Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur dengan kanta lekap berisiko ulser kornea

    Tidur dengan kanta lekap berisiko ulser kornea

    By April 26, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR tanpa mengeluarkan kanta lekap boleh menyebabkan ulser kornea dan jangkitan serius pada mata.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    KIRA-KIRA satu pertiga daripada pemakai kanta lekap mengakui mereka tidur tanpa membuka kanta lekap. Kecuaian tersebut sebenarnya mengundang masalah kesihatan yang serius sehingga pakar memberi amaran.

    Kanta lekap yang terletak pada kornea iaitu lapisan luar mata. Kornea tidak mempunyai sebarang saluran darah di dalamnya, jadi ia memerlukan akses kepada oksigen di udara.

    Menurut Pengajar Klinikal di Universiti Washington, Jabatan Sains Penglihatan St. Louis, Jordan Jones, kanta lekap boleh menyukarkan oksigen yang mencukupi untuk sampai ke kornea.

    “Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel permukaan kornea yang dipanggil sel epitelium.

    “Apabila sel-sel epitelium itu mengalami kecederaan seperti kekurangan oksigen, maka sel-sel tersebut mula merosot dan boleh mati,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mata tegang sebab komputer? – Relevan

    Tambah beliau, dalam kebanyakan kes, sel-sel ini akan pulih sendiri, tetapi jika sel-sel kekurangan oksigen terlalu lama apabila seseorang tidur dengan memakai kanta lekap semalaman berulang kali akan menyebabkan komplikasi lebih teruk.

    Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Kornea di Jabatan Oftalmologi di Sekolah Perubatan Northwestern University, Dr. Robert Feder menjelaskan, jika air mata itu tidak sampai ke kornea dengan mudah dan tidak mendapat oksigen ke kornea, maka kornea boleh cenderung untuk rosak.

    “Kemudian, kornea tersebut akan terdedah kepada bakteria yang terkandung dalam kanta lekap itu.

    “Jika kanta tidak dibersihkan dengan kerap, pemakai berisiko mendapat jangkitan. Risikonya lebih tinggi jika mereka tidur tanpa mengeluarkannya.

    “Bakteria menyukainya apabila ia panas dan gelap. Ini yang berlaku apabila anda sedang tidur, anda mencipta keadaan yang hangat dan gelap,” ujarnya yang juga merupakan Profesor Oftalmologi.

    Terang Feder, sel kornea yang terdedah kepada bakteria itu boleh menyebabkan ulser kornea (bakteria keratitis) iaitu kesakitan pada permukaan kornea yang sering disebabkan oleh jangkitan bakteria ini.

    Bakteria keratitis boleh dirawat dengan antibiotik yang agresif, tetapi sama ada ia boleh menyebabkan masalah penglihatan jangka panjang atau tidak, itu bergantung kepada keadaan jangkitan tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata? – Relevan

    Walaupun memakai kanta lekap meningkatkan risiko masalah mata seseorang, ia tidak semestinya menyebabkan panik jika anda mengamalkan kebersihan yang baik dan selamat.

    Berikut amalan kebersihan yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan risiko jangkitan bakteria pada mata:

    •   Tidak tidur dengan kanta lekap
    •   Basuh tangan anda sebelum mengendalikan kanta lekap
    •   Membersihkan kanta lekap dengan larutan pembasmi kuman
    •   Elakkan terkena air untuk mengelakkan kuman dan bakteria
    •   Membersihkan bekas kanta lekap dan menggantikannya setiap tiga bulan

    – RELEVAN

    featured kanta kornea mata zubaidah
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.