Zubaidah Ibrahim

BERSEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, ANTA, jenama pakaian sukan global memperkenalkan kempen sumbangan kasut #ANTABersamaAnda buat julung-julung kalinya. Kempen tersebut bertujuan untuk menerapkan nilai belas kasihan dan semangat kebersamaan serta perpaduan. Oleh itu, ANTA komited dalam usaha untuk memberi kembali kepada komuniti dengan menjemput orang ramai untuk turut menyumbang kasut pre-loved mereka untuk menyokong kempen ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Mulai 20 Mac hingga 5 April, ANTA akan mengumpul kasut-kasut terpakai di lokasi penghantaran yang ditetapkan di Lembah Klang iaitu The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru…

Read More

BARU-BARU ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menegur seorang peniaga yang tular menggunakan sarung tangan berwarna kuning ketika menyediakan makanan. Ini berikutan tidak semua sarung tangan boleh digunakan untuk menyediakan makanan. Ada sesetengah sarung tangan mengandungi serbuk putih dan bahan kimia.  Oleh itu, jika digunakan sembarangan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan, cirit-birit, muntah, kembung perut, sakit perut dan pencemaran silang (cross contamination). Menerusi ciapan di platform X, KKM memaklumkan bahawa  penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan. “Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa…

Read More

DUNIA fesyen menghidangkan rekaan-rekaan yang unik dan di luar logikal akal manusia. Rekaan sebegitu  memeriahkan lagi industri fesyen dan memenuhi cita rasa pengguna yang pelbagai di seluruh dunia. Salah satu rekaan unik yang menjadi bualan pada ketika ini ialah beg yang diperbuat daripada 99 peratus (%) udara dan 1% kaca dengan berat 37 gram. Beg tangan yang diberi nama Air Swipe itu merupakan hasil rekaan daripada jenama fesyen dari Perancis, Coperni yang diperbuat daripada pepejal paling ringan di bumi iaitu aerogel.   Setiap tahun, Coperni mencipta semula beg tangan yang popular dengan cara yang unik dan merangsang pemikiran.  Tahun lepas, jenama…

Read More

SEBAGAI salah satu usaha yang berterusan untuk menerapkan amalan kitar semula di seluruh negara, Malaysian Recycling Alliance (MAREA) telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menggalakkan penduduk Ampang Jaya mengamalkan pengasingan sisa kitar semula di punca dengan menyediakan perkhidmatan kutipan barangan kitar semula di kawasan strata. Program Kutipan Kitar Semula Strata ini sebagai usaha kolektif antara MPAJ dan MAREA yang melibatkan  9,100 isi rumah daripada 23 kediaman berstrata di kawasan MPAJ. Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar kitar semula dan mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sampah. Dengan sokongan MAREA dalam membantu menganjurkan program pendidikan dan kesedaran…

Read More

SEORANG wanita di Korea Selatan yang berusia 25 tahun telah mendapat perhatian ramai kerana komitmentnya untuk menyimpan wang walaupun tidak bergaji besar tetapi dia sangat berjimat. Tahun lalu, nama Ji-Hyeon Kwak pernah menjadi tajuk berita di Korea Selatan selepas membuat kemunculan dalam program televisyen popular iaitu Master of Living SBS. Pada masa itu, dia telah menjadi orang termuda di Korea Selatan yang memenangi langganan apartment (apartment subscription), pencapaiannya itu sangat mengagumkan kerana agak mustahil untuk orang muda memenanginya disebabkan tidak mempunyai simpanan yang banyak. Orang ramai digalakkan untuk menyimpan wang dalam akaun simpanan langganan itu untuk meningkatkan peluang mereka dan…

Read More

BERPUASA di bulan Ramadan bukan beerti kita hanya perlu menahan diri daripada makan dan minum di siang hari tetapi kita perlu menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Ibadah berpuasa sebenarnya untuk mendidik, membersihkan jiwa daripada perbuatan-perbuatan dosa dan meningkatkan ketakwaan. Dalam kehidupan seharian, kita mungkin sudah terbiasa dengan perbuatan buruk seperti berbohong, mengumpat, mencarut dan bercakap lucah. Berhati-hati, jangan sesekali melakukan perbuatan tersebut terutamanya ketika berpuasa di bulan Ramadan kerana ia akan menghilangkan pahala berpuasa. Sia-sia sahaja puasa anda. Berikut Relevan kongsikan jawapan yang dikemukakan dalam Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan…

Read More

SECARA ringkasnya, badan kita menukar makanan menjadi tenaga dan sebarang lebihan akan bertukar menjadi glikogen yang kemudiannya disimpan.  Proses ini dikawal insulin yang dihasilkan badan semasa kita makan. Lebih banyak kita makan, lebih banyak insulin yang terhasil dan semakin banyak tenaga disimpan. Sebaliknya, ketika berpuasa, badan seseorang akan menggunakan dahulu tenaga daripada makanan terakhir yang dimakannya sebelum bertukar menjadi glikogen disimpan. Dengan berlalunya hari, badan akan memecahkan protein dan lemak yang tersimpan untuk tenaga. Menurut Pakar Diet di Jabatan Pemakanan dan Dietetik IMU, Nur Adila Samingan, bagi melindungi diri, badan meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran manusia untuk mengurangkan kehilangan otot.  “Selain…

Read More

SEORANG wanita muda yang tidur dengan memakai fon telinga selama dua tahun untuk mendengar muzik setiap malam, kini terpaksa memakai alat bantuan pendengaran kerana kehilangan pendengaran. Wanita dari Shandong, China itu yang bekerja sebagai setiausaha di firma tempatan, baru-baru ini pergi ke hospital untuk pemeriksaan telinga selepas menyedari bahawa dia mengalami masalah pendengaran. Ini kerana, apabila penyelianya berbisik kepadanya semasa mesyuarat, dia menghadapi masalah untuk memahami kata-kata penyelia itu dan dia bimbang ini akan menyebabkan masalah di tempat kerja. Pemeriksaan menyeluruh mendapati wanita tersebut mengalami kerosakan pendengaran neurologi kekal di telinga kirinya yang menyebabkan dia mengalami masalah pendengaran. Ditanya sama…

Read More

SEORANG pelajar kejuruteraan Jerman menghabiskan masa 10 bulan mengubah suai kereta mainan untuk menjadikannya kenderaan yang sangat laju dan mampu mencapai kelajuan sehingga 92.24 mph (148 km/j). Marcel Paul yang berusia 31 tahun sentiasa terpesona dengan Bobby Cars, sejenis kereta mainan yang dicipta untuk membantu kanak-kanak belajar berjalan dan sangat disukai oleh pelumba kereta menuruni bukit pada tahun 1990-an. Dengan 14 Kejohanan Dunia dan sembilan Kejohanan Eropah yang diraihnya, Paul ialah salah seorang pelumba paling berjaya dalam sejarah sukan kereta mainan yang boleh dinaiki (rideable) dan ia benar-benar mengukuhkan legasinya. Dia memutuskan untuk melakukan sesuatu yang lebih bercita-cita tinggi dengan…

Read More

SEIRING kecanggihan teknologi, mencuri dan merompak wang tidak lagi perlu dilakukan secara fizikal, sebaliknya boleh dilakukan di mana-mana sahaja lokasi di dunia tanpa batasan jarak atau masa. Itu adalah kepahitan yang kita perlu telan daripada 1001 kebaikan teknologi yang banyak membantu pelbagai urusan pada ketika ini. Penipu (scammer) dan penjenayah siber menggunakan pelbagai taktik untuk mencuri wang serta data anda. Perantara yang memudahkan kerja mereka adalah telefon pintar yang dimiliki hampir semua orang dan digunakan dalam banyak urusan seharian kita seperti perbankan, pembelian dalam talian dan media sosial. Jika tidak berjaga-jaga, anda berisiko menjadi mangsa. Menurut Security Intelligence, kebanyakan…

Read More