Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dettol lancar kempen kebersihan kepada 100,000 pelajar sekolah rendah

    Dettol lancar kempen kebersihan kepada 100,000 pelajar sekolah rendah

    By Zubaidah IbrahimFebruary 16, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ANAK-ANAK perlu dididik sejak kecil untuk menjaga kebersihan agar tabiat tersebut sebati dalam diri dan membentuk keperibadian terpuji sehingga mereka meningkat dewasa.

    Sehubungan itu, Dettol Malaysia melancarkan kempen kesedaran awam iaitu Dettol Purpose Programme 2022 dengan sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyasarkan100,000 pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.

    Di bawah inisiatif Hidup Sihat, Malaysia Hebat, program sekolah ini akan dilancarkan di lebih 400 buah sekolah rendah seluruh Malaysia bermula 17 Januari 2022 dengan matlamat untuk mendidik pelajar darjah satu hingga darjah tiga agar mengamalkan dan mengekalkan tabiat kebersihan sejak usia muda.

    Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Malaysia (FPMPAM) dan Pengerusi bagi program Perkongsian Pendidikan Awam FPMPAM/Dettol, Dr. Steven KW Chow, penting untuk menerapkan amalan mencuci tangan yang betul dan menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada latihan rutin untuk semua pelajar sekolah.

    “Program ini merupakan langkah pencegahan asas yang paling efektif dan harus diamalkan seawal mungkin untuk semua kanak-kanak sekolah rendah. Peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh pembinaan yang membentuk tabiat sihat termasuklah amalan kebersihan yang baik.

    “Justeru, inisiatif Dettol Purpose Programme 2022 dilaksanakan untuk memacu perubahan tingkah laku dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan dengan menyasarkan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak bagi meningkatkan pengetahuan mereka di samping memupuk amalan kebersihan tangan,” katanya.

    Melalui inisiatif ini, Dettol akan memperkenalkan Hygiene Quest iaitu satu rangkaian modul kurikulum yang menggunakan episod animasi singkat, komik, pelan pelajaran serta pelbagai aktiviti yang berkisar mengenai pengembaraan empat watak wira bagi menyampaikan objektif pembelajaran.

    Kursus komprehensif ini telah dibangunkan oleh rakan kongsi pendidikan global terkemuka dan turut melibatkan rangka kerja pengukuran untuk memberikan impak maksimum.

    Sementara itu, duta kepada kempen ini Dr. Say Shazril berkata, mempelajari tabiat menjaga kebersihan tangan dengan baik yang mudah ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak bukan sahaja pada hari ini, tetapi apabila mereka meningkat dewasa kelak dan akhirnya membentuk generasi lebih baik pada masa akan datang.

    “Saya berharap agar program ini dapat diperluas dan melebihi sasaran 100,000 kanak-kanak supaya lebih ramai kanak-kanak didedahkan kepada kepentingan menjaga kebersihan tangan setiap masa,” ujarnya.-RELEVAN

    Previous Article31 kematian dicatatkan di negara ini semalam, 10 BID
    Next Article 27,831 kes baharu, tertinggi dalam sejarah

    Artikel berkaitan

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.