Zubaidah Ibrahim

SEBUAH syarikat pemula (startup) dari Kanada mendakwa telah menghasilkan teknologi untuk mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan yang mana bukan sahaja kelihatan tetapi mempunyai rasa dan tekstur seperti salmon liar sebenar. Alternatif daging berasaskan tumbuhan telah wujud sejak beberapa tahun dan kini terdapat jenama terkenal seperti Beyond Meat atau Impossible Foods yang semakin berkembang. Tetapi alternatif ikan dan makanan laut tidak mendapat perhatian seperti daging. Sebaliknya, kemajuan dalam bidang ini sangat mengagumkan dengan satu syarikat pemula mendakwa telah mencipta filet salmon berasaskan tumbuhan mentah yang kelihatan, mengelupas dan rasanya seperti salmon liar. New School Foods yang berpangkalan di Toronto baharu sahaja…

Read More

BULAN Mac cukup bermakna buat para wanita di seluruh dunia kerana tanggal 8 Mac setiap tahun merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia dan pada kali ini mengangkat tema Hayati Ekuiti. Sambutan ini adalah bagi menghargai sumbangan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang seperti budaya, politik, pendidikan, kesihatan serta sosioekonomi. Hari Wanita Sedunia juga merupakan seruan untuk dunia mengenai kesaksamaan gender yang bebas daripada berat sebelah, stereotaip, diskriminasi serta meraikan perbezaan. Mengulas mengenai tema pada tahun ini, laman web Hari Wanita sedunia berkata, tumpuan kepada ekuiti jantina perlu menjadi sebahagian daripada DNA setiap masyarakat. “Adalah penting untuk memahami perbezaan antara ekuiti dan…

Read More

KESEDARAN mengenai faedah pengesanan awal gangguan genetik dan genom untuk pencegahan penyakit semakin meningkat. Justeru, semakin ramai pengguna memilih ujian analisis genetik untuk mengesan dan mengurangkan risiko kesihatan sejak di awal usia. Dengan objektif untuk memperluaskan akses kepada maklumat genetik, Synapse telah melancarkan myPreciseDNA iaitu sebuah ujian analisis genetik langsung yang bermatlamat mendemokrasikan saringan genetik untuk masyarakat awam di Malaysia. Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Synapse, Dr. Rachna Kairon, setiap orang mempunyai genom unik yang terdiri daripada data profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang ada dalam gen seseorang. “Oleh itu, ujian analisis genetik dapat membantu mengenalpasti varian genetik yang berkaitan dengan…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 170 kes semalam berbanding 204 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,626 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 178 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,422 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,239 kes dengan 8,934 kes…

Read More

SEBANYAK 204 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 244 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,456 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 213 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,244 kes. Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,247 kes dengan 8,909 kes…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 190 kes semalam berbanding 207 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,585 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 177 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,409 kes. Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,219 kes dengan 8,888 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah…

Read More

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 yang dirumuskan sebagai Belanjawan Madani. Melihat kepada pembentangan belanjawan itu, mesti ramai di antara kita yang membuat perbandingan antara Belanjawan 2023 dan Bajet 2023 terutamanya melibatkan perkara utama dalam peruntukan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Berikut Relevan perincikan tujuh perbandingan perkara utama dalam Bajet 2023 dan Belanjawan 2023 yang perlu diberi perhatian. 1. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan Belanjawan 2023: RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk dua bilion ringgit simpanan luar jangka. Selaras dasar fiskal…

Read More

SEBANYAK 173 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 204 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,188 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 219 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,057 kes. Tiada kematian dilaporkan semalam. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,957 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,174 kes dengan 8,845 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes…

Read More

BEBANAN dan kesusahan rakyat sentiasa menjadi perhatian utama kerajaaan sehingga pelbagai program serta inisiatif telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023 bagi memberi solusi kepada masalah tersebut. Berikut diperincikan bantuan tunai dan subsidi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada hari ini. 1. Pendapatan isi rumah kurang RM2,500 Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. 2. Tambahan RM600 Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600. 3.…

Read More

SEKTOR kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu. Komponen utama peruntukan ini melibatkan keperluan perolehan ubat-ubatan, reagen, vaksin dan bahan guna habis termasuk peruntukan RM3 bilion bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian serta pegawai farmasi. Berikut Relevan perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 1. Optimumkan kapasiti kesihatan Kapasiti kesihatan negara akan dioptimum dengan menyumber luar pesakit daripada hospital yang sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital…

Read More