Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ikan zebra pengganti tikus dalam penyelidikan, ini fakta menarik tentangnya

    Ikan zebra pengganti tikus dalam penyelidikan, ini fakta menarik tentangnya

    By April 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IKAN zebra telah muncul sebagai model haiwan yang berpotensi sejak dua dekad yang lalu di seluruh dunia, terutamanya dalam kajian toksikologi.

    TIKUS makmal sering digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan kajian tentang perkembangan vertebrata dan penyakit, termasuk dalam bidang toksikologi.

    Walau bagaimanapun, eksperimen saintifik yang melibatkan haiwan sangat mahal, memakan masa dan menimbulkan kebimbangan etika berhubung dengan kebajikan haiwan.

    Sebagai tindak balas terhadap isu ini, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) mengumumkan hasrat untuk menghentikan penggunaan mamalia, termasuk tikus dan mencit dalam penyelidikan menjelang tahun 2035.

    Secara amnya, kajian toksikologi melibatkan penilaian keselamatan aspek biologi produk, ubat-ubatan dan bahan kimia kepada pengguna.

    Oleh hal yang demikian, ikan zebra telah muncul sebagai model haiwan yang berpotensi sejak dua dekad yang lalu di seluruh dunia, terutamanya dalam kajian toksikologi.

    Hal ini turut diperakukan oleh Ketua Laboratori Penyelidikan Ubatan dan Produk Semula Jadi (NaturMeds) di Institut Biosanis (IBS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Siti Munirah Mohd. Faudzi yang menjalankan kajian dalam bidang ini.

    PEMBIAKAN ikan zebra di Laboratori Ikan Zebra NaturMeds, IBS, UPM, telah dilaksanakan sejak 2012.

    “Ikan zebra mempunyai kesamaan genetik yang besar dengan manusia dan keunikan seperti kadar pembiakan yang cepat, kebolehan untuk diubah suai secara genetik, kos yang rendah dan kemudahan pengendalian yang baik berbanding tikus makmal.

    “Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa otak ikan zebra dan mamalia berkongsi sistem neuroanatomikal dan sistem isyarat neuronik asas yang relevan dengan penyakit otak manusia.

    “Hal ni menjadikan ikan zebra sebagai model yang berguna untuk menilai kecacatan tingkah laku sosial, termasuk autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD),”katanya.

    Penggunaan ikan zebra di dalam kaedah penyaringan inovatif turut berpotensi meningkatkan kejayaan dan produktiviti dalam penyelidikan, penemuan dan pembangunan ubat yang berkaitan dengan penyakit otak.

    Siapa sangka ikan zebra yang bersaiz dua sentimeter (cm) hingga 3.5cm ini membesar melalui pemakanan udang artemia yang perlu direndam dalam air garam selama dua hari sebelum telur udang ini menetas.

    Walaupun begitu, Siti Munirah menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian jika ingin menggunakan ikan zebra dalam uji kaji, termasuk pemeliharaan yang baik, kebersihan dan kestabilan persekitaran akuatik dan pemakanan yang betul.

    Mengulas berkenaan kekurangan populasi ikan ini, beliau menegaskan bahawa peraturan ketat diperlukan untuk mengawal penggunaan ikan zebra dalam kajian saintifik bagi mengelakkan ancaman terhadap populasi ikan zebra.

    Sehubungan itu, pembiakan ikan zebra di Laboratori Ikan Zebra NaturMeds, IBS, UPM, telah dilaksanakan sejak 2012 untuk meningkatkan populasi ikan tersebut di dalam makmal yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penyelidik UPM, terutamanya di NaturMeds untuk melakukan pelbagai kajian termasuk dalam penemuan dadah, neurosains dan ekotoksikologi.- RELEVAN

    featured ikan penyelidikan tikus upm zebra

    Artikel berkaitan

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Artikel Terkini

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.