Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bekas plastik mesra alam daripada ubi kayu dan daun pisang  

    Bekas plastik mesra alam daripada ubi kayu dan daun pisang  

    By May 10, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PRODUK inovasi bekas plastik mesra alam ini dihasilkan daripada bahan semula jadi iaitu ubi kayu dan daun pisang.

    SEKUMPULAN penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik mesra alam yang dihasilkan daripada bahan semula jadi iaitu ubi kayu dan daun pisang.

    Ketua penyelidik yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Dr. Ridhwan Jumaidin berkata, bekas plastik dalam bentuk dulang ini selamat digunakan dan juga mesra alam.

    “Bekas plastik berbentuk dulang ini boleh digunakan bagi tujuan pembungkusan produk dan paling penting ia dapat mengurangkan implikasi pencemaran alam sekitar.

    “Produk inovasi ini mesra alam sekitar dan bebas daripada toksik serta bahan kimia yang berbahaya jika dibandingkan dengan plastik biasa yang digunakan pada masa ini yang mana bahan asasnya adalah petroleum yang menghasilkan toksik apabila dilupuskan melalui pembakaran.

    ARTIKEL BERKAITAN: Udara, air dan makanan kita tercemar dengan mikroplastik – Relevan

    “Plastik sintetik daripada petroleum tidak boleh lupus jika dibuang ke tanah, sungai atau laut berbeza dengan plastik yang dihasilkan daripada sumber daun pisang ini boleh lupus hanya dalam tempoh lapan minggu sahaja sekiranya ditanam di dalam tanah,” katanya.                                                                             

    Tambah beliau, selain mesra alam ia juga selamat digunakan kerana bersifat termoplastik iaitu boleh dikitar semula dan menghasilkan bentuk produk yang berbeza sekali gus, dapat menjimatkan sumber yang digunakan dan memberi tambah nilai kepada produk inovasi ini.

    PRODUK inovasi ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan serta Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

    Produk inovasi ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik FTKMP iaitu Ilya Rosyafiqah Jaffry Ros, Nuraliah Ahmad Diah, Dr. Mastura Mohamad Taha, Dr. Syahibudil Ikhwan Abdul Kudus, Febrian Idral, Dr. Nuzaimah Mustafa, Dr. Yusliza Yusuf, Dr. Syahrul Azwan Sundi@Suandi dan Dr. Nazri Huzaimi Zakaria.

    Bersama dengan empat orang lagi penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) iaitu Dr. Mohd. Adrinata Shaharuzaman, Dr. Noryani Muhammad, Dr. Nadlene Razali dan Dr. Muhd Ridzuan Mansor.

    Mengulas mengenai idea awal membangunkan produk inovasi ini, Dr. Ridhwan berkata, pihaknya menyedari realiti keadaan alam sekitar yang kini semakin tercemar akibat pembuangan sisa plastik yang tidak lupus ke dalam sungai, laut dan tanah.

    “Hal ini membahayakan keseimbangan alam semula jadi, flora dan fauna seperti kes penemuan plastik di dalam perut penyu dan juga ikan paus yang menjadi punca kematian hidupan eksotik.

    “Sehubungan itu, bahan baharu yang terhasil daripada sumber yang boleh diperbaharui adalah amat diperlukan bagi menggantikan plastik yang tidak mesra alam.

    “Dengan adanya sumber-sumber semula jadi seperti daun pisang di Malaysia turut menjadi pencetus idea untuk menggunakan sumber-sumber ini sebagai bahan asas bagi penghasilan plastik boleh lupus ini,” terangnya.

    Daun pisang terbuang sebagai bahan utama dan kemudiannya digabungkan dengan ubi kayu bagi menghasilkan plastik yang selamat untuk digunakan serta juga mesra alam apabila ingin dilupuskan.

    Jelas beliau lagi, projek pembangunan produk inovasi ini telah mengambil masa lebih kurang setahun dengan menggunakan dana Geran Penyelidikan Jangka Pendek.

    PLASTIK yang dihasilkan daripada sumber daun pisang dan ubi kayu ini boleh lupus hanya dalam tempoh lapan minggu sahaja sekiranya ditanam di dalam tanah.

    ARTIKEL BERKAITAN: 36 jam beradu idea, UPSI komited pupuk kepimpinan mahasiswa – Relevan

    Mengulas mengenai cabaran dalam pembangunan produk ini, beliau memberitahu, cabaran utama adalah untuk mendapatkan kestabilan, kekuatan bahan dan daun pisang yang menjadi teras serta struktur peneguhnya.

    “Plastik mesra alam ini disasarkan menjadi bahan utama dalam penghasilan produk sekali guna (single-use product) yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

    “Kini, plastik mesra alam ini telah berjaya menghasilkan produk pembungkusan berbentuk dulang yang boleh digunakan untuk tujuan pembungkusan produk,” katanya.- RELEVAN

    featured mesra alam plastik zubaidah
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.