Facebook Twitter
    Trending
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    • Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya
    • Jangan malas buat kerja sekolah!
    • Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?
    • Wasiat bukan hanya untuk orang berharta
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pantai di Jepun dilitupi lapisan tebal tulang ikan

    Pantai di Jepun dilitupi lapisan tebal tulang ikan

    By February 13, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TULANG ikan meliputi kawasan sepanjang 1.5 km di sepanjang pantai Hakodate, Hokkaido, Jepun.- Foto The Yomiuri Shimbun

    PANTAI di bandar Hakodate, Hokkaido Jepun, berubah wajah dan digelar sebagai ‘Pantai Tulang Ikan’ selepas dilitupi lapisan tebal tulang ikan yang rapuh dan mereput.

    Pada Disember tahun lalu, beribu-ribu tan ikan mati dihanyutkan ke darat di Hokkaido, dalam satu kejadian yang banyak dikaitkan dengan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke lautan.

    Namun, beberapa pakar melabelkan teori itu sebagai palsu kerana loji tersebut terletak jauh kira-kira 965 kilometer (km). Sehingga kini puncanya masih belum diketahui.

    Kira-kira 80 peratus daripada ikan yang mati itu adalah sardin dan selebihnya spesies ikan kecil lain seperti makarel.

    Tulang ikan itu meliputi kawasan sepanjang 1.5 km di sepanjang pantai Hakodate dan kerajaan tempatan menangani ikan mati yang dihanyutkan ke darat itu melalui pembakaran manakala ikan yang mati di dalam air dibiarkan mereput secara semula jadi. 

    Apa yang mereka tidak sangka ialah tulang ikan itu mengubah pantai menjadi kuburan ikan terbesar.

    BERIBU-RIBU tan ikan mati dihanyutkan ke darat di Hokkaido.- Foto Yomiuri Shimbun

    “Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini.

    “Hanya sekitar tahun lepas kami mula menangkap sappa di Nakiri. 

    “Ia membuatkan saya tertanya-tanya sama ada ekosistem marin berubah,” kata seorang nelayan yang bekerja di kawasan itu selama 25 tahun .

    Televisyen Jepun baru-baru ini memaparkan pantai sepanjang 400 meter di Hakodate dari kejauhan yang kelihatan seperti dilitupi salji. Tetapi apabila kamera di zum, ia kelihatan sangat mengerikan dengan lapisan tebal tulang ikan berwarna putih. 

    Pakar mengatakan bahawa tulang itu sukar untuk dikeluarkan kerana ia bercampur dengan pasir yang sentiasa dihanyutkan ke darat.

    Pada 4 Januari iaitu kira-kira sebulan selepas kejadian ikan mati di Hakodate, semakin banyak tulang ikan mula terdampar di pantai dan dalam tempoh sebulan, seluruh pantai diliputi dengan tulang ikan sehingga mendapat julukan ‘Pantai Tulang Ikan’.

    Pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengeluarkan tulang ikan itu kerana suhu rendah di kawasan itu, tiada bau busuk. 

    Bagaimanapun, mereka merancang untuk memantau keadaan apabila suhu mula meningkat untuk melihat sama ada tulang mula berbau.

    Pakar Jepun percaya bahawa kematian ikan sardin yang luar biasa itu disebabkan oleh penghijrahan yang tidak tipikal.

    Menurut seorang pegawai di Stesen Eksperimen Perikanan Hakodate, sejumlah besar ikan itu mati mungkin terdampar ke daratan selepas mengalami kekurangan oksigen ketika berenang dalam keadaan sesak dan pada masa sama dikejar oleh ikan paus atau pemangsa lain.

    “Memandangkan ikan sardin cenderung berkumpul dalam kumpulan besar apabila dikejar pemangsa, dipercayai ia menjadi begitu banyak di beberapa kawasan sehingga menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air.

    “Atau ikan itu menjadi lemah hingga mati selepas merayau ke dalam air sejuk semasa bergerak ke selatan,” tambah pegawai itu.- RELEVAN

    featured ikan jepun pantai tulang
    Artikel Terkini

    Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

    May 23, 2025

    Bolehkah wasiat dicabar?

    May 22, 2025

    Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

    May 21, 2025

    Jangan malas buat kerja sekolah!

    May 21, 2025

    Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

    May 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.