Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kereta mainan rideable terpantas di dunia, 148 km/j

    Kereta mainan rideable terpantas di dunia, 148 km/j

    By Zubaidah IbrahimMarch 11, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PAUL berjaya membawa kereta mainannya itu ke litar lumba Hockenheimring di Jerman untuk mengujinya dan mencipta Rekod Guinness baharu.

    SEORANG pelajar kejuruteraan Jerman menghabiskan masa 10 bulan mengubah suai kereta mainan untuk menjadikannya kenderaan yang sangat laju dan mampu mencapai kelajuan sehingga 92.24 mph (148 km/j).

    Marcel Paul yang berusia 31 tahun sentiasa terpesona dengan Bobby Cars, sejenis kereta mainan yang dicipta untuk membantu kanak-kanak belajar berjalan dan sangat disukai oleh pelumba kereta menuruni bukit pada tahun 1990-an.

    Dengan 14 Kejohanan Dunia dan sembilan Kejohanan Eropah yang diraihnya, Paul ialah salah seorang pelumba paling berjaya dalam sejarah sukan kereta mainan yang boleh dinaiki (rideable) dan ia benar-benar mengukuhkan legasinya.

    Dia memutuskan untuk melakukan sesuatu yang lebih bercita-cita tinggi dengan mencipta kereta mainan yang boleh dinaiki yang terpantas di dunia.

    Lelaki itu mengambil masa 10 bulan untuk menyelidik, mereka bentuk dan membina kereta kecil yang sangat laju itu dan dia mampu melepasi rekod lama 88 mph pada percubaan pertamanya.

    Paul bermula dengan membeli Baby Porsche 911 daripada syarikat BIG untuk digunakan sebagai asas projek bercita-cita tingginya. Seterusnya, dia membina casis aluminium, menurunkan penggantungan dan menggantikan stereng stok yang sesuai dengan perlumbaan.

    Selain itu, dia juga menugaskan sebuah syarikat untuk mencipta motor elektrik dan bateri mengikut spesifikasinya bagi memastikan ia sesuai dalam rangka kecil kerana mengekalkan penampilan kereta mainan adalah tugasan yang sangat penting dan mencabar.

    Mencari seseorang untuk menaja idea gilanya juga adalah satu lagi cabaran besar, kerana keseluruhan kos menelan belanja sebanyak AS$10,000 (RM46,819).

    Dia berjaya melakukannya dan membawa kereta mainannya itu ke litar lumba Hockenheimring di Jerman untuk mengujinya dan mencipta Rekod Guinness baharu.

    Paul memandu kereta itu ke laluan lurus terpanjang di trek, Parabolika dan juga membuat pelarasan saat akhir yang boleh mengakibatkan bencana – dia mengeluarkan had pada pengawal.

    “Perubahan ini tidak diuji dan boleh menyebabkan voltan melebihi had semasa percubaan rekod.

    “Ini boleh merisikokan kenderaan itu mati dengan sendiri semasa percubaan itu. Nasib baik tidak ada perkara buruk yang terjadi,” katanya.

    Di litar lumba Hockenheimring itu, dia berjaya mencatatkan kelajuan 92.24 mph (148 km/j) dan mencipta rekod baharu Guinness untuk kereta mainan boleh dinaiki (rideable) yang terpantas di dunia.- RELEVAN

    Previous ArticleApakah hukum tidur selepas sahur dan kesannya kepada kesihatan?
    Next Article Yang diingati dalam pentas akhir ALI2023

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.