Zubaidah Ibrahim

SEBAGAI umat Islam, kita diwajibkan menunaikan zakat sekiranya harta, simpanan dan pendapatan itu memenuhi syarat yang ditetapkan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan. Menunaikan zakat merupakan rukun Islam ketiga dan dalam al-Quran terdapat 27 ayat yang mana Allah S.W.T memerintahkan secara berkembar iaitu dirikan solat dan tunaikan zakat. Menurut Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhd. Fikri Naim Harun, relevannya menunaikan zakat pada masa kini adalah bagi merapatkan jurang yang besar antara golongan miskin dengan kaya. “Zakat adalah instrumen yang menjadi solusi atau formula bagi membantu golongan memerlukan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Islam. “Dalam ayat al-Quran menyuruh kami…

Read More

SEIRING perubahan usia, terdedah kepada sinaran ultra violet (UV) dan tambahan pula tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, berjeragat serta pelbagai lagi masalah kulit yang lain. Penggunaan produk kecantikan sahaja tidak mencukupi tanpa mengamalkan pemakanan berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang cantik dari dalam. Sehubungan itu, Relevan perincikan 10 makanan terbaik untuk mendapatkan kulit cantik, mulus, gebu dan cerah berseri seperti dikongsikan oleh Stuff. 1. Strawberi Strawberi adalah makanan yang kaya dengan nutrien. Buah ini mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren dan sebab itulah ia seperti emas cair untuk kulit anda. Vitamin C sangat penting…

Read More

PERNAHKAH terlintas di fikiran anda, bagaimana kucing berfikir tentang kita? Adakah kita dianggap sebagai tuan, kawan mahupun sama seperti kucing-kucing lain? Di sini Relevan kongsikan beberapa fakta mengenai apa yang difikirkan oleh kucing tentang manusia. 1. Cara kucing bermain berbeza dengan cara anjing Tiada siapa yang boleh membaca fikiran kucing untuk mengetahui pendapat haiwan itu tentang kita. Walau bagaimanapun, saintis telah memerhati kucing untuk masa yang lama dan mendapati bahawa cara kucing berfikir tentang kita berbeza dengan cara anjing melihat manusia. Telah terbukti bahawa, cara anjing bermain dengan manusia tidak sama apabila ia bermain sesama anjing. Haiwan itu cenderung untuk…

Read More

SEMALAM mencatatkan sebanyak 405 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 517 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,030,313 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 441 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,982,044 kes. Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,875 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,857 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,394 kes dengan 10,763 kes atau…

Read More

SEBANYAK 543 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 571 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,029,337 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 688 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,981,052 kes. Sebanyak empat kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,870 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,857 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,415 kes dengan 10,828 kes atau…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 571 kes semalam berbanding 433 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,028,794 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 696 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,980,364 kes. Sebanyak tujuh kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,866 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,856 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,564 kes dengan 10,945 kes…

Read More

APABILA selesai menikmati makanan, secara semula jadi kita akan sendawa sebagai tanda perut sudah kenyang. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebih boleh menyebabkan perut kembung. “Antara punca sendawa yang banyak ialah makan atau minum terlalu cepat, terlalu banyak berbual ketika makan, mengunyah gula-gula getah, minum minuman berkarbonat, merokok dan makan makanan yang berangin,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya. Jelas beliau, ada beberapa keadaan yang mana sendawa disebabkan oleh masalah tertentu seperti berikut: 1. Aerofagia Aerofagia adalah masalah akibat…

Read More

PEKERJAAN merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan kerana tanpa melakukannya kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup, apatah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari. Sebagai pekerja kita tidak terlepas daripada cabaran dan situasi sukar ketika melaksanakan tugas. Di samping itu, ada juga yang sanggup memilih kerja berisiko tinggi demi mendapatkan gaji lumayan. Walau apapun pekerjaan yang anda pilih, laksanakannya dengan sebaik mungkin dan jalani kehidupan seimbang. Sepanjang tahun 2022, Relevan telah kongsikan pelbagai kisah menarik mengenai kerjaya. Berikut 10 artikel terbaik di segmen Kerjaya sepanjang tahun ini. 1. Manusia-manusia toksik di tempat kerja Persekitaran tempat kerja…

Read More

PANDEMIK Covid-19 banyak membuka mata masyarakat untuk memberi penekanan kepada aspek kesihatan. Kemunculan virus-virus baharu dan kes jangkitan yang melonjak menggusarkan hati orang ramai. Sepanjang tahun 2022, Relevan telah kongsikan pelbagai artikel-artikel menarik berkaitan dengan isu kesihatan termasuklah berita terkini mengenai Covid-19 dan juga kajian-kajian dari dalam serta luar negara. Berikut 10 artikel terbaik kesihatan yang disiarkan di Relevan sepanjang tahun 2022.  1. Tidak perlu pakai pelitup muka dalam 8 situasi ini Bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat, Menteri Kesihatan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin telah menyenaraikan lapan situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka. PAUTAN ARTIKEL :…

Read More

PERMULAAN tahun baharu adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan gaya hidup sihat, meninggalkan tabiat buruk dan meningkatkan kesejahteraan anda. Ramai mengakui bahawa kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan sekiranya sudah dijangkiti penyakit tertentu mesti sangat sukar untuk kembali sihat seperti sedia kala. Sehubungan itu, Relevan kongsikan 10 langkah yang boleh diambil untuk hidup lebih sihat pada tahun 2023 dan mencapai matlamat kesihatan anda. 1. Kurangkan berat badan Menurunkan berat badan adalah salah satu langkah terpenting yang boleh anda ambil ke arah kesihatan lebih baik. Berat badan yang diturunkan sebanyak lima hingga 10 peratus sudah membantu mengurangkan risiko…

Read More