Facebook Twitter
    Trending
    • Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit
    • 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman
    • 5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa
    • 5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  
    • Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya
    • Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

      March 23, 2023

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023
    • Kewangan

      Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

      March 23, 2023

      Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri

      March 23, 2023

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023
    • Pendidikan

      Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

      March 24, 2023

      5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

      March 23, 2023

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023
    • Kerjaya

      5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

      March 24, 2023

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanja raya jangan sampai pokai, pakar kewangan ini kongsi 5 tip

    Belanja raya jangan sampai pokai, pakar kewangan ini kongsi 5 tip

    By Zubaidah IbrahimApril 7, 2022Updated:April 18, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETELAH dua tahun kita terhalang untuk beraya dengan meriah ekoran pandemik Covid-19, kini semua orang mampu tersenyum riang dan tidak sabar meraikannya bersama sanak saudara selepas negara berada dalam fasa peralihan ke endemik yang membenarkan orang ramai beraya tanpa sekatan jalan raya dan bebas ke mana sahaja.

    Pastinya ramai yang ingin ‘melepas geram’ melaram di hari raya, namun harus diingat walaupun ingin beraya sakan jangan sampai berbelanja dengan boros dan akhirnya menjejaskan kewangan.

    Perancang Kewangan Berlesen, Zulkhairi Zulkifli, berkata, tidak salah untuk kita meraikan hari raya dengan meriah, tetapi jangan sampai menjerat diri dalam hutang demi memenuhi kehendak diri.

    “Perbelanjaan tanpa perancangan dikhuatiri akan menyebabkan anda terjerat dengan hutang dalam tempoh yang lama dan lebih parah ia berlanjutan sehingga hari raya akan datang.

    ZULKHAIRI

    “Kita bukan sahaja perlu berbelanja untuk hari raya, tetapi juga hari-hari seterusnya. Jangan sampai pokai dan hidup susah dikemudian hari,” katanya.

    Sehubungan itu, beliau memberikan lima tip penting untuk menjadi panduan kepada orang ramai ketika berbelanja sempena lebaran ini.

    1. Buat bajet raya

    “Kerajaan setiap tahun mempunyai bajet, begitu juga syarikat tempat kita bekerja mempunyai bajet takkan kita sendiri tidak mempunyai bajet. Peruntukan 30 peratus daripada gaji bulanan untuk digunakan sebagai perbelanjaan persiapan hari raya.

    “Sebagai contoh, jika gaji bersih sebanyak RM2,500 maka, bajet raya anda ialah RM750 dan jadikan ia sebagai panduan perbelanjaan,” terangnya.

    2. Senarai barang 

    “Buat senarai barangan asas yang perlu dibeli dan pastinya yang pertama ialah pakaian raya. Sekiranya baju raya tahun lepas masih elok, lebih baik gunakannya dahulu memandangkan raya tahun lepas kita hanya memakainya dua atau tiga jam dan digayakan di dalam rumah sahaja.

    “Tetapi kalau ingin juga membeli yang baharu, cuba dapatkan tawaran pakej ibu bapa dan anak kerana ia lebih jimat. Contohnya, jika anda mempunyai tiga orang anak dan termasuk ibu bapa maka, kos baju raya adalah sebanyak RM400.

    “Selepas digunakan untuk beli pakaian raya, bajet raya anda masih berbaki RM350. Baki itu boleh digunakan untuk membeli barangan juadah ringkas untuk menjamu selera sebelum solat hari raya dan selepas solat dengan membelanjakan sebanyak RM200. Pembelian untuk juadah raya itu sudah mencukupi memandangkan kita berada di fasa peralihan endemik dan masih berhati-hati untuk menganjurkan majlis keramaian seperti rumah terbuka,” ulasnya lagi.

    Tidak ketinggalan, Zulkhairi juga memberitahu, baki duit tersebut yang berjumlah RM150 boleh digunakan untuk memberi duit raya.

    3. Bajet kecemasan

    “Anda boleh menggunakan bajet kecemasan sekiranya peruntukan gaji sebanyak 30 peratus itu tidak mencukupi. Berita baik buat pekerja swasta, kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    “Ambil lima peratus sahaja (RM500) daripada duit RM10,000 itu untuk membuat penambahan kepada bajet asas tadi. Oleh itu, anda boleh tambah sedikit perbelanjaan untuk membeli juadah raya seperti kuih-muih, upgrade baju raya anak-anak ataupun tambah peruntukan duit raya.

    “Bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah pula, mereka menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500, maka wang tersebut boleh digunakan sebagai bajet kecemasan jika perlu,” tuturnya.

    4. Semak kembali senarai yang dibuat

    Buat semakan senarai perbelanjaan raya itu bersama pasangan atau rakan yang disiplin dalam merancang kewangan. Objektif semakan itu ialah untuk mendapatkan pandangan kedua.

    Pastikan proses membuat semakan tersebut dibuat ketika diri berada dalam keadaan tenang dan perut kenyang kerana ketika lapar banyak keputusan yang tidak rasional bakal dibuat. Ini bertujuan menguruskan faktor emosi yang boleh mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat.

    5. Jangan berhutang

    Elakkan berhutang atau menggunakan perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian, meminjam dengan ah long dan menangguhkan bayaran pinjaman demi membeli barangan dikehendaki.

    Jangan mengambil jalan mudah dengan menangguhkan bayaran pinjaman itu kerana rekod bayaran anda tidak akan cantik dan terpaksa membayar dua kali ganda baki tertangguh itu.

    Tidak berbaloi kita melakukan hal sedemikian hanya semata-mata untuk seronok beraya, tetapi hidup merana. Sebaiknya, guna wang yang ada di tangan dengan cermat dan bijaksana. -RELEVAN

    belanja featured hari raya kewangan
    Artikel Terkini

    Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    March 24, 2023

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    March 24, 2023

    5 Soalan Ramadan #4: Persoalan-persoalan tentang berbuka puasa

    March 23, 2023

    5 tip kekal cergas dan sihat ketika berpuasa  

    March 23, 2023

    Dahulukan perbelanjaan persekolahan sebelum beraya

    March 23, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.