Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Minum air berlebihan boleh sebabkan ketoksikan dan bawa maut

    Minum air berlebihan boleh sebabkan ketoksikan dan bawa maut

    By Zubaidah IbrahimMarch 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MINUM air berlebihan boleh membawa kesan kesihatan yang serius. - Foto Pixabay

    TUBUH kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik, tetapi minum air berlebihan boleh membawa kesan kesihatan yang serius. 

    Buah pinggang hanya boleh menyingkirkan 0.8 hingga 1.0 liter air sejam dan pengambilan air yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan elektrolit badan.

    Walaupun tiada jumlah cecair tertentu boleh menyebabkan terlalu banyak air dalam badan, tetapi langkah terbaik ialah tidak minum lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh buah pinggang anda.

    Minum air berlebihan boleh membahayakan anda dan menyebabkan ketoksikan air atau mabuk air.

    Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana ini boleh berlaku, berapa banyak air diperlukan badan dan mengenali tanda-tanda badan terlebih air.

    Apakah itu ketoksikan air

    Menurut Medical News today dan Healthline, keadaan ini juga dikenali sebagai keracunan air iaitu  gangguan  fungsi otak yang disebabkan oleh minum terlalu banyak air.

    Jumlah air berlebihan dalam darah boleh mencairkan elektrolit, terutamanya natrium dalam darah.

    Jika paras natrium jatuh di bawah 135 milimol seliter (mmol/l), doktor merujuk isu itu sebagai hiponatremia.

    Natrium membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam dan di luar sel. Apabila paras natrium menurun akibat pengambilan air yang berlebihan, cecair bergerak dari luar ke dalam sel, menyebabkan ia membengkak.

    Apabila ini berlaku kepada sel-sel otak, ia sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

    Bahaya minum air terlalu banyak

    Sekiranya seseorang mengambil jumlah air yang berlebihan dan sel-sel otak mereka mula membengkak, tekanan di dalam tengkorak akan meningkat. 

    Ini akan menyebabkan gejala pertama mabuk air  termasuklah:

    • Sakit kepala
    • Loya
    • Muntah

    Kes mabuk air yang teruk boleh menyebabkan gejala yang lebih serius seperti boleh menyebabkan sawan, kerosakan otak, koma dan juga kematian.

    Apakah tanda-tanda overhydration?

    Anda mungkin tidak mengenali gejala hidrasi berlebihan pada peringkat awalnya. Walau bagaimanapun, air kencing adalah penunjuk status penghidratan yang baik bagi orang yang sihat.

    Air kencing berwarna kuning pucat adalah petunjuk yang baik manakala air kencing yang lebih gelap bermakna anda memerlukan lebih banyak air dan air kencing tidak berwarna bermakna badan mengalami hidrasi berlebihan.

    Jika anda mendapat hiponatremia daripada ketoksikan air, anda mungkin akan mengalami perubahan dalam keadaan mental seperti kekeliruan, rasa mengantuk dan kekejangan otot.

    Akhirnya pembengkakan sel-sel otak akan menyebabkan sistem saraf pusat anda tidak berfungsi. Tanpa rawatan, anda boleh mengalami sawan, koma dan akhirnya membawa maut.

    Berapa banyak air yang perlu saya minum?

    Pakar perubatan telah menetapkan garis panduan untuk pengambilan air yang mencukupi. 

    Mereka mengesyorkan agar orang dewasa yang sihat minum air 78 hingga 100 auns (oz) iaitu kira-kira sembilan hingga 13 cawan cecair setiap hari secara purata. 

    Anda perlu ingat bahawa makanan seperti sayur-sayuran atau buah-buahan juga mengandungi air.

    Walaupun begitu, jumlah air yang perlu diminum berbeza mengikut jantina, cuaca, tahap aktiviti dan kesihatan keseluruhan. Kanak-kanak dan remaja mungkin mempunyai keperluan yang lebih rendah daripada orang dewasa.

    Berbeza dengan situasi seperti cuaca panas melampau, aktiviti kecergasan dan demam mungkin memerlukan lebih banyak pengambilan cecair.-RELEVAN

    Previous Article5 panduan tetapkan matlamat kewangan masa hadapan
    Next Article Alba Renai pengacara jelita AI, ramai bimbang ‘pencerobohan’ mesin

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.