Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pencemaran makanan: Kenali jenis sarung tangan yang selamat untuk penyediaan makanan

    Pencemaran makanan: Kenali jenis sarung tangan yang selamat untuk penyediaan makanan

    By March 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDAK semua sarung tangan selamat digunakan untuk menyediakan makanan. Foto Mdjaff/Freepik

    BARU-BARU ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menegur seorang peniaga yang tular menggunakan sarung tangan berwarna kuning ketika menyediakan makanan.

    Ini berikutan tidak semua sarung tangan boleh digunakan untuk menyediakan makanan. Ada sesetengah sarung tangan mengandungi serbuk putih dan bahan kimia. 

    Oleh itu, jika digunakan sembarangan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan, cirit-birit, muntah, kembung perut, sakit perut dan pencemaran silang (cross contamination).

    Menerusi ciapan di platform X, KKM memaklumkan bahawa  penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.

    “Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

    “Bagi mengelakkan pencemaran silang, sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” jelas KKM.

    Tambah KKM lagi, pihaknya ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan.

    Berikut Relevan kongsikan jenis sarung tangan selamat dan sesuai digunakan untuk tujuan penyediaan makanan.

    1. Sarung tangan nitril

    Sarung tangan daripada getah nitril ini memberikan ketahanan unggul terhadap bahan kimia dan minyak. Ia juga bebas serbuk putih dan menjadikannya selamat digunakan untuk tujuan penyediaan makanan.

    Oleh kerana ia fleksibel dan tahan lasak, menjadikan sarung tangan ini sesuai untuk penyediaan makanan, memasak dan membersih.

    Selain itu, ia juga selesa dipakai dan peka dengan sentuhan menjadikannya selesa dipakai untuk tempoh yang lama.

    1. Sarung tangan vinil

    Sarung tangan vinil (vinyl) ialah alternatif kos efektif kepada sarung tangan nitril atau lateks dengan harga yang berpatutan. Vinyl juga tahan lasak dan tahan koyak.

    Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan untuk penyediaan makanan, memasak dan kebersihan.

    1. Sarung Tangan Poli

    Sarung tangan poli diperbuat daripada plastik polietilena (polyethylene), bahan yang lebih nipis berbanding dengan nitril, vinil dan lateks. Ia menjadikan sarung tangan poli lebih sesuai untuk tugasan ringan. 

    Gunakan sarung tangan polietilena untuk tugas penyediaan makanan apabila sarung tangan perlu ditukar dengan kerap. Sarung tangan poli selamat untuk penyediaan makanan dan bebas serbuk putih.

    Penggunaan sarung tangan poli hanya untuk penyediaan makanan sahaja.

    1. Sarung tangan hibrid

    Sarung tangan hibrid dibuat dengan menggunakan bahan vinil dan nitril. Kebaikan gabungan kedua-dua bahan ini ialah sarung tangan dengan ketahanan nitril pada harga yang lebih berpatutan. 

    Sarung tangan nitril sangat popular, tetapi harganya sangat mahal. Sehubungan itu, sarung tangan hibrid menjadi alternatif yang hebat kerana anda mendapat kebaikan daripada kedua-dua bahan itu.

    1. Sarung tangan CPE

    CPE ialah sejenis polietilena dengan ketahanan yang dipertingkatkan. Sarung tangan yang dibuat dengan CPE mempunyai semua faedah yang sama seperti sarung tangan poli dengan lebih fleksibiliti dan kekuatan. Ia ringan dan mudah dikeluarkan dari tangan sebaik sahaja menyelesaikan tugasan.

    Sama seperti sarung tangan poli pakai buang, sarung tangan CPE adalah yang terbaik untuk tugas ringan seperti kerja penyediaan dan pengendalian makanan.

    1. Sarung tangan TPE

    TPE bermaksud elastomer termoplastik, bahan yang menghasilkan sarung tangan sekali guna ini licin dan fleksibel. Sarung tangan yang dibuat dengan TPE adalah ringan dan selesa seperti sarung tangan poli tetapi memberikan keanjalan yang serupa dengan sarung tangan vinil.

    Tidak seperti sarung tangan poli biasa, sarung tangan TPE juga boleh digunakan untuk tugas pembersihan ringan.- RELEVAN

    featured makanan pencemaran sarung tangan
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.