Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip penyusuan susu ibu, bantu ibu muda dan bayi

    7 tip penyusuan susu ibu, bantu ibu muda dan bayi

    By Zubaidah IbrahimJanuary 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SENTUHAN erat, belaian dan pelukan ketika menyusu adalah masa yang sangat penting bagi membina karakter, seterusnya menjadikan hubungan anak serta ibu terlalu istimewa.- GAMBAR HIASAN/RODNAE PRODUCTIONS/PEXELS

    UMUM mengetahui susu ibu mengandungi banyak manfaat kesihatan untuk bayi dengan menawarkan pemakanan yang sempurna dan membantu membina sistem imun si manja.

    Bukan itu sahaja, ibu yang menyusu juga menerima manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan penyakit kardiovaskular.

    Menurut Pengasas Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA, Dr. Khamsiah Muda, Allah SWT mencipta susu ibu dengan sebaik-baik ciptaannya, tiada susu lain dapat menandingi kehebatan susu ibu.

    DR. KHAMSIAH

    “Sentuhan erat kulit ke kulit, belaian dan pelukan ketika menyusu adalah masa yang sangat penting bagi membina karakter, seterusnya menjadikan hubungan anak serta ibu terlalu istimewa.

    “Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, sentuhan bibir bayi merangsang saraf deria dalam puting payudara menyebabkan pengeluaran dua hormon penting dalam otak si ibu iaitu prolaktin dan oksitosin,” katanya kepada Relevan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan – Relevan

    Tambah beliau, disamping membantu dalam pengeluaran susu ibu, prolaktin (hormon keibuan) membantu ibu merasa santai dan lebih menyayangi bayinya.

    Oksitosin pula hormon kasih sayang yang bertanggungjawab mengeluarkan susu dan juga mencetuskan perasaan gembira dalam diri ibu serta menceriakan mood.

    Walau bagaimanapun, penyusuan susu ibu ini mungkin agak memberi cabaran kepada ibu yang baru pertama kali melahirkan anak. 

    Antara masalah utama yang dihadapi oleh mereka ialah bengkak payudara, puting luka atau merekah dan kurang susu.

    Sehubungan itu, Dr. Khamsiah kongsikan tujuh cara bagi mengatasi masalah tersebut.

    • Sebelum menyusu, urut buah dada perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.
    • Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunnya menyentuh buah dada anda.
    • Amat penting menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
    • Beri bayi hisap buah dada yang tidak sakit dahulu. apabila susunya mengalir dengan elok, beralihlah pada buah dada yang sakit itu.
    • Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan dari buah dada anda.
    • Menyusulah dengan lebih kerap pada setiap dua jam pada kedua-dua belah buah dada. Lama-kelamaan susu akan mula keluar.
    • Jaga pengambilan makanan anda, lebihkan makanan seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian, buah-buahan dan sayur- sayuran.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 makanan yang perlu dielakkan ibu mengandung, kata pakar – Relevan

    Sementara itu, para ibu muda juga berhadapan dengan masalah saluran susu tersumbat.

    Jelas beliau, keadaan itu terjadi apabila satu bahagian payudara berasa sakit, berwarna kemerahan dan terasa seperti ada ketulan. Apabila ia berlaku, susu tidak dapat keluar sehingga berasa sakit di bahagian tersebut.

    Dr. Khamsiah titipkan empat tip yang boleh dilakukan oleh si ibu sekiranya berlaku masalah saluran susu tersumbat.

    • Susukan bayi anda dengan kerap. Bagi memastikan susu mengalir melalui payudara anda dan menghalangnya daripada bersandar di saluran, anda perlu mengeluarkannya dengan kerap.
    • Lakukan urutan di bahagian payudara sebelum menyusukan anak.
    • Pam susu selepas anda menyusukan bayi untuk mengeluarkan lebih banyak susu dan cuba membebaskan penyumbatan. Adalah penting untuk mengosongkan payudara sepenuhnya selepas menyusu.
    • Ambil makanan tambahan bersesuaian untuk mengurangkan bengkak pada payudara seterusnya melancarkan pengaliran susu ibu.

    –   RELEVAN

    bayi featured ibu ibu muda khasiat susu
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.