Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    5 kursus ini boleh jadikan anda pekerja idaman

    By Zubaidah IbrahimMarch 24, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DUNIA pekerjaan yang semakin mencabar dan ditambah lagi dengan perkembangan teknologi memerlukan pekerja menambah baik kemahiran agar dapat bersaing serta menjadi aset bernilai di sesebuah organisasi.- GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO/PEXELS

    DALAM mengharungi dunia pekerjaan yang semakin mencabar dan ditambah lagi dengan perkembangan teknologi memerlukan pekerja menambah baik kemahiran agar dapat bersaing serta menjadi aset bernilai di sesebuah organisasi.

    Menurut laporan Coursera Job Skills of 2023, kemahiran yang paling pesat berkembang ialah kemahiran digital, manakala kemahiran yang diperlukan sepanjang zaman adalah kemahiran manusia. 

    Dengan evolusi teknologi yang berterusan bermakna majikan perlu sentiasa mencari kecekapan digital baharu daripada bakal pekerja dan pada masa sama melatih semula pekerja sedia ada.

    Selain itu, permintaan kemahiran manusia dalam pengurusan dan komunikasi sangat diperlukan sepanjang masa.

    Berikut lima kursus yang boleh anda cuba untuk perkembangan kerjaya dan menjadi pekerja idaman majikan seperti disarankan oleh Coursera:

    1. Analitis Data Google 

    Kemahiran seperti visualisasi dan analisis data ialah beberapa kemahiran yang paling pesat berkembang dan boleh melengkapkan kemahiran manusia secara tradisional seperti pengurusan manusia dan bercerita.

    Dengan kursus ini, profesional akan mempelajari kemahiran analisis utama (pembersihan data, analisis data dan visualisasi data) serta alatan (hamparan, SQL, pengaturcaraan R danTableau). 

    Kursus ini disusun dalam Sijil Profesional Analitis Data Google agar anda boleh belajar secara berterusan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 petanda anda perlu tukar kerja – Relevan

    2. Asas pengurusan projek

    Pengurus projek memainkan peranan penting dalam memimpin, merancang dan melaksanakan projek kritikal untuk membantu organisasi mereka berjaya.

    Dengan peningkatan pelaburan dalam kemahiran digital, mempunyai set kemahiran yang membantu mereka mengurus dan menyokong pasukan teknikal menjadi lebih penting berbanding sebelum ini untuk memenuhi tarikh akhir dan objektif dalaman.

    Kemahiran asas pengurusan projek memastikan sumber diperuntukkan dan diurus dengan bijak dan meningkatkan kecekapan.

    Kursus ini adalah sebahagian daripada Projek Pengurusan Google dengan menyediakan sijil profesional.

    Kursus ini mengajar anda kemahiran asas utama seperti kepimpinan, komunikasi, pemikiran strategik dan pengurusan perubahan yang sangat diperlukan ketika menguruskan projek yang kompleks.

    3. Bahasa Inggeris

    Komunikasi, bercerita dan mempengaruhi adalah beberapa kemahiran manusia yang sangat penting untuk mempamerkan kepentingan berterusan dalam berkongsi maklumat dan memujuk.

    Kemahiran ini sangat penting terutamanya untuk kerja hibrid. Ia membolehkan individu dan organisasi berkomunikasi dengan berkesan bersama pelanggan dan rakan sebaya ketika mengemudi perbincangan pengurusan dan membimbing laporan langsung.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip kembalikan semangat bekerja selepas bercuti – Relevan

    4. Pengaturcaraan komputer

    Pengaturcaraan komputer ialah salah satu kemahiran paling penting untuk ekonomi digital yang didorong oleh inovasi dalam perisian dan perkakasan.

    Memandangkan pendigitalan memberi kesan kepada setiap sektor, kita dapat lihat  pertumbuhan pesat dalam peluang baharu untuk profesional yang mahir dalam pengekodan dan pengaturcaraan komputer.

    Kursus ini merangkumi asas bagaimana seseorang membina atur cara daripada satu siri arahan mudah dalam Python.

    5. Kepintaran Buatan (AI) 

    Pengetahuan bekerja dengan menggunakan kepintaran Buatan (AI) bukan sahaja bermanfaat untuk jurutera tetapi ia bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami rupa dunia pada masa hadapan dan pekerjaan hari esok.

    Kursus bukan teknikal ini akan membantu anda memahami pembelajaran mesin dengan lebih mendalam dan mengenal pasti peluang untuk menggunakan AI kepada masalah dalam organisasi anda.

    Dengan kursus ini, anda akan membiasakan diri dengan istilah AI, strategi AI, aliran kerja standard projek pembelajaran mesin dan aliran kerja projek sains data.- RELEVAN

    featured kemahiran kerjaya kursus zubaidah
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.