Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    • Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian
    • Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu
    • Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis
    • Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’
    • Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini
    • 5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026

      Cellulite, stretch mark lepas kurus – Punca dan rawatan

      May 4, 2026

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026
    • Kewangan

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026
    • Pendidikan

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 makanan kulit cantik, gebu dan awet muda

    10 makanan kulit cantik, gebu dan awet muda

    By Zubaidah IbrahimJanuary 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGGUNAAN produk kecantikan sahaja tidak mencukupi tanpa mengamalkan pemakanan berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang cantik dari dalam.- GAMBAR HIASAN/DIANA.GRYTSKU/FREEPIK

    SEIRING perubahan usia, terdedah kepada sinaran ultra violet (UV) dan tambahan pula tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, berjeragat serta pelbagai lagi masalah kulit yang lain.

    Penggunaan produk kecantikan sahaja tidak mencukupi tanpa mengamalkan pemakanan berkhasiat untuk mendapatkan kulit yang cantik dari dalam.

    Sehubungan itu, Relevan perincikan 10 makanan terbaik untuk mendapatkan kulit cantik, mulus, gebu dan cerah berseri seperti dikongsikan oleh Stuff.

    1. Strawberi

    Strawberi adalah makanan yang kaya dengan nutrien. Buah ini mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding oren dan sebab itulah ia seperti emas cair untuk kulit anda.

    Vitamin C sangat penting untuk penghasilan kolagen yang meningkatkan keanjalan, kelembutan kulit, memastikan anda kelihatan muda dan segar.

    2. Telur

    Makan sebiji telur sehari pastinya satu perkara yang baik. Ia mengandungi asid amino dan antioksidan lutein serta zeaxanthin yang bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, tetapi juga berupaya untuk menghasilkan sel kulit baru.

    3. Nanas

    Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, nanas juga mempunyai enzim yang membantu mengurangkan bintik-bintik penuaan, garis-garis halus dan menjadikan kulit anda lebih anjal.

    Di samping menikmati keenakan buah nanas, anda juga boleh menggosoknya terus ke kulit.

    4. Lemon

    Buah ini kaya dengan asid askorbik (antioksidan semula jadi). Lemon boleh menghentikan radikal bebas daripada berkembang. Ia merupakan punca utama kepada penuaan kulit dan kerosakan kulit. 

    Oleh itu, amalkan jus lemon untuk kulit yang lebih cantiki berseri.

    5. Tomato

    Kulit anda berasa tegang dan cerah dengan memakan buah merah ini. Ia menghasilkan kolagen untuk menjadikan kulit anda cantik, mulus dan bercahaya secara semula jadi.

    6. Avokado

    Lemak baik yang terdapat dalam alpukat boleh mengurangkan kemerahan pada kulit dan penting untuk mengekalkan tahap kelembapan yang baik.

    Buah ini juga kaya dengan antioksidan yang boleh membantu kulit anda awet muda.

    7. Bawang putih

    Bawang putih adalah antibiotik semula jadi yang mempunyai beberapa khasiat yang sangat menakjubkan.

    Ia membersihkan darah anda daripada sebarang kekotoran yang boleh tersumbat dalam kulit. Oleh itu, bawang putih sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

    Di samping itu, ia turut mengandungi antioksidan untuk membantu melambatkan proses penuaan.

    8. Walnut

    Walnut mengandungi asid lemak penting yang membentuk sebahagian besar membran sel kita. Membran inilah yang membuatkan kulit kita berasa anjal, lembap dan gebu.

     9. Bayam

    Daun hijau ini padat dengan beta-karotena yang bertukar menjadi vitamin A penggalak kulit.

    Ini bermakna, pengambilan bayam sebagai makanan ruji dalam diet anda boleh melegakan kulit yang kering, gatal-gatal dan menjadikan kulit wajah lebih licin serta berseri.

    10. Buah Mengkudu

    Model terkenal, Miranda Kerr mengamalkan buah ini untuk kecantikan kulitnya. Buah mengkudu mungkin kelihatan pelik, tetapi ia  mengandungi sebatian yang mempunyai ciri-ciri perubatan yang menakjubkan untuk kulit.

    Anda boleh nikmatinya sebagai jus atau dalam bentuk serbuk yang dimasukkan dalam kapsul.- RELEVAN

    Previous Article7 risiko kesihatan perjalanan jauh ke tempat kerja
    Next Article 380 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026

    Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

    May 5, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

    May 9, 2026

    Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

    May 7, 2026

    Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

    May 7, 2026

    Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

    May 6, 2026

    Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

    May 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.