Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak makan di kedai kotor, berikut syor pakar kesihatan

    Elak makan di kedai kotor, berikut syor pakar kesihatan

    By Zubaidah IbrahimJanuary 23, 2023Updated:January 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAMBAR kiri menunjukkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan manakala gambar kanan adalah kepala tikus yang ditemui dalam hidangan nasi kukus.

    BANYAK aspek yang perlu diambil kira jika kita memilih untuk makan di luar, bukan sahaja masakan itu sedap, tetapi hendaklah bersih dan berkhasiat. Namun, saban hari ada sahaja video yang kurang enak tular membuatkan ramai orang kembang tekak.

    Baru-baru ini tular video seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan. Belum reda isu tersebut, timbul pula kes seorang pelanggan menemui kepala tikus dalam hidangan nasi kukus yang dimakannya.

    Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Malina Osman, memilih premis makanan yang bersih dan mengamalkan sistem yang disyorkan oleh pihak Kementerian Kesihatan adalah penting bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

    “Antara penyakit yang berkaitan dengan kontaminasi silang terhadap makanan yang siap dimasak ialah cirit-birit, keracunan makanan, kepialu, kolera, salmonellosis dan penyakit cirit-birit berdarah (disenteri).

    “Kebanyakan mereka yang hadir kursus berkaitan penyediaan makanan dan aspek berkaitan sebelum diberikan lesen beroperasi mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang cemerlang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 makanan kulit cantik, gebu dan awet muda – Relevan

    “Tetapi dalam dunia sebenar kita dapati ramai pekerja yang datang secara sambilan dan tidak mengikuti kursus berkenaan,” katanya.

    Tambah beliau, sejumlah besar pengguna masih tidak mempunyai pengetahuan untuk menjadi pengguna yang bijak dalam memilih premis berkualiti yang menyediakan makanan bersih dan selamat.

    Jelas Malina lagi, melihat konteks premis penyediaan makanan pula, meskipun sesebuah premis makanan mempunyai pemarkahan atau gred kebersihan masing-masing, tetapi kita perlu faham bahawa gred berkenaan diberikan dalam tempoh bermusim bergantung kepada kemampuan Jabatan Kesihatan membuat pemantauan.

    “Contohnya,  enam bulan ke satu tahun sekali. Dalam banyak keadaan, situasi sebenar premis makanan mungkin berbeza dengan gred yang telah diberikan. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu mengambil sikap berhati-hati dan prihatin ketika memilih premis makanan.

    “Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh pengguna ketika memilih premis makanan ialah sikap dan tatacara pengendalian makanan.

    “Mereka mesti mengenakan apron, penutup kepala dan memastikan jari serta tangan tidak mempunyai sebarang luka atau kecederaan. 

    “Walaupun masih belum dikuatkuasakan, sebaik-baiknya mereka juga hendaklah menggunakan pelitup muka semasa mengendalikan makanan,” ujarnya.

     Pengendali makanan juga perlu mempunyai sikap dan tatacara yang higenik. Ini termasuklah tidak bercakap semasa mengendali makanan, tidak menggaru hidung atau bahagian badan dan sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin.

    ARTIKEL BERKAITAN: Makanan yang perlu diambil dan dielakkan ketika dijangkiti Covid-19 – Relevan

    Pengendali yang didapati meludah merata-rata merupakan petunjuk tidak higenik dan perlu dielakkan untuk kita makan di premis makanan atau membeli makanan daripadanya.

    Selain itu, bekas menyimpan makanan perlulah bersih dan terhindar daripada serangga atau haiwan kecil seperti lipas, lalat atau tikus. 

    Antara yang disyorkan ialah dengan menggunakan bekas makanan yang diletakkan dalam takungan berisi air yang sentiasa dipanaskan serta ditutup dengan jaring untuk melindungi makanan berkenaan sekiranya terdedah dalam tempoh masa yang lama.

    Lantai dan meja juga perlu sentiasa dibersihkan di samping memastikan tiada haiwan seperti kucing atau anjing yang berkeliaran. 

    Aspek penyediaan makanan mentah dan sumber air juga perlu memenuhi piawaian seperti yang telah ditetapkan.

    Satu lagi petunjuk premis yang bersih dan berkualiti ialah tahap kebersihan sinki tempat mencuci tangan dan juga tandas yang disediakan adalah bersih serta higenik.

    Keadaan sinki yang berlendir, tidak diurus dengan baik serta tidak dibersihkan dengan sisa makanan berhari-hari, berpotensi mengundang haiwan tertentu seperti tikus dan lipas untuk datang. 

    “Premis makanan juga disyorkan menggunakan cat warna terang serta memasang lampu yang cukup selesa untuk pengguna membuat pertimbangan terhadap mutu dan peralatan seperti pinggan, sudu, garpu serta kebersihan makanan yang disediakan. 

    “Premis yang dicat gelap, menggunakan lampu malap serta tidak mampu memberikan maklumat kepada pengguna tentang tahap kebersihan dan keselamatan yang dimakan perlulah dielakkan,” ulasnya lagi.

    Pengguna dan pengendali makanan saling memerlukan antara satu sama lain. 

    Dunia pekerjaan yang sibuk menyebabkan sebahagian besar daripada kita mengharapkan perkhidmatan pengendali makanan untuk menyediakan makanan berkualiti yang bersih dan selamat. – RELEVAN

    featured kedai kotor makanan penyedia makanan
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.