Zubaidah Ibrahim

KITA digalakkan untuk bersederhana dalam segala hal termasuklah pengambilan pemakanan mahupun suplemen kesihatan walaupun ia sangat baik untuk tubuh badan tetapi jika berlebihan akan memberi kesan sangat buruk. Keadaan ini terjadi kepada seorang lelaki dari United Kingdom (UK) yang meninggal dunia kerana pengambilan vitamin D berlebihan sehingga mengakibatkan hiperkalsemia, keadaan yang jarang berlaku disebabkan oleh tahap vitamin D yang tinggi. Lelaki yang bernama David Mitchener itu merupakan seorang ahli perniagaan bersara berusia 89 tahun. Dia meninggal dunia tahun lalu akibat hiperkalsemia (pengumpulan kalsium dalam badan akibat tahap vitamin D yang berlebihan). Michener telah dimasukkan ke Hospital East Surrey pada 10…

Read More

SELAIN pakaian indah berwarna-warni, hari raya juga disambut dengan aneka juadah enak yang semestinya susah untuk ditolak. Boleh dikatakan ketika lebaran kita makan dari pagi sehingga malam. Banyak rumah yang hendak dikunjungi. Walaupun begitu, jangan sampai terlebih makan sehingga mengundang pelbagai masalah kesihatan lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik seperti diabetes dan hipertensi. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, kita memerlukan kira-kira 2,000 kilokalori (kcal) sehari setiap hari untuk mengekalkan keperluan tenaga bergantung kepada umur, jantina, berat badan dan pergerakan fizikal. “Terdapat pelbagai jenis juadah yang dihidangkan di atas meja semasa Hari Raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat…

Read More

MENJALANI ibadah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan banyak mendidik kita erti sabar dan juga membentuk disiplin diri yang tinggi. Jika sebelum ini kita berasa sukar untuk berdiet dan menahan diri daripada makan tetapi Ramadan telah membuktikan bahawa kita sebenarnya mampu. Semoga disiplin ini berterusan sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Lebih-lebih lagi menjelang Syawal yang akan tiba beberapa hari lagi. Bagi sesetengah orang, perayaan suci itu seperti pesta makan. Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, tiba masa untuk makan sepuas-puasnya. Ke mana sahaja kita pergi pasti dihidangkan dengan pelbagai juadah enak yang tersedia khusus pada hari raya sahaja. Selepas musim perayaan, sukar…

Read More

KEMUNCULAN pempengaruh (influencer) daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin popular dan mendapat tempat di hati masyarakat, sedikit sebanyak bakal menggugat pempengaruh manusia tulen. Pendapatan yang diperoleh pempengaruh AI juga lebih lumayan. Contohnya, pencipta Lily Rain daripada platform Fanvue memperoleh sekitar AS$20,000 (RM94.803) sebulan. Lily hanya perlu muncul dalam foto perjalanan yang menakjubkan. Selain itu, pempengaruh AI yang dikenali sebagai Lexi Love memperoleh pendapatan AS$30,000 (RM142,202) sebulan dengan memainkan peranan sebagai seorang yang romantis. Lexi yang menjadi ‘teman wanita sempurna’ itu menarik minat lelaki yang dalam kesepian. Dua lagi model yang AI yang juga sangat popular iaitu Aitana Lopez…

Read More

KOKO Nacional yang jarang ditemui dan hanya dituai dari 14 ladang di lembah Piedra de Plata, Ecuador menjadikan coklat jenama To’ak paling mahal dan berharga di di dunia. Kaedah penghasilannya yang sangat unik memberi rasa Istimewa kepada To’ak sehingga orang sanggup membayar harga mahal untuk sekeping coklat. Sehubungan itu, To’ak kerap dirujuk sebagai ‘coklat paling mahal di dunia’ kerana bar coklat kecilnya dijual sehingga AS$490 (RM2,315.87) setiap bar (50 gram). Ia juga mempunyai kisah yang menarik. “Kami mahu mencipta coklat yang unik dan cantik, sesuatu yang melampaui sekadar coklat yang mahal dan begitu juga pengalaman menikmatinya,” tulis pengasas bersama To’ak,…

Read More

SERAMAI 350 orang asnaf dan anak yatim diraikan di dalam Majlis Amal Maghfirah 2024 (MAM) anjuran Yayasan Maghfirah di Bangi Avenue Convention Centre baru-baru ini. Penganjuran MAM adalah bertujuan meraikan para jemputan yang terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya (OKU), pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf tajaan kelas Sahabat Al-Quran (SAQ), Yayasan Maghfirah untuk merasai kemeriahan berbuka puasa dengan juadah yang istimewa. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato Zamri Hashim dan turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, Pengerusi Eksekutif Yayasan Maghfirah dan Pengerusi Ahli Lembaga, Mohd. Sahrularifin Ab Manan; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin; …

Read More

RUPA parasnya yang cantik dan menarik tidak ubah seperti manusia sebenar membuatkan sesiapa sahaja terpukau dengan Alba Renai iaitu seorang pempengaruh digital yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). Wanita cantik itu baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan mengacarakan segmen khas rancangan realiti popular versi Sepanyol ‘Survivor’. Dicipta pada musim luruh tahun lalu oleh Be a Lion, anak syarikat gergasi televisyen Mediaset Spain, Alba Renai dengan pantas menjadi selebriti Instagram dan menarik lebih 10,000 peminat di Instagram. Penjanaan imej Alba Renai dikuasakan oleh AI berdasarkan hasil kumpulan fokus 350 orang muda yang ditanya tentang sifat fizikal dan personaliti yang mereka anggap…

Read More

TUBUH kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik, tetapi minum air berlebihan boleh membawa kesan kesihatan yang serius.  Buah pinggang hanya boleh menyingkirkan 0.8 hingga 1.0 liter air sejam dan pengambilan air yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit badan. Walaupun tiada jumlah cecair tertentu boleh menyebabkan terlalu banyak air dalam badan, tetapi langkah terbaik ialah tidak minum lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh buah pinggang anda. Minum air berlebihan boleh membahayakan anda dan menyebabkan ketoksikan air atau mabuk air. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana ini boleh berlaku, berapa banyak air diperlukan badan dan mengenali tanda-tanda badan terlebih air. Apakah itu…

Read More

SELAMA  50 Tahun, Rogan Megane Hakubutsukan atau Muzium Cermin Mata di Ikeburo, adalah tempat paling ikonik untuk membeli-belah pelbagai jenis cermin mata termasuk cermin mata hitam. Terletak di jalan membeli-belah Higashi-dori di Minami-Ikebukuro, Tokyo, Muzium Cermin Mata adalah salah satu tempat yang sangat ikonik untuk merakam gambar di ibu negara Jepun. Walaupun ia pernah menjadi gudang ringkas, Pengasas dan Pemilik  Muzium Cermin Mata, Yutaka Takei mengetengahkan idea unik dengan menjadikannya sebagai iklan gergasi untuk produk yang dijual di dalamnya. Apa yang benar-benar meletakkan Muzium Cermin Mata pada peta ialah ribuan cermin mata hitam berwarna-warni yang dilekatkan pada bingkai logam gergasi. …

Read More

KAJI Selidik Trend Bakat Global tahunan terbaharu ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) 2024 memberikan pandangan unik dan penting tentang perasaan pekerja iaitu mengenai kehidupan mereka di tempat kerja. Hampir 10,000 akauntan professional dari 157 negara termasuk Malaysia ditanya mengenai kebimbangan mereka mengenai kerja masa hadapan dan aspirasi untuk kerjaya mereka. Tinjauan itu juga menilai isu tempat kerja utama seperti kerja hibrid, kepelbagaian, mobiliti dan kesihatan mental serta krisis kos sara hidup. Menurut laporan itu, kerja hibrid (campuran kerja di pejabat dan di rumah) perlahan-lahan mendapat tarikan, tetapi ketidakpadanan besar kekal antara apa yang pekerja inginkan dan apa yang dimahu oleh…

Read More