Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penyelidik rungkai deria rasa pahit, hasilkan ubat obesiti dan diabetes

    Penyelidik rungkai deria rasa pahit, hasilkan ubat obesiti dan diabetes

    By April 18, 2024Updated:April 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DERIA rasa sangat penting untuk kita menikmati keenakan makanan.- Gambar hiasan/ Icons8 Team/Unsplash

    MANUSIA mempunyai lima deria rasa iaitu masam, manis, umami, pahit dan masin dengan menggunakan penderia khusus pada lidah kita yang dipanggil reseptor rasa. 

    Selain membolehkan kita menikmati makanan yang lazat, sensasi rasa juga membantu untuk menentukan komposisi kimia makanan dan menghalang daripada mengambil bahan toksik.

    Sehubungan itu, pasukan penyelidik dari Sekolah Perubatan University of North Carolina Health Care membuat satu kajian untuk merungkai bagaimana lidah kita berasa pahit?

    Kajian yang diterbitkan dalam Nature itu mendedahkan struktur protein terperinci reseptor rasa pahit TAS2R14. 

    Di samping menyelesaikan struktur reseptor rasa ini, para penyelidik juga dapat menentukan di mana bahan rasa pahit ini mengikat TAS2R14 dan cara ia mengaktifkannya sehingga membolehkan kita merasai bahan pahit.

    “Para saintis mengetahui sangat sedikit tentang struktur reseptor rasa manis, pahit dan umami.

    “Dengan menggunakan gabungan kaedah biokimia dan pengiraan, kami kini mengetahui struktur reseptor rasa pahit TAS2R14 dan mekanisme yang memulakan sensasi rasa pahit dalam lidah kita,” kata salah seorang penyelidik, Profesor Yoojoong Kim.

    Jelas beliau, maklumat terperinci ini penting untuk menemui dan menghasilkan ubat yang boleh mengawal secara langsung reseptor rasa yang berpotensi untuk merawat penyakit metabolik seperti obesiti dan diabetes.

     Daripada bahan kimia kepada elektrik-sensasi

    TAS2R14s ialah ‘ahli keluarga’ reseptor bergandingan protein G (GPCR) bagi reseptor rasa pahit. Reseptor melekat pada protein yang dikenali sebagai protein G.

    Reseptor TAS2R14 menonjol daripada yang lain dalam keluarganya kerana ia boleh mengenal pasti lebih daripada 100 bahan berbeza yang dikenali sebagai rasa pahit.

    Penyelidik mendapati bahawa apabila rasa pahit bersentuhan dengan reseptor TAS2R14, bahan kimia itu menyelubungi ke tempat tertentu pada reseptor yang dipanggil tapak alosterik, ini menyebabkan protein mengubah bentuknya dan mengaktifkan protein G yang melekat.

    Lantas, keadaan ini mencetuskan satu siri tindak balas biokimia dalam sel reseptor rasa yang membawa kepada pengaktifan reseptor. Kemudian, menghantar isyarat kepada gentian saraf kecil melalui saraf kranial di muka ke kawasan otak yang dipanggil gustatory cortex.

    Di sinilah otak memproses dan melihat isyarat sebagai kepahitan.

    Peranan kolesterol dalam penerimaan rasa pahit

    “Kolesterol berada di tapak pengikat lain yang dipanggil poket ortosterik dalam TAS2R14, manakala rasa pahit mengikat tapak alosterik.

    “Melalui simulasi dinamik molekul, kami juga mendapati bahawa kolesterol meletakkan reseptor dalam keadaan separa aktif, jadi ia boleh diaktifkan dengan mudah oleh rasa pahit,” terang Kim.

    Asid hempedu yang dicipta dalam hati mempunyai struktur kimia yang serupa dengan kolesterol. 

    Kajian terdahulu telah mencadangkan bahawa asid hempedu boleh mengikat dan mengaktifkan TAS2R14, tetapi sedikit yang diketahui tentang bagaimana dan di mana ia mengikat dalam reseptor.

    Menggunakan struktur yang baharu ditemui, penyelidik mendapati bahawa asid hempedu mungkin mengikat poket ortosterik yang sama seperti kolesterol. 

    Walaupun peranan sebenar asid hempedu atau kolesterol dalam TAS2R14 masih tidak diketahui, ia mungkin memainkan peranan dalam metabolisme atau berkaitan dengan gangguan metabolik seperti obesiti atau diabetes.- RELEVAN

    featured pahit penyelidikan rasa saintis
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.