Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jual tin dan kotak terbuang sebelum bergelar usahawan berjaya  

    Jual tin dan kotak terbuang sebelum bergelar usahawan berjaya  

    By April 8, 2023Updated:April 8, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NOOR FAZREENA memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan bermodalkan RM500 pada tahun 2020.- Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

    BERMULA dengan modal RM500, Noor Fazreena Samsuri, 34, memberanikan diri mengusahakan perniagaan menjual baju bayi yang dijalankan secara dalam talian di platform Facebook pada 2010.

    Siapa sangka perusahaan yang dijalankan secara kecil-kecilan itu semakin berkembang dan impiannya untuk memiliki kedai fizikal telah termakbul apabila berjaya dibuka tiga tahun lalu di Jalan Prima Saujana 2/B, Kajang, Selangor.

    Menurut Noor Fazreena, dia kini hanya memberi fokus kepada penjualan baju wanita dewasa selepas melihat sambutan yang memberangsangkan. Di samping itu, turut menawarkan koleksi tudung, beg dan barangan kosmetik.

    “Saya menggunakan kaedah Facebook Live untuk menjual barangan tersebut dan ia masih dilakukan sehingga kini kerana pelanggan kami banyak membeli secara dalam talian.

    NOOR FAZREENA berani menyahut cabaran membuka kedai fizikal ketika negara dalam tempoh PKP tiga tahun lalu.- FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

    “Walaupun jualan secara dalam talian di Facebook Live sangat tinggi tetapi kedatangan Covid-19 telah menjejaskan perniagaan hampir semua orang. Apatah lagi, dua tahun lalu kita terpaksa melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Ekoran PKP, barangan kurang laku dan stok terlalu banyak di rumah. Saya tekad mengambil langkah berani dengan mencari kedai fizikal bagi meneruskan kelangsungan perniagaan ini,” katanya yang merupakan pemilik butik Nigina & Saloon.

    Mungkin kedengaran agak pelik kerana banyak kedai ditutup ekoran PKP tetapi ibu kepada dua orang cahaya mata itu berani menongkah arus dengan membuka kedai fizikal pertamanya di saat getir.

    Pada awalnya kedai tersebut dijadikan tempat membuat live yang lebih selesa dan menyimpan stok di situ. Namun kini, ia dikembangkan menjadi butik yang menjual baju wanita serta pelbagai barangan kecantikan.

    Jelas wanita itu, pembukaan kedai fizikal itu juga sebagai pembakar semangat untuknya kuat bekerja. 

    BUTIK Nigina & Saloon menjual baju wanita dewasa dengan rekaan yang bukan sahaja cantik tetapi ranggi, segar, moden dan boleh dikatakan tidak ada di tempat lain.- FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

    Noor Fazreena menjadikan suami sebagai idola dalam perniagaan kerana lelaki itu sangat rajin dan bekerja keras tanpa mengenal erti putus asa.

    Jelas anak kelahiran Kluang, Johor itu, mereka berdua bukan datang dari keluarga senang.

    Cerita Noor Fazreena, dia berkahwin pada usia 21 tahun dan sebagai pasangan muda mereka sering kesempitan duit lantas membuatkan mereka berdua tekad berhenti kerja dan berniaga sendiri.

    “Suatu ketika dahulu, saya bekerja di kedai serbaneka manakala suami pula bekerja kilang. Selepas balik kerja kami menjual burger di stesen minyak untuk tambah pendapatan.

    “Selepas berhenti kerja, suami menjalankan perniagaan pasar malam yang turut dibantu oleh saya dengan menjual pelbagai barangan seperti sarung bantal dan cadar.

    “Pulang sahaja dari berniaga di pasar malam, kami akan mengutip tin dalam tong sampah dan juga kotak untuk dijual bagi menampung perbelanjaan memandangkan pendapatan di pasar malam tidaklah banyak,” kata pemegang Sijil Pelajaran Malaysia itu.

    Kini, hasil kerja keras mereka berdua membuahkan hasil apabila pasangan suami isteri itu masing-masing berjaya dalam perusahaan yang dibangunkan.

    Suaminya memberi fokus kepada perusahaan gajet dan kini berjaya membuka tiga cawangan manakala Noor Fazreena pula mengusahakan butik pakaian serta kosmetik.

    SELAIN baju wanita dewasa, Nigina & Saloon juga menjual barangan kecantikan dan kosmetik.- FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

    “Saya sangat sukakan fesyen dan kecantikan lantas mengambil keputusan membuka perniagaan ini kerana mahu melihat orang lain turut berpenampilan cantik.

    “Baju-baju di butik ini mempunyai rekaan yang bukan sahaja cantik tetapi ranggi, segar, moden dan boleh dikatakan tidak ada di tempat lain.

    “Saya sanggup mencari baju sedia pakai sehingga ke luar negara bagi mendapatkan rekaan yang menarik untuk digayakan oleh para pelanggan,” tuturnya sambil memberitahu baju blaus dan net wear antara koleksi yang popular di butik itu.

    Kepada anak muda yang masih ragu-ragu hendak memulakan perniagaan, Noor Fazreena menasihatkan agar teruskan niat tersebut dengan menanam keberanian dan keyakinan dalam diri.

    Katanya lagi, formula penting untuk berjaya ialah berani cabar diri dan rajin berusaha. – RELEVAN

    baju feature featured usahawan zubaidah
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.