Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kira kalori, cegah makan berlebihan ketika beraya

    Kira kalori, cegah makan berlebihan ketika beraya

    By Zubaidah IbrahimApril 12, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PILIH makanan yang ingin kita makan mengikut keperluan kalori.- Gambar hiasan

    SELAIN pakaian indah berwarna-warni, hari raya juga disambut dengan aneka juadah enak yang semestinya susah untuk ditolak. Boleh dikatakan ketika lebaran kita makan dari pagi sehingga malam. Banyak rumah yang hendak dikunjungi.

    Walaupun begitu, jangan sampai terlebih makan sehingga mengundang pelbagai masalah kesihatan lebih-lebih lagi mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik seperti diabetes dan hipertensi.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, kita memerlukan kira-kira 2,000 kilokalori (kcal) sehari setiap hari untuk mengekalkan keperluan tenaga bergantung kepada umur, jantina, berat badan dan pergerakan fizikal.

    “Terdapat pelbagai jenis juadah yang dihidangkan di atas meja semasa Hari Raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat dan pelbagai jenis kuih-muih.

    “Cara terbaik adalah dengan melihat semua jenis makanan yang terhidang dahulu. Kemudian, pilih makanan yang ingin kita makan mengikut keperluan kalori.

    “Jika kita makan tiga kali sehari dan sedikit kudapan waktu petang, kita mungkin dapat mengira bilangan kalori yang maksima kita ambil adalah antara 500 hingga 600 kcal dalam satu hidangan,” kongsi beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya.

    Tambah Zubaidi, jangan terlalu gopoh memilih makanan. Dengan mengambil makanan yang tidak berlebihan, kita memberikan peluang untuk sistem penghadaman memulakan fungsi setelah berehat selama sebulan.

    Beliau turut memberikan contoh hidangan yang mempunyai nilai kalori 500 kcal seperti berikut:

    • Lemang bersama rendang daging
    • Nasi impit bersama kuah kacang dan sayur lodeh
    • Sate ayam bersama nasi impit dan kuah kacang
    • Nasi dagang
    • Kuih-muih

    Di samping itu, jelasnya, rasa kerap lapar dapat dikurangkan dengan pengambilan air yang mencukupi.

    “Pilih air kosong atau minuman tanpa gula seperti kopi kosong atau teh kosong. Boleh letakkan stevia iaitu pemanis natural tanpa kalori.

    “Elakkan minuman berkarbonat kerana ia akan menyebabkan peningkatan gula yang mendadak dan menyebabkan gangguan pada penghadaman.

    “Mengambil kekacang seperti kacang almond atau kacang kuda sebagai kudapan petang sangat baik untuk kesihatan. Ia akan memberikan tenaga, serat (fiber) dan menjadi sumber minyak sihat,” terangnya.

    Zubaidi memberitahu, sekiranya lapar, ambil beberapa biji kurma sangat digalakkan kerana ia mempunyai nilai indeks glisemik yang sederhana dan mempunyai banyak serat.

    Pastikan pengambilan buah-buahan seperti sebiji pisang, jambu batu atau epal yang mengandungi banyak fiber. Tambah sedikit ulaman atau sayur-sayuran yang ditumis.

    Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun, buah avokado dan kekacang seperti kacang badam dan walnut. Minyak sihat akan membantu mengurangkan rasa cepat lapar.

    Sementara itu, Zubaidi turut memberi tip tambahan kepada pesakit diabetes untuk memantau tahap glukosa dalam darah. Mereka berisiko mengalami gejala hiperglisemia (tahap gula dalam darah tinggi) dan dehidrasi.

    Antara tanda-tanda hiperglisemia seperti berikut:

    • Kerap kencing
    • Dahaga
    • Penglihatan kabur
    • Keletihan
    • Sakit kepala

    Tanda-tanda dehidrasi adalah:

    • Dahaga melampau
    • Pening kepala
    • Keletihan
    • Kekeliruan
    • Kencing berwarna pekat

    Beliau menasihat orang ramai agar melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, atau menaiki tangga. Membersihkan kawasan rumah juga dianggap aktiviti bersenam yang ringan.- RELEVAN

    Previous ArticleTenangkan anak yang sedang meragam ketika beraya dengan cara ini
    Next Article Sisi lain Aidilfitri dalam dua lagu raya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.