkatkan tumpuan dan merangsang minda. Beberapa contoh komposer muzik klasik termasuklah:

    • Ludwig van Beethoven: Komposer Jerman yang terkenal dengan karya seperti Moonlight Sonata dan Für Elise.
    • Wolfgang Amadeus Mozart: Seorang komposer Austria yang cemerlang dalam menulis dan mengarang untuk setiap genre muzik pada zamannya. Beberapa karyanya yang terkenal seperti The Marriage of Figaro dan Elvira Madigan.
    • Johann Sebastian Bach: Seorang ahli organ dan komposer Jerman yang terkenal dengan karya seperti Brandenburg Concertos dan The Well-Tempered Clavier.
    • Pyotr Ilyich Tchaikovsky: Seorang komposer terkenal Rusia yang terkenal dengan karya baletnya, termasuk Swan Lake, The Sleeping Beauty dan The Nutcracker.
    • Frédéric Chopin: Seorang komposer Poland-Perancis yang terkenal dengan gubahan pianonya, termasuk Nocturne dan Heroic Polonaise.

    ARTIKEL BERKAITAN: Buang rasa malas dengan 8 teknik popular Jepun, produktiviti meningkat

    1.       Bunyi alam semula jadi

    Muzik jenis ini mengandungi gabungan bunyi alam semula jadi dan muzik yang boleh menenangkan dan meningkatkan tumpuan dengan memupuk suasana yang damai. 

    Bunyi alam terdiri daripada bunyi haiwan, cuaca atau sumber alam yang lain. Sebagai contoh, bunyi alam semula jadi termasuklah: 

    • Burung berkicauan
    • Aliran yang mengalir
    • Hujan 
    • Cengkerik
    • Ombak
    • Unggun api
    1.       Muzik permainan video

    Muzik permainan video ialah cara yang baik untuk meningkatkan produktiviti untuk pemain dan bukan pemain. Terdapat spektrum luas muzik permainan video yang tersedia untuk dipilih dari segi bunyi dan struktur yang ideal.

    Muzik permainan video sangat jarang mempunyai perkataan dan boleh menjadi fantastik, berirama atau ceria serta bermotivasi. 

    Jenis muzik ini juga direka khusus untuk ‘menghasut’ keadaan mental tertentu. Keadaan ini boleh memudahkan anda kekal bermotivasi untuk fokus pada kerja anda.

    ARTIKEL BERKAITAN: Manfaat muzik metal terhadap kesihatan mental

    1.       Bunyi persekitaran (ambient)

    Bunyi persekitaran boleh dimainkan dengan atau tanpa muzik dan menyediakan persekitaran yang menenangkan untuk fokus. 

    Ini kerana bunyi persekitaran ialah bunyi yang sering didengari manusia, maka ia tidak diproses sebagai bunyi baharu atau mengganggu. Sebagai contoh, bunyi persekitaran termasuklah: 

    • Kedai kopi
    • Bunyi bandar
    • Kanak-kanak ketawa
    • Dengkuran kucing
    1.       Instrumental

    Instrumental ialah pilihan yang bagus untuk muzik fokus kerana bukan sahaja tidak memasukkan lirik, tetapi ia juga boleh diperoleh daripada mana-mana genre muzik.

    Ini membolehkan pendengar membuat keputusan tentang genre atau gaya muzik yang mereka ingin dengar tanpa perlu risau tentang terganggu dengan lirik.

    Contoh jenis muzik ini ialah bunyi piano atau petikan gitar yang memainkan pelbagai genre muzik kegemaran. Selain itu, terdapat banyak senarai muzik instrumental yang tersedia dalam perkhidmatan penstriman dan platform penciptaan kandungan yang menampilkan pelbagai senarai lagu dalam bentuk instrumental. – RELEVAN

    Previous ArticleCara merawat gigitan dan menghalang jangkitan pepijat
    Next Article Ketagih TikTok? Ini kesannya kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.