Zubaidah Ibrahim

PENULARAN wabak Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada penternak ruminan apabila harga dedak dan pelet semakin meningkat di pasaran dan mereka terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi. Selain kenaikan harga logistik, pengaruh pasaran luar dan krisis Rusia-Ukraine turut menyumbang kepada kenaikan harga bekalan bahan mentah untuk membuat makanan ternakan yang sering diimport. Sehubungan itu, perkara ini menggusarkan perasaan pengguna kerana terkesan dengan kekurangan bekalan makanan seperti daging. Lantas, pemberian rumput napier atau rumput gajah dalam bentuk silaj merupakan alternatif makanan kepada ternakan ruminan. ARTIKEL BERKAITAN: Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan – Relevan Silaj merupakan makanan Trenaman…

Read More

MEMILIKI rupa paras yang cantik adalah bonus dan tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dalam pemilihan pekerja di samping pencapaian akademik, kebolehan serta pengalaman kerja. Sehubungan itu, sebuah syarikat di China telah membuat sesi temu duga yang pelik dengan mewajibkan pemohon pekerjaan memakai topeng muka penuh bagi mengelak memilih calon berdasarkan penampilan atau rupa mereka. Tindakan syarikat tersebut menerima pujian warganet. Video adegan temu duga aneh itu tular di media sosial yang mana kelihatan calon temu duga memakai topeng muka penuh dan duduk diam mendengar penemuduga yang juga bertopeng. Seorang wanita bernama Zeng merakam video itu yang berlokasi di Chengdu,…

Read More

SEIRING peredaran waktu, penerimaan masyarakat di negara ini terhadap sukan luncur papan selaju (skateboard) semakin bertambah baik dan sekali gus, mengikis persepsi buruk. Sukan dan aktiviti sebegini juga dilihat sebagai alternatif terbaik kepada ibu bapa untuk mencegah anak-anak daripada terlalu taksub dengan gajet sehingga menjadi antisosial dan menjalani kehidupan tidak sihat tanpa mengeluarkan setitik peluh. Melihat kepada peningkatan minat anak muda terhadap sukan ini, buat julung-julung kalinya pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah menganjurkan pertandingan Skate For All dengan berkolaborasi bersama Joe Ipoh yang berlangsung di Skate Park Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu. Menurut Ustaz…

Read More

KES jangkitan harian Covid-19 dilaporkan sebanyak 160 kes semalam berbanding 259 kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,486 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 358 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,993,134 kes. ARTIKEL BERKAITAN: 259 kes baharu Covid-19 semalam – Relevan Semalam juga dilaporkan sifar kes kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam sebanyak 36,951 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah…

Read More

Angka jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 259 kes semalam berbanding 255 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,326 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 390 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,992,776 kes. Sebanyak satu kes kematian dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,951 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,599 kes dengan 9,268 kes…

Read More

KEHADIRAN seekor kucing jantan berona oren telah membawa sinar dalam hidup James Bowen yang mana ketika itu dia merupakan seorang gelandangan dan juga bertarung dengan ketagihan dadah. Pertemuan Bowen dengan kucing jalanan yang diberi nama Bob pada tahun 2007 telah mengubah kompas hidup jejaka tersebut dan mengangkatnya ke titik teratas sehingga ke karpet merah. Ketika pertama kali melihat Bob, hati Bowen tersentuh dengan keadaan kucing tersebut yang terbiar dan cedera lantas dia mengambil keputusan untuk menjaga serta merawatnya. Bermula detik itu, Bob menemani Bowen sepanjang masa termasuk ketika lelaki itu bermain muzik di jalanan dan menjaja majalah The Big Issue…

Read More

USIA emas sepatutnya menjadi masa terbaik untuk berehat, beribadah, meluangkan masa bersama keluarga tercinta, bercuti dan melakukan apa jua hobi yang diminati. Namun, perkara itu hanya menjadi angan-angan apabila ada yang terpaksa bekerja keras selepas bersara untuk menyara hidup dan juga melunaskan hutang piutang sehinggakan tiada istilah waktu rehat. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pada umur 30 tahun rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya RM29,000 dalam akaun KWSP. KWSP juga mengumumkan kenaikan simpanan minimum yang dicadangkan adalah sebanyak RM228,000 untuk ahlinya menjelang umur 55 tahun, berbanding jumlah minimum yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM196,800. “Simpanan asas merujuk kepada jumlah yang…

Read More

JIKA dahulu, pelajaran dijadikan jambatan untuk berjaya. Seseorang yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi berpeluang memegang jawatan besar dan ditawarkan gaji lumayan. Oleh itu, masing-masing berlumba-lumba meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana percaya hanya pelajaran dapat mengubah nasib diri dan keluarga. Namun itu dulu, kini persepsi orang telah berubah. Belajar tidak perlu tinggi untuk berjaya, mungkin Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah cukup. Malah, ada yang gagal SPM juga bergelar jutawan. Selain itu, ada juga jutawan-jutawan muda yang kongsikan kisah kejayaan mereka di media sosial dengan menunjukkan kekayaan luar biasa dan bergaya bersama kereta mewah walaupun tidak habis belajar. ARTIKEL BERKAITAN:…

Read More

Artis muda dari Nigeria Alex Peter Idoko menggunakan api, pisau cukur dan kertas pasir untuk mencipta potret realistik yang kelihatan seperti foto berwarna sepia (campuran rona coklat and abu-abu). Pyrography (lukisan dengan api) adalah bentuk seni unik yang melibatkan hiasan kanvas kayu dengan kesan terbakar yang terhasil daripada nyalaan api terkawal atau alat yang dipanaskan. Ia adalah seni yang tidak boleh ‘dimaafkan’ dan sangat sukar untuk diperbaiki atau disembunyikan jika berlaku kesilapan kerana sifat api yang merosakkan. ARTIKEL BERKAITAN: Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia – Relevan Walau bagaimanapun, ada sesetengah artis dapat mengawal medium luar biasa itu…

Read More

UMUM mengetahui kebaikan kolagen untuk kecantikan kulit, kuku dan rambut sehingga ia menjadi produk kecantikan yang cukup laris di pasaran. Walaupun ia memberi banyak manfaat, tetapi tidak semua semua orang boleh mengamalkannya. Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad menerusi perkongsian di Facebook miliknya menasihatkan mereka dengan kondisi tertentu seperti hamil, menyusukan anak dan mengambil ubatan sintetik dari hospital agar mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Dalam masa yang sama, beliau juga kongsikan tip memilih produk kolagen dan cara mengamalkannya untuk mendapatkan hasil terbaik. 1. Ambil bersama vitamin C Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang…

Read More