Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cas kembali semangat bekerja, buang perspektif buruk

    Cas kembali semangat bekerja, buang perspektif buruk

    By Zubaidah IbrahimFebruary 17, 2022Updated:March 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TIDAK semua orang menyukai pekerjaan yang mereka lakukan disebabkan pelbagai faktor seperti persekitaran kerja yang kurang baik, tahap kesukaran melaksanakan tugas itu, bebanan tugas dan berasa bosan kerana melakukan kerja yang sama sejak sekian lama.

    Jangan biarkan diri dalam terus berada dalam perspektif negatif terhadap pekerjaan yang dilakukan. Cuba cari penyelesaian sebaiknya agar kembali bersemangat dan seronok bekerja.

    Berikut RELEVAN kongsikan tip yang disarankan oleh The Balance Careers untuk mengecas kembali semangat dan mencipta keseronokan bekerja.

    1. Bekerjasama dengan penyelia untuk menetapkan matlamat

    Kerja boleh terasa bosan jika anda rasa tidak mempunyai sesuatu matlamat untuk diusahakan. Bekerjasama dengan penyelia anda untuk menetapkan matlamat yang munasabah dan memberi inspirasi untuk mendorong memberi tumpuan setiap hari. Antara matlamat itu ialah kenaikan pangkat, bonus dan pelbagai keistimewaan lain.

    2. Buat senarai yang anda mahu perbaiki

    Senaraikan apa jua perkara yang anda mahu perbaiki kerana masalah tidak boleh diselesaikan jika tidak mengenal pasti puncanya. Ambil masa tenangkan fikiran anda seketika dan buat senarai tersebut dalam keadaan minda positif. Catatkan apa jua yang anda tidak suka mengenai pekerjaan. Buat secara spesifik seperti rakan kerja yang kurang ajar dan persekitaran kerja yang kurang baik.

    3. Jangan takut untuk meminta bantuan atau sokongan

    Jika anda berasa tertekan, bergelut dengan pelbagai masalah kerja. Jangan takut untuk meminta bantuan, sokongan dan pertolongan daripada rakan sekerja mahupun pengurus. Mereka mungkin boleh membantu memikirkan cara untuk mengagihkan kerja, menjadualkan segala tugas itu dengan seimbang atau mendapatkan latihan yang bertepatan agar tugasan tersebut lebih mudah dilaksanakan.

    4. Luaskan rangkaian anda

    Jalin hubungan baik dengan mereka yang sama industri dengan anda. Hadiri sebanyak mungkin acara atau persidangan berkaitan. Ini boleh membantu membina sistem sokongan yang anda boleh rujuk sekiranya mempunyai masalah tentang pekerjaan tersebut.

    Harus diingat, meluaskan jaringan atau network tidak semestinya dengan orang di luar syarikat tetapi anda juga sangat disarankan untuk membina hubungan itu dengan rakan sekerja.

    5. Manfaat yang ditawarkan

    Mungkin anda tidak menyukai pekerjaan itu, tetapi faedah atau manfaat yang anda peroleh ketika bekerja di syarikat tersebut menjadikan sesuatu penguat untuk anda mencintainya. Sebagai contoh, insuran kesihatan, bonus dan pelbagai elaun lain.

    6. Cipta ruang kerja yang memberi semangat

    Jadikan ruang kerja anda sesuatu yang memberi motivasi dan semangat dengan meletakkan petikan ayat motivasi, gambar tempat yang anda sukai dan juga foto insan tersayang. Anda juga boleh mendengar muzik kegemaran dan meletakkan pewangi agar memberi suasana nyaman dan selesa untuk membangkitkan semangat bekerja setiap hari.

    7. Ingatkan diri anda mengapa memilih bekerja di situ

    Fikirkan kembali ketika anda menerima tawaran pekerjaan itu suatu ketika dahulu. Apakah sebab anda menerima pekerjaan itu, mungkin mahukan ganjaran gaji yang besar, manfaat yang ditawarkan dan sebagainya.- RELEVAN

    Previous Article21 kematian, 9 BID dicatatkan semalam
    Next Article 61.3% kematian Covid-19 melibatkan warga emas

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.