Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Alopecia penyakit kebotakan rambut

    Alopecia penyakit kebotakan rambut

    By Zubaidah IbrahimApril 1, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BARU-BARU ini tindakan aktor terkenal Will Smith menampar muka seorang pelawak, Chris Rock di atas pentas Oscar menjadi bualan ramai gara-gara berjenaka tentang kebotakan isterinya, Jada Pinkett Smith.

    Wanita tersebut sebenarnya mengalami masalah kebotakan rambut disebabkan oleh penyakit autoimun yang dipanggil alopecia areata sehingga menyebabkan sistem imun itu menyerang folikel rambut dan mengalami keguguran rambut.

    Jada yang juga merupakan seorang aktres, telah mendedahkan kepada umum mengenai penyakit keguguran rambut itu pada 2018. 

    “Saya sedang bergelut dengan alopecia dan sudah tiba masanya untuk saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu bersembunyi lagi serta membiarkan orang ramai terus berteka-teki.

    “Pada mulanya ia sangat menakutkan. Saya sedang mandi dan kemudian segenggam rambut ada di tangan saya,” cerita wanita itu.

    Malangnya setakat ini tiada ubat untuk penyakit alopecia dan kebanyakan pesakit akan mengalami keguguran rambut banyak atau sedikit di bahagian kepala, muka dan bahagian badan lain.

    Jumlah keguguran rambut berbeza pada setiap orang. Ada sesetengah orang akan  kehilangan rambut di tempat-tempat tertentu pada badan. Rambut yang gugur itu akan tumbuh semula dan kemudian kembali gugur.

    Bagi kebanyakan orang yang mengalami alopecia, gejala utamanya ialah keguguran rambut dalam tompok yang kecil. Tompok kecil di kawasan rambut gugur itu kebiasaannya berbentuk bulat dan bersaiz sebesar duit syiling.

    Ada sesetengah orang yang mengalami keguguran rambut akan kembali tumbuh semula. Selain itu, ada juga yang tidak kembali tumbuh sepenuhnya.

    Penyakit alopecia mempunyai pelbagai jenis dan ada tiga yang paling utama seperti berikut:

    1. Patchy alopecia areata

    Jenis ini paling biasa dihidapi dan ditemui yang mana melibatkan keguguran rambut  di bahagian badan dan kulit kepala dengan kawasan tempat gugur itu bersaiz duit syiling.

    1. Alopecia totalis

    Pesakit mengalami kehilangan semua atau hampir rambut di kulit kepala.

    1. Alopecia universalis

    Ia merupakan jenis yang jarang berlaku yang membawa kepada hampir semua rambut gugur di kulit kepala, muka dan seluruh badan.

    Tanda pertama

    Tanda pertama penyakit alopecia ialah kehilangan rambut pada kulit kepala di satu kawasan kecil. Walau bagaimanapun, bagi lelaki ia boleh dilihat pada janggut. Alopecia juga akan menyebabkan keguguran pada kening atau bulu mata.

    Bagi sesetengah orang, penyakit keguguran rambut didahului dengan rasa kebas, terbakar dan gatal-gatal.

    Walaupun tiada penawar untuk penyakit alopecia, terdapat rawatan yang menggalakkan pertumbuhan semula rambut.

    Punca

    Punca utama penyakit itu masih tidak diketahui tetapi saintis percaya terdapat komponen genetik.

    Menurut Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat, penyakit itu boleh terjadi kepada lelaki mahupun wanita tidak mengira usia, tetapi ia banyak dihidapi oleh orang Afrika-Amerika.

    Simptom alopecia

    Walaupun simpton alopecia yang paling ketara ialah kehilangan rambut, tetapi ada beberapa gejala lain yang perlu anda perhatikan:

    -Tompokan botak kecil pada kulit kepala atau bahagian lain badan

    -Tompokon botak itu menjadi lebih besar

    -Rambut tumbuh semula di satu tempat dan gugur di tempat lain

    -Kehilangan banyak rambut dalam cuaca sejuk, kuku kaki menjadi merah, rapuh dan rosak-RELEVAN

     

    alopecia featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.